Kesilapan Dalam Menutup Aurat

Assalamualaikum dan salam bersaudara.
Ya,kita semua bersaudara kerana Allah s.w.t.

Allah SWT berfirman
“Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara(QS. Al-Hujurat 49: Ayat 10)

Nukilan ini sy tulis berdasarkan rasa kasih sayang sebagai saudara seislam.Dan penulisan ini lebih kepada teguran untuk menjadikan kita insan yang lebih dekat dengan Allah s.w.t dan semestinya dapat mengurangkan kadar dosa kita.Insha Allah.Perkara yang saya ingin perkatakan ini mungkin bagi sesetengah orang benda biasa.Tapi percayalah kalau kita takda kesedaran total,kita akan anggap perkara ni biasa dan langsung tak kesah.Jadi,sama-samalah kita saling mengingatkan diri kita kerana Allah s.w.t.Insha Allah.
1)Aurat sesama jenis
Okay berkenaan aurat,kita semua sedia maklum bahawa aurat perempuan dengan lelaki adalah seluruh anggota badan kecuali telapak tangan dan muka.Sebagai seorang perempuan tolonglah hargai dan jaga betul2 anggota yang telah disyariatkan sebagai aurat.Jangan ambil remeh-temeh soal aurat ni.Walau setitik aurat awak ternampak tu pun dah dikira sebagai dosa dik.Tolong jangan ambil mudah aurat tangan dengan kaki.Kalau betullah awak sayang ayah,adik beradik lelaki awak,suami awak,tutuplah aurat dengan sempurna.Jangan kerana awak,meraka susah di akhirat nanti.Menutup aurat tu wajib,nak ke meninggal dalam keadaan melanggar perintah Allah s.w.t.Nanti masuk dalam kubur malaikat soal
Kenapa tak tutup aurat dengan sempurna sedangkan dah ada sebelum ni yang tegur kita pasal aurat?Agak2 kita adalah jawapan tak?Tepuk dada tanya iman.Tahu dah kan lengan baju kita akan menampakkan aurat kita,pakailah handsock adik2 sekalian.Wajibkan diri sebelum nak keluar rumah pakai handsock dan stokin.Okay,pasal stokin pulak,pakailah stokin yang tak menampkkan aurat kita means yang tak nipis.Untuk stokin tolong cakna make sure stokin tu tak nipis ye sehingga dapat menampakkan warna kulit.Kalau nampak sama je macam kita tak tutup aurat.Ok,settle bab aurat perempuan.
Aurat lelaki→
Okay,aurat orang lelaki ni tersangatlah simple dari lutut ke pusat.Tapi,sejak akhir-akhir ini ramai pulak orang lelaki yang tak tutup aurat dengan sempurna.Yang commonnya,atas dah tutup elok tapi bawah pulak ternampak sikit.Tolonglah wahai kaum lelaki,aurat awak tak macam kami kaum perempuan.Tolonglah tutup dengan sempurna.Sekian terima kasih

2)Aurat sesama jantina.
Okay,kita kongsikan sedikit aurat antara lelaki lelaki dan perempuan perempuan.Aurat antara lelaki dengan lelaki adalah antara pusat dan lutut.Aurat perempuan dengan perempuan juga antara pusat dengan lutut.Hampir semua orang tahu pasal batasan aurat tu.Tapi diambil mudah seolah-olah kita hidup dengan hukum sendiri.Sedangkan kita sebagai orang islam haruslah mengikut perintah yang telah disyariatkan oleh Allah s.w.t.Bukan ikut otak dan logik akal kita.Selalu jadi perbualan macam ni

“Alaa,perempuan dengan perempuan je kot,takkan ada batasan aurat jugak,lagipun takkan ada apa2 yang terjadi.Rilexlah”

Wahai adik-adik yang anggap aurat sesama jantina ni remeh.Tolonglah wake up.Jangan tidur.Apa yang Allah dah tetapkan semuanya ada hikmah.Takkan saja2.Salah satu hikmahnya supaya tidak wujudnya golongan lesbian dan gay.Walau kita anggap benda tu mudah,kita suka-suka hati dedahkan aurat kita depan roomates kita tanpa segan silu.Tanpa kita sedar,kita sebenarnya telah mendapat dosa kerana hukum menutup aurat adalah wajib.Hukum Allah bukan mengikut logik akal tapi berdasarkan Al-quran dan Hadis.Terpulanglah nak buat endah tak endah lagi pasal ni.Tapi,jangan lupa pahala dosa itu ada.Buatlah amal banyak mana pun tapi ada perbuatan yang membuatkan kita mendapat dosa.Takde guna jugak.Ibarat pekerjaan yang sia-sia.Bak soalan matematik,potong potong jadi zero.Awak ada kuasa untuk ubah atau tak endahkan.Yang pasti segala apa yang kita buat dekat dunia akan dipertanggungjawabkan.Kalau benda yang diwajibkan pun kita anggap mudah,apalagi yang sunat.Wallahulam.
Ps:yang dah tertutup elok tu janganlah sentap,baca dan mungkin boleh dijadikan peringatan.Insha Allah.
Sharelah dengan kawan atau keluarga.Insha Allah.Semoga bermanfaat.Insha Allah

– Si gadis hijrah

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit