Kesilapan Yang Tak Mampu Dibetulkan

Assalamualaikum w.b.t..
(Admin, saya harap awak hide profile saya sebab ni aib keluarga saya. Saya pohon sangat2.Terima kasih.)
Pertama sekali, mungkin kisah yang aku nak kongsikan ni boleh dijadikan pengajaran. Lagi-lagi kepada sesiapa yang kurang pengetahuan macam aku ni.
Setiap orang pernah melakukan kesilapan dalam hidup, termasuklah aku sendiri. Kesilapan yang aku buat kali ni sangat-sangat besar, sehinggakan aku rasa berdosa.Aku tak tahu cara nak baiki balik camana.
Aku nak kongsi, kesilapan ni yang aku buat, tersalah playkan video dekat Facebook. Facebook kan banyak post cerita, perkongsian dan macam2. Bunyi macam biasakan?Takde salah apa pun, play video je kot.
Tapi, video yang aku play tu adalah video real seorang gadis yang disentuh atau dibuka bajunya oleh makhluk halus.Aku tak tahu kenapa aku play benda tu masa tu, mungkin sebab curious betul ke tak.
Guess what?Aku bagi adik perempuan aku tengok, memang seram gila!Tapi salah aku lah kat situ sebab video tu video real, dan adik aku pula yang terkena.A few days after we saw that video.
Bengong kan aku ni?Salah aku dekat situ, family aku tak pernah terkena perkara-perkara yang melibatkan makhluk halus ni, serius sekali pun tak pernah.
Dan disebabkan kebodohan akulah benda ni terjadi. Makhluk tu masih kacau adik aku, even dah diruqyahkan, dah baca Al-Quran and everything.Mandi air bidara pun dah, semua yang ustaz sarankan perubatan secara Islam kami dah buat, setakat yang kami tahu lah.
Tapi masih diganggu. Remuk hati aku, salah aku, memang salah aku.Aku tak tahu nak mengadu dekat sape, adik aku tak cerita pun dekat aku, perkara sebetunya berlaku dekat dia, tapi aku terbaca dekat handphone dia lah, sebab adik perempuan aku yang sorang lagi terbaca dan terus dia bagi tunjuk dekat aku.
Dan aku sekarang tengah tanya ustaz apalagi cara yang boleh ubatkan adik aku.Salah aku, serius salah aku.Aku rasa berdosa sangat-sangat.Dan aku nak tanya pendapat korang yang pernah alami perkara ni, atau ada pengalaman camni, boleh tak tolong kongsikan sikit cara atau pun perubatan lain yang boleh aku bgitau family untuk usahakan.
Adik aku masih rasa benda tu alihkan badan dia, pegang dia, dan main dekat pipi dia.
Apa perlu aku buat?Aku buntu sangat-sangat, aku harap korang yang baca ni mampu tolong aku.Dan yang nak kecam tu aku tak kisah, apa yang penting, aku boleh ubatkan adik aku seperti biasa.
Dan aku nak tegaskan,kepada yang suka baca perkongsian cerita yang ada video sekali dekat bawah, aku nasihatkan jangan sesuka hati play video tu.Terkadang silap yang kecil mampu mengubah hidup kau sampai bila-bila.
Perkongsian ni harap mampu elakkan perkara yang sama berlaku dekat orang lain.Bukan nak buka aib, tapi sebab aku sayangkan korang yang masih muda, sama umur macam aku ni.
Terima kasih sebab sudi baca.
Yang berdosa,MISS UGLY
– MISS UGLY
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit