Kesilapan Mentafsir

Hai admin saya nak meluah rasa di sini izinkan saya. Teringin mendapat buah fikiran dari sesiapa sahaja yang sudi memberi nasihat sebagai penguat semangat. Saya tiada kawan yang boleh dipercayai atau yang memahami untuk bercerita hal ini.

Ceritanya Begini.

Dulu keluarga orang susah adik beradik 6 orang, mak walaupun suri rumah kerja macam2 untuk bantu abah sara kami (jahit baju, jual nasi lemak, jual kuih depan rumah pernah jugak mak kerja cleaner). Kami duduk di area kampong (bayangkan macam kawasan Felda masa tahun 80an). Selain tu, mak aku banyak join aktiviti kemasyarakatan. Jadi kalau mak aku tak sibuk cari duit sara kami dia akan sibuk bermasyarakat. Abah? Dia kerja ikut suka dia. Takde kerja tetap. Berniaga pernah, masuk hutan pernah buat kerja2 kampung pun pernah. Aku kira semua kerja2 kamponglah tiada kerja tetap. Mak dan abah kerap bergaduh. Mak aku jaga agama abah aku tak jaga. Kami adik beradik dibesarkan secara freestyle. Kau orang nak jadi apa sukalah.

Seorang adik aku pernah dihantar ke Pusat Pemulihan Akhlak di Melaka kerana kes curi motor. Trauma masa kanak2 aku banyak. Aku pernah kene gangguan seksual masa kecil (masa sekolah rendah), aku tak mampu cerita detail sebab imbasan keadaan masa tu terlalu perit. Selain tu yang paling aku tak dapat lupakan jiran2 pernah datang serang rumah mak aku sebab adik aku mencuri mereka ikat adik aku di satu pokok dan pukul beramai2 ( ini antara trauma aku yang paling dasyat). Aku menagis2 mintak diorg lepaskan adik aku yg tubuhnya kecil tu tapi mereka tak lepaskan.

Masih segar diingatan aku pernah balik sekolah, dalam keadaan lapar teramat biasa aku akan gigih masak nasi ke apa tapi hari tu aku penat melampau aktiviti sekolah padat. Mata aku sayu, aku tanya adik2 korang dah makan ke? belommm long laparr, mata aku terpaut pada warna air (water colour) khas untuk ujian lukisan esoknya. Adik2 aku tengah picit2 semua warna2 tu dan sepahkan dekat lantai, punya takde tenaga, aku biarkan sahaja walaupun itulah satu2nya warna air yang aku ade. Diam2 aku masuk bilik letak beg pejam mata dan aku bagitau diri aku “aku kenyang..aku kenyang..aku kenyang..” sampai akhirnya aku tertidur.

Aku tak tau kenapa tapi itulah kemuncak segala2nya. Aku tekad nak keluar dari rumah. Aku penakut jadi aku tak boleh lari rumah. Satu hari masa perhimpunan Guru Besar baru diperkenalkan jadi dia berucap lebih kurang macam ni. Ilmu itu satu2nya cara untuk kamu semua keluar terbang tinggi. Tiba2..mata aku bersinar2 macam diterangi cahaya. Ya itulah caranya!!! Satu2nya cara untuk aku keluar dari semua ini. Aku mula belajar bersungguh2. Result keluar dan aku isi borang UPU, aku Berjaya..what?! ohoyy perasaan masa tu, Yes! aku Berjaya..budak nerd yang tak pandai yang selekeh dan yang comot berjaya!! Aku terbang jauh. Pihak sekolah pun terkejut tgok keputusan SPM aku, dipendekkan cerita, wpun aku sedih nak tinggalkan adik2 aku. Aku tetap pergi, asalnya kehidupanku di Barat aku terbang mulakan kehidupan baru (sebagai pelajar) di Timur. Aku grad cemerlang.

Beberapa tahun lepas habis belajar aku dipinang oleh seseorang, aku..aku menangis aku..aku tersedu sedan sebab yang meminang aku tu adalah seseorang yang hati aku hormat (nak sebut suka macam jauh sangat sebab kami tak pernah declare apa2, aku pun takde menaruh perasaan apa2 secara serius), dia baik kami kawan sejak kecil, bila aku kene sakat kat kampung dia selalu cakap jgn kacau dia..Kami hanyalah teman sekampung. Dia ada rupa, dia pandai (dia belajar bidang architecture, dia Berjaya dapat kerja dalam bidang arkitek makanya dia seorang yang berkarliber, berjaya dan ohsem) dan dia ada segala-galanya (bagi akulah) keluarga dia baik, mak ayah dia baik. Disebabkan keluarga dia terlalu sempurna aku malu untuk segala kelemahan diri aku luar dan dalam.

Berita mak dia masuk meminang itu adalah berita paling tak disangka plus berita terindah yang aku tak pernah jangka seumur hidup aku. Aku namakan dia Shah, satu hari aku nak ke kedai runcit, aku jalan kaki dan terserempak dengan Shah dia tanya macam ni, kau terima kan? (Kami dari kecik2 memang bahasakann diri kau aku) Muka aku merah macam apple. Aku tak tau nak cakap apa aku malu. Aku nak cakap iyeeeee tapi tak terkeluar malu tu sangat tebal-Ini adalah Cinta hati pertama.

Tiba2 jiran yang pernah buat gangguan seksual masa aku kecil tu lalu naik motor dia gelak setan pada kami. Dia berhentikan motor dan bersembang dengan Shah. Aku terus tundukkan muka dan lari balik rumah. Aku menagis semahu-mahunya. Mak aku berkali-kali tanya nak tak? Kenapa susah sangat nak kasi jawapan. Kalau takde mak terima sahaja. Aku? Menagis dan menagis sebab aku terkenangkan kisah silam aku yang pahit. Aku berteka teki sendiri, layakkah aku, aku tak sempurna, mampukah aku bertahan andai Shah tau segala-galanya. Aku sedapkan hati alah itu kisah masa kecil2 mungkin dia akan maafkan. Macam mana kalau dia tak maafkan? Lepas tu aku fikir maaf? Kenapa dia kene maafkan aku sebab aku tak pernah merelakan segalanya. Dia patut faham aku. Macam mana kalau dia tak faham. Aku tau patutnya aku pergi sahaja berterus terang dengan Shah.

Tapi aku tak terdaya dek sebab malu yang tebal. Kalau Shah terima mungkin aku boleh tarik nafas lega kalau Shah tak terima? Berita tu akan memburukkan ahli keluarga aku. Aku pujuk hati apa kata rahsiakan. Macam mana kalau si setan tu bukak aib aku, mereka kawan. Arghhhh!! Aku akan mati nanti makan hati. (aku rasa rendah diri yang teramat)

Pada mata kasar aku waktu tu, Shah terlalu sempurna tapi aku tak sempurna. Keluarga Shah keluarga baik2, keluarga aku? Adik2 aku nakal2, adik Shah pernah bergaduh dengan adik aku. Teruk jugak sampai berdarah2. Banyak gila yang aku fikir. Semua yang aku fikir adalah tentang orang sekeliling aku. Jadi aku tafsir begini aku tak layak untuk Shah biarlah dia mendapat yang terbaik, yang lebih baik dari aku.

Maka aku teruskan kehidupan. Aku teruskan tafsiran hidup aku dengan begini. Biarlah aku sorang sengsara asal aku tak heret orang lain terutama orang yang aku mula cinta dalam konflik hidup aku. Aku berkerja dan terus berkerja siang malam macam tiada penghujungnya. Aku pamerkan senyuman paling fake. Badan aku makin kurus, aku cakap aku diet. Aku sibukkan diri aku dengan sekeliling. Bila tiba malam aku akan menagis. Aku sangka aku kuat tapi aku tak kuat. Aku rapatkann diri dengan pencipta mintak hati aku tenang dan dapat lupakan Shah.

Ini part last, sory panjang flashback. Aku berpindah kerja, dapat tawaran kerja kerajaan. Aku terima satu panggilan. Dia kenalkan diri dia sebagai Kamal (bukan nama sebenar) kerja di bahagian production (tempat lama aku kerja) dia beza 10 tahun dari usia aku, kerja bahagian production. Gaji dia aku yang kira masa kerja sana, jadi aku tau gaji dia 1.2k. Kami berkawan dia sangat dingin orangnya, maksud dingin tu tak romentik. Aku pun tak faham macam mana aku boleh “masuk” untuk berkawan dengan Kamal. Kami berjumpa kali pertama di hospital, mak aku masuk ward time tu ade panggilan tak dikenali dan aku angkat. Ianya Kamal.

Kamal dapat lihat keluarga aku berantakan. Bila adik2 aku bergaduh depan dia. Dia tolong leraikan. Bila mak aku masuk ward hari2 dia datang melawat tgok mak aku. Dengan bapak aku pun dia sembang. Mungkin sebab usia dia, membuatkan dia cekap dan matang dalam handle semua situasi. Kamal juga dari keluarga bermasalah jadi bila adik aku buat hal dia tau nak buat apa. Dia pernah ikut aku pergi balai jamin adik aku. Aku tafsir-Kamal baik.

Semasa aku dilamar oleh Kamal, aku tetiba dapat keberanian cerita kisah silam aku semuanya. Kamal terdiam. Kemudian dia kata dia tak kisah, itu cerita lama. Lebih kukuh lagi, mungkin dah jodoh kami pun kawen. Dia pun ada perkara silam. Aku Tanya apa. Dia cakap dia akan bagitahu nanti. Seperti angin lalu, kerana sibuk, aku pun betul2 lupa nak Tanya balik. Dia pun tak cerita apa kisahnya.

Setelah kami bernikah. Kamal panggil aku mengadap dia di bilik pengantin dia cakap ade benda nak bagitahu aku. Aku berdebar2 sebab muka kamal serius. Pengakuan kamal buat aku tersentak. Kamal buat pengakuan aku bukan orang pertama yang dia bakal sentuh. Aku macam whattt??? Dia mohon aku maafkan dia dan sudi terima dia seadanya sepertimana dia terima aku. Aku macam nak jadi gila meroyan, sebelum mengambil keputusan bernikah aku rasa aku dah betul2 kenal dia. Kenapa tak cakap sepatah haram pun alih2 kenapa hari ni cakap macam ni. Kenapa??????!!!!! Aku Tanya kenapa dia bagitau aku semua ni sekarang kenapa bukan sebelum ni. Dia cakap aku perlu tau sebab dia ade anak luar nikah. Dia tak nak aku curigai dia. Sebab dia terlampau sayang kan aku. Kes kami berbeza aku mangsa. Dia???? Aku terpaku.

Aku tanya dia satu soalan sahaja. Adakah sikap sabar dia, matang dia dan cool dia pada aku bersebab? Aku mula rasa tertipu dari segala sudut. Payah untuk diungkapkan. Aku tak suka ungkit hal ekonomi aku sudah nyatakan aku ikhlas atas segala2nya.

Aku mula tertanya-tanya kepada tuhan kenapa pengakhiran aku begini. Adakah ini yang dimaksudkan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik and vice versa.

Aku melayari suasana perkahwinan yang hambar. Aku hilang kelembutan sebagai wanita. Aku kerap marah2. Aku terlalu marahkan diri yang bodoh kerana silap mentafsir. Aku marahkan alam yang tak berpihak padaku saat aku tiada tempat untuk berteduh. Aku salahkan semuanya, aku murung luar dalam. Aku pejam mata hidup tapi tidak hidup. Aku pejam mata aku menangis kenapa hidup aku bermasalah dari kecil sampai besar, aku hanya mampu menagis…menangis dan menangis. Apa silap aku dalam kehidupan ini, kenapa aku begini dan dihukum seperti ini. Di mana harus aku hayun langkah ini. Aku tak punya hati lagi. Rasa tawar segalanya. Aku hilang arah tuju. Kini aku terbang tinggi tapi aku tidak bahagia.

Untuk pengetahuan pembaca, disebalik semua ni ade 1 perasaan yang aku simpan dari kecil. Aku tak tunjukkan sangat. Tapi ia kian membara sehingga hari ini. Seperti api yang tidak padam2. Iaitu dendam pada mak dan abah aku sendiri. Bermula bila aku kene gangguan seksual, mak abah sembunyikan sebab takut malu. Mereka Cuma pergi jumpa mak bapak setan tu mintak pantau anak mereka. Bila aku nagis mereka cakap dah..dah lupakan..lupakan.

Aku Berjaya tapi aku benci mak abah aku sendiri, aku ketepikan bahagian paling minimum untuk mereka. Aku jarang pulang ke kampong. Bila perlu sahaja. Bila mereka sakit aku jaga (masih ade rasa simpati) tapi tak kuat. Aku dendam sebab aku dan adik2 aku membesar dalam keadaan terabai. Kami hidup susah bukan sahaja dari segi kewangan tapi miskin didikan. Sebab tu aku setuju bila orang kata kalau keadaan ekonomi tak kukuh, keluarga tak aman. Jangan buat anak ramai2.

Aku adalah saksi, anak2 yang terabai. Adakah dendam ini punca semua kesilapan mentafsir dalam hidup aku?

– Mawar Berduri

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *