Assalamualaikum wbt, salam sejahtera. Hai semua! Awal-awal aku ngaku la, aku baru 4 tahun kahwin. Mentah lagi. Tapi ni tips-tips yang aku dapat bukan saja daripada pengalaman aku, tapi daripada pemerhatian sekeliling juga.
Tips ni insyaAllah berguna untuk anak dara yang dah mula memikir untuk menjejakkan kaki ke alam rumah tangga dan untuk orang yang baru kahwin. Untuk yang dah lama kahwin, walaupun agak terlambat, tapi tetap sempat tarik handbrake dan u-turn semula.
1. Bincang hal nafkah bukan tanda materialistik
Hal nafkah ni benda yang sangat penting dibincang sebelum kahwin. Dia bukan hal yang tahu-tahu sendiri atau pandai-pandai sendiri. No! Mesti dibincang sama-sama.
Untuk yang nak kahwin muda, tolonglah jangan hanya fikir nak halalkan zina. Dah korang bercouple sakan, keluar berdua-duaan ke sana ke mari, memang la boleh menjerumus ke arah zina.
Penyelesaianya bukan kahwin, tapi stop couple. Orang yang dah berkahwin, tetap tak ada jaminan yang dia tak akan terjebak dalam zina kalau masih lagi tak jaga batas-batas pergaulan dengan bukan mahram.
So bila hal nafkah ni diperhalusi betul-betul, barulah korang boleh tahu sama ada korang tu jenis yang dah layak kahwin ke belum. Kalau spender pun mak bapak beli, rasanya layak ke?
Hal nafkah ni selalu jadi isu bila suami isteri bekerja. Banyak gray area atau benda yang samar-samar tentang siapa yang patut bayar apa.
So dengar sini betul-betul. NAFKAH MAKANAN, TEMPAT TINGGAL, PAKAI TU MEMANG 100% ATAS SUAMI (Nak lebih detail tentang apa yang disebut telah memenuhi tuntutan nafkah tu, boleh dengar ceramah-ceramah Ustaz Azhar Idrus) No kongsi-kongsi.
Tiada istilah ‘aku dah izinkan bekerja, so kenalah kongsi hal nafkah.’ Tanggungjawab suami tak terangkat hanya kerana isteri bekerja.
Analoginya tanggungjawab guru mengajar murid dalam kelas tak terlepas hanya kerana murid dah pergi tusyen. Dia pergi tusyen tu hak dia. Tugas cikgu tetap kena mengajar dalam kelas.
Sama juga, isteri bekerja duit tu hak dia. Suami tak ada hak nak minta isteri bayar separuh. Tak boleh suruh isteri sara diri sendiri sebab korang nak menyara adik-beradik or mak bapak sendiri. Jauh sekali nak menyara keluarga sepenuhnya dengan duit tu. Banyak cantik!
Suka diingatkan juga untuk kaum isteri, JANGAN MEMINTA-MINTA MELEBIHI KEMAMPUAN SUAMI.
Kalau sampai suami tu terpaksa bekerja 3-4 kerja untuk memenuhi permintaan isteri, tu memang tak patut. Nanti kalau si suami tu sibuk bekerja je, isteri claim terabai pula. Anak-anak perlu sentuhan seorang bapa juga tau.
Katakan dah kerja hempas pulas pun suami hanya mampu beli ikan kembung 5 ekor untuk lauk seminggu, yang 5 ekor tu pandai-pandailah isteri masak kasi cukup makan anak beranak. Potong 3 ke, laki makan ekor bini makan kepala ke apa ke.
Kalau suami hanya mampu sediakan rumah flat walaupun anak dah berderet, redhalah. Kalau suami mampu beli baju pasar malam, pakailah seadanya. Sekurang-kurangnya dia dah berusaha untuk memenuhi tanggungjawab nafkah dia.
Tapi kalau isteri bekerja, isteri nak makan tenggiri, keluarlah duit sendiri. Tapi bukan bermakna suami tak perlu lagi bagi duit ‘beli kembong.’ Kalau isteri nak duduk rumah atas tanah yang selesa sikit, isteri boleh top up dari duit bayar rumah flat tu bulan2, upgrade ke rumah teres.
Bukan bila bini dah ada banglo sebelum kahwin, suami senyum meleret saja masuk basuh kaki. Sekalipun suami tak mampu bayar duit bulan-bulan banglo tu, jangan terus lepas tangan nafkah tempat tinggal. Jangan pulak berkeras suruh isteri duduk rumah flat juga.
Tarik rambut dalam tepung, rambut jangan putus, tepung jangan berselerak. So bayarlah duit yang patut korang bayar duduk rumah flat tu.
Peranan isteri hanya membantu suami. Ingat tu, BANTU. Isteri mencukupkan apa yang tak cukup, upgrade ikut apa yang dia nak, yang suami tak mampu.
Hal-hal keperluan asas, benda tu tetap jatuh atas suami, contoh bil api air. Isteri nak astro, nak Unifi, tapi suami tak mampu, isteri boleh guna duit sendiri.
Faham, antara keperluan dan kehendak, benda ni agak kabur. Ada orang rasa internet, perabot tu keperluan, bukan kehendak.
So macam ni. Suami harus berfikir apa yang dia mampu sediakan untuk keluarga sekiranya isteri tak bekerja. Kalau pun isteri tak bekerja, tak kan nak duduk rumah bergelap kan.
Atau rumah yang tak ada air. Rumah tak ada internet, tak ada perabot insyaAllah tak ada orang mati lagi. Makan minum mesti ada. So benda-benda yang ‘mesti ada’ tu adalah keperluan.
Ya, sekarang memang isteri bekerja. Mana tahu di masa akan datang, korang dapat anak yang memerlukan penjagaan sepenuhnya atau isteri tu mabuk teruk masa pregnant tak boleh kerja.
Walaupun gaji isteri lebih tinggi daripada suami, tetap semoleknya isteri yang berhenti kerja dalam hal anak.
Sebab fitrahnya suami yang menyara isteri, bukan sebaliknya. Bila isteri rasa disara, akan timbul rasa hormat pada suami. Kalau dah isteri tu kerjanya tanggung diri sendiri, tu yang susah nak rasa taat. Islam tu agama yang sesuai dengan fitrah. Jadi jangan dilanggar.
2. ‘Kalau tak bercinta sebelum kahwin, macam mana nak kenal?’
‘Tak perlu kenal-kenal pun, saya pilih untuk bercinta lepas nikah.’
Ada dua extreme utama kat sini. Pertama orang yang bebas couple lama-lama sebelum kahwin dengan alasan nak kenal-kenal sebelum kahwin. Yang kedua, golongan yang main kahwin saja menonong dengan alasan nak bercinta lepas nikah.
First, betul ke bila bercinta sebelum kahwin, korang dah cukup kenal pasangan tu? Atau korang hanya kenal dengan apa yang dia benarkan untuk kenal?
Tanyalah orang yang bercinta bertahun-tahun pun. Lepas kahwin mesti banyak saja benda baru yang korang belajar tentang diri masing-masing.
Katakan korang dah bercinta sakan 5 tahun. Dah dekat nak kahwin, baru korang bincang hal-hal rumahtangga ni. Dapat pula lelaki jenis yang mengutamakan ‘persamaan gender.’
So bagi dia, kita sama-sama kerja, kita sama-sama buat kerja rumah, kita sama-sama tanggung family. Tak payah nak nafkah-nafkah bagai.
Ha, ayat awal tu dah sedap dah, tapi hujung tu krik krik krik. Tak kan korang nak tinggal kot. Dah bercinta lama tu. Seluruh jiwa raga dan diberi. So telan saja la dengan harapan dia akan berubah lepas kahwin. Tu yang banyak jadi.
Laki panas baran, perempuan ego melangit pun korang on juga kahwin sebab dah sayang. Sebab tak nak sakit putus cinta.
Sebab tu jangan bercinta sebelum kahwin. Bila kita tak letakkan perasaan dulu, jika ada apa-apa yang tak kena, kita tak dibutakan cinta dan masih boleh berfikir secara rasional.
Kalau dah sakan bercinta, kita biasanya akan tutup mata atas kekurangan pasangan walaupun hal tu sangat crucial dalam rumah tangga. Lepas kahwin, mula lah timbul macam-macam isu. Yang dulu kita rasa boleh terima, akhirnya tak tahan juga.
Yang acah-acah islamik ni pulak, main kahwin saja walau tak kenal ni pun masalah juga. Yang tak dibenarkan aktiviti bercinta sebelum kahwin, contoh bebas berdua-duaan ke sana ke mari. Perasaan suka tu tak salah.
Dan lepas kahwin perasaan suka tu akan dimarakkan lagi menjadi cinta dengan aktiviti bercinta secara halal. Yang pergi kahwin dengan orang yang korang tak suka tu kenapa? Lepas tu mulalah geli pulak nak berhubungan badan.
Kenal sebelum kahwin tu perlu. Bercinta sebelum kahwin tak semestinya. Kenal tu bukan hanya latar belakang dia dan keluarga tapi termasuklah untuk tahu keserasian korang, prinsip dan matlamat hidup dia serta perancangan untuk kehidupan lepas kahwin.
Ironinya, majlis perkahwinan yang sehari, rancangnya berbulan-bulan, tapi kehidupan lepas kahwin yang lebih lama tu tak rancang pun.
Semua go with the flow. Tu yang jadi nafkah tak settle, taat tak ada, redha meredhai lenyap, maka sempitlah jalan untuk ke syurga. Rumah tangga patutnya membawa ke syurga. Kalau dah awal-awal menempah neraka, lebih baik tak payah kahwin.
Ada banyak lagi point aku nak tulis sebenarnya tapi dua point pun dah panjang sangat aku rasa. Aku open untuk sebarang perbincangan sihat. Kalau ada benda yang salah nak betulkan, silakan. Kalau rasa tiada sebarang manfaat, sorry, so skip saja la.
Panjang umur, kalau ada permintaan aku tulis lagi.
Sekian, terima kasih.
– Fyda (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit