Kesunyian Di Usia 40

Bila baca cerita pasal loner takde kawan rapat, mula rasa simpati pada penulis bernama Sab. Saya pernah lalui situasi seperti Sab. Masalah ini berlarutan sehingga ke tua. Saya rasa, saya seorang yang membosankan. Saya malas nak bersosial di luar seperti orang lain. Mungkin sebab mereka semua berkerjaya & berniaga tapi saya tak melakukan apa-apa memandangkan saya surirumah.

Kebanyakan kawan yang menjadi surirumah, mereka rajin buat side-income. Saya tak pernah terfikir untuk ikut jejak mereka. Saya tanak rugi teruk, memandangkan saya pun jarang berkawan tak mungkin saya akan berjaya dalam bidang perniagaan. Saya pun tidak terdesak untuk mencari sumber pendapatan lebih kerana suami saya bagi cukup pakai.

Saya pun tak suka membazir rezeki suami saya dengan berseronok bersama rakan2 dan dia pula sibuk bekerja untuk menampung kami sekeluarga. Saya rasa bersalah jika saya berlebih. Selalu bila kita sudah suka berkawan, mula la pelbagai aktiviti yang kita akan anjurkan. Saya tak nak saya mengabaikan masa untuk keluarga kerana kehendak bersosial.

Tapi lama kelamaan hidup saya sunyi, walau saya rasa sangat selesa dengan kehidupan begini. Saya cuba untuk berkawan tapi caranya berbeza bila kita dah berusia. Saya rasa ketinggalan dari semua segi dalam bersosial. Saya jenis pendiam & berahsia, mungkin itu penghalang dalam menbina persahabatan baru. Walaupun realitinya Kawan itu pembawa rezeki & masalah, saya cuba beranikan diri untuk lebih menerima segalanya.

Saya tak perlu rasa takut orang akan memburukkan saya atau sakit hati. Saya perlu belajar bertawakal dengan sikap orang sekeliling saya. Saya masih mencari rakan yang lebih sesuai dengan umur & status saya supaya saya tidak rasa rendah diri kerana saya hanya surirumah. Pengetahuan saya juga tidak tinggi walaupun saya lepasan ijazah & pernah bekerja sblm ini membuat saya tak suka bergaul dengan sebarangan orang yang bersikap negatif.

Saya cuba menjadi proaktif tapi saya rasa sgt kekok untuk menyapa orang dahulu, memberi tumpuan & masa pada kawan yang saya berkenan. Ego saya masih tinggi agaknya kerana sblm ni saya peramah dan saya tak perlu berlebih2 untuk berkawan. Bila saya berpindah jauh dan mengongkong kehidupan saya, rakan2 lama pun seperti sudah lupakan saya. Saya rasa seperti saya tidak wujud dlm kehidupan mereka lagi. Ini membuat saya rasa sedih & sunyi… mungkin kemurungan.

Tapi saya bahagia dengan keluarga saya… jadi semua itu tidak menjadi masalah besar bagi saya. Kebelakangan ini saya mula berfikir sendirian memandangkan saya tidak sibuk seperti dulu. Saya ada masa untuk pergi kelas. Saya cuba penuhkan masa saya dengan ilmu. Tapi saya tetap rasa sunyi sebab saya tak pandai lagi berkawan rapat dengan orang baru. Saya rasa pelik. Saya selesa kenal orang hanya sebagai kenalan sahaja bukan sebagai sahabat.

Saya risau bila sedar benda ni boleh menjadi masalah kemurungan dalam kehidupan saya. Saya cuba mendekatkan diri pada Allah tapi saya perlu keceriaan dalam hidup saya. Takan saya nak ketawa ketika solat atau mengaji. Saya rasa masalah saya bukan dari sudut itu. Mungkin kecewa ada kawan yang talam dua muka seperti cerita Sab tadi. Tapi saya ok jek sebab saya rasa mereka tiada perasaan sayang pada saya sebagai kawan.

Mungkin saya tak perlu rasa terkilan berlebih dan terima perangai mereka sebenar. Mungkin itu Allah nak tunjukkan pada saya. Saya masih sayangkan mereka tapi rasa kosong sebab kepercayaan tu tiba2 hilang. Mungkin faktor umur menjadi saya berubah hati. Saya berdoa berjumpa kawan baru yang betul2 serasi dengan saya. InshaaAllah… doakan saya!!

– Fatimah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *