Assalamualaikum semua, Makcik berumur 26 tahun dan menetap di selatan tanah air. Apa yang Makcik nak kongsikan adalah daripada pengalaman Makcik sendiri.
Makcik seorang wanita yang bekerjaya namun tiada simpanan akibat kelalaian masa muda.
Makcik mula bekerja di Megah Holding (bukan nama sebenar) dan mempunyai gaji yang cukup besar untuk fresh graduate pada ketika itu (4 tahun yang lepas), bukan 3k bukan 4k. Dan sekiranya OT boleh cecah 5 angka.. besar bukan?
Namun Makcik suka enjoy duit tersebut.. Ya enjoy.. Beli barangan berjenama dan melancong ke luar negara.
Kerja Makcik adalah selalu berhadapan dengan orang kenamaan jadi bagi Makcik pada ketika itu, barangan berjenama dan melancong ke luar negara adalaah advantage untuk berkomunikasi dengan mereka.
Makcik bukan daripada keluarga yang kaya, jadi bila mendapat pekerjaan dengan gaji yang besar Makcik lalai, dan hidup mewah.
Kos maknn Makcik sebulan lebih kurang 2k, facial, product kulit, makeup, product badan dll. Nampak kan pembaziran Makcik di situ? Tapi nak menyesal pon tak mampu.
Di kala teman sekerja Makcik bina asset, Makcik buang asset2 Makcik dengan pembaziran yang membunuh masa depan.
Bila covid-19 ni berlaku, ia ibarat satu tamparan besar buat Makcik. Tamparan yang sangat besar untuk Makcik bayangkan. Kerja dengan gaji yang besar namun simpanan tidak cukup untuk 3 bulan gaji.
Namun alhamdullilah, Makcik masih bekerja di company yang sama namun gaji dikurangkan sebanyak 1.5k dan tiada OT.
Disini Makcik nak nasihatkan kupada anak2 Makcik semua agar jangan jadi seperti Makcik.
1) Jangan membeli barang berjenama sekiranya tidak digunakan. Biar lah kawan2 kita pakai, kerana mereka mampu untuk membeli. Mungkin sekiranya betul2 suka barang tersebut, beli as birthday reward tau work achievement.
2) Jangan nak try impress orang lain dengan apa yang kita ada.
Sekiranya mereka ingin melakukan bisnes dengan kita, mereka tidak akan kisah apa yang kita pakai atau guna. Sekiranya mereka bisnes minded, mereka hanya kisah tentang idea2 yang kita akan utarakan dan pandagan kita.
3) Ingat keluarga, tolong mereka dan Allah akan tolong kita.
4) Belilah rumah sekiranya mampu. Namun perlu ingat bahawa rumah bukan current assets tapi ia adalah future asset, which mean current hutang. Beli rumah yang kita mampu bayar dan jangan ikut cakap agent. Mereka nak take advatage dari kita.
If kelayakkan rumah adalah RM300,000 belilah yang hanya RM200k kerana percayalah pembelanjaan bulanan rumah akan lebih kurang dengan bayaran rumah. Kerana kalau kita tidak mampu di kemudian hari, kita akan terbeban hutang yang berpanjangan.
5) Beza dan asingkan simpanan dan pelaburan. Simpan lah sedikit duit gaji untuk simpanan, mungkin sekiranya mendapat bonus blh selitkan dekat FD, walaupun dividen tidak tinggi namun selamat.
Sebelum itu rajin2lah buat kajian bank mana yang letak dividen yang tinggi. Selain itu buatlah pelaburan di ASB dan unit trust. Sekiranya mampu buatlah pinjaman ASB di bank2 yang terbabit.
Cari interest yang rendah (so far CIMB is the best) terpulang if nak include or tak insurance tapi better w/o insurance walaupun banker insist suruh included dan applylah cooperate rate sekiranya gaji kita masuk dekat bank yang sama.
Selain itu buatlah unit trust. Boleh guna KWSP account dan duit dalam tu boleh berganda if pencen. selain itu belajar selok belok saham..
Tak payah pergi kelas berbayar, sekarang semua di hujung jari cuma cepat dan lambat. Makcik masih lagi belajar saham turun dan naik sepanjang tahun nie dan Makcik belum invest lagi kerana variable Makcik masih tak strong.
6) Elakkan personal loan, loan kerta dan CC yang tinggi. Sebagai Rakyat Malaysia, Makcik rasa ramai yang ada satu dari tiga loan tersebut. Namun, hati2 kerana akan makan diri di kemudian hari. Jangan melakukan personal loan sebab kita nak duit untuk investment. Itu SALAH.
Investment adalah daripada duit lebihan kita kerana investment tidak menjamin kejayaan dan kegagalan. Dan jangan sesekali buat personal loan untuk kahwin.
Pergi ma**lah orang yang cakap perkahwinan kita takde class atau nampak miskin, sebab yang keluarkan duit is kita, yang bayar is kita.
Seterusnya jangan bermewah dengan kerta yang secara dasarnya kita melakukan pinjam bank. Yelah, kerja engineer, agent rumah etc takkan nak pakai saga lama, tak kena lah pada kerjaya kita. Takpe, biar orang nampak kita miskin, tapi kita tak meminta duit orang.
kereta gah pada nama, namun makin mahal kerta makin mahal spare part yang kene bayar. Makin mahal kerta, makin manja kereta tu..
Last but not least, kurangkan menggunakan CC. Waalupun CC tu limit dia 40k, gunalah ikot limit yang kita mampu bayar.. Contoh bulana kita hanya mmpu bayar 1k, gunalah 1k shja. Elakkan mengguna sehingga limit yang ditetapkan.
7) Elakkan pembaziran. Semasa Makcik di usia muda, ketika shopping, Makcik pernah mengamalkan konsep baik menyesal beli dari menyesal tak beli.
Jadi banyak barang yang Makcik kasik dekat orang kerana tak guna. Ada yang cecah RM2k untuk satu barang. Ini adalah benda yang paling Makcik menyesal sepanjang hidup.
8) Infakkanlah sedikit kupada orang2 yang tidak berkemampuan kerana akan membuatkan hati kita lega.
Makcik dulu dan sekarang masih jahil dalam ilmu agama, namun Makcik percaya sekiranya kita infak dekat orang yang kita tidak kenal, maka ALLAH akan gandakan rezeki kita dari pelbagai sudut, mungkin kesihatan, wang ringgit, keluarga dan teman yang bahagia.
Itu sahja luahan hati Makcik pada hari ini kerana bos dah panggil untuk meeting.
Makcik doakan golongan muda yang bekerjaya tidak jadi seperti Makcik dan Makcik mendoakan orang yang kehilangan kerja di waktu covid ini akan beroleh kerja secepat mungkin.. Aamiin.. Xoxo.
– Makcik (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit