Assalaamualaikum WBT & Salam sejahtera.
Terpanggil aku untuk berkongsi tentang kesilapan yang sangat tragik yang telah aku lakukan selepas grad sebagai pedoman untuk mereka² yang bakal mahupun yang telah grad.
Aku merupakan seorang lepasan Diploma in Banking & BBA(Hons) Finance grad pada tahun 2012. Lepas grad aku terus orak langkah untuk cari kerja, hantar resume ke bank itu bank ini dan institusi kewangan yang lain, attend walk in interview.
Masa tu aku berharap sangat aku dapat kerja bank. Mahu dipendekkan cerita, asal aku attend interview mesti salah satu soalan ni akan ditanya “do you have your own transport/car? ” . Ya aku faham juga dengan kelayakan degree ni biasanya memang akan kena offer kerja bahagian sales yang require kita untuk bergerak ke sana ke mari, jadi memang patutlah soalan tu diajukan.
Ada satu bank ni dah panggil aku interview sebanyak 2x. It shows a good sign di fikiran aku, tapi kalau aku tiada kenderaan susah juga. Then aku runding dengan family aku untuk keluarkan aku kereta nanti tiap² bulan aku yang bayar. (Aku confident aku akan dapat kerja dengan gaji atleast rm1,800 sebulan masa tu).
Inilah kesilapan paling agung, paling bongok yang aku lakukan lepas aku grad. memang gila & pendek akal. Bapa aku tolong keluarkan myvi extreme atas nama dia, yalaaa aku mana layak nak buat loan kan. Aku punya bangang ni aku pegi minta kereta myvi extreme full spec selama 7tahun tanpa deposit dengan bayaran bulanan Rm857 sebulan. Yes 857 sebulan. Jangan tak percaya.
To make story short, aku tak dapat panggilan kerja bank. Bukan rezeki aku lah kan apa boleh buat. Nasiblah aku ni bukan jenis yang pilih kerja, walaupun aku tak dapat kerja bank tapi aku ada apply kerja lain juga dan atas matlamat untuk cari pengalaman aku terima tawaran bekerja di sebuah kilang sebagai Admin cum Account Executive dengan gaji RM900/sebulan.
Kamu rasa dengan rm900 tu mampukah aku bayar kereta ? Lepas tolak epf socso gaji aku tinggal rm700++ sahaja. sangat² tak cukup. Belum lagi masuk hutang ptptn. Nama je lepasan degree in finance, tapi still commit this kind of mistake. Penyesalan tu masih terasa hingga sekarang, 2017. Sesal tak sudah. Nasib ada parents boleh tolong cover sikit².
Lepas 3bulan aku dinaikkan gaji, naik pun pegi rm1000 sahaja. Tapi aku ni tebalkan muka dengan boss minta kesian aku ada kereta & ptptn perlu dibayar aku tak mahu bebankan bapa aku. Then boss bagi rm1150/sebulan.
Guys, sekarang dah masuk tahun 2017, aku masih lagi kerja di company yang sama, gaji aku sekarang dah rm1750 tapi tahun ni belum ada adjustment lagi. setiakan aku kerja di company ni.. dah masuk 5tahun aku kerja.
Aku tekad aku mahu perbaiki kesilapan aku, aku mahu perbaiki kewangan aku. Alhamdulillah pada saat ini aku berjaya langsaikan ptptn aku. Kereta ada dalam 2.5 tahun lagi habis bayar. Sekarang aku tengah fokus untuk cukupkan dana kecemasan (6bulan gaji). Nanti dah habis bayar kereta barulah aku stabil sikit .
Guys, pesanan aku buat korang, nanti lepas grad kalau mahu beli kereta pun janganlah ambil yang mahal², sedar²la kemampuan diri yang ptptn pun baru mahu start bayar. Nanti dah kerja jangan lupa untuk simpan 10% daripada gaji bersih, ingat simpan dulu lepas tu baru berbelanja. Jangan lupa juga bagi parents sikit walaupun gaji kita tak besar mana. Ptptn jangan sengaja tak bayar. yang paling penting jangan pilih kerja ya.
“Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada guna”
Sekian,
Harap dapat dijadikan pedoman.
– Aquqaiyimie
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit