Assalamualaikum, hai semua. Aku ada buat confession beberapa minggu lalu pasal nikmat yang didustakan. Macam mana kehidupan aku selepas berkahwin yang memerlukan banyak pengorbanan. Aku baca semua komen dan aku nak ucap terima kasih kepada yang sudi mendoakan.
Boleh baca confession berkenaan di sini, (https://iiumc.com/nikmat-yang-didustai/).
Confession kali ini bukan kesinambungan confession lama tetapi aku nak share bagaimana hidup yang seumpama kais pagi makan pagi, kais petang makan petang ni mendidik diri aku.
Keluarga aku jenis yang sederhana. Mungkin lebih sedikit dari sederhana tetapi bukan kaya raya. Mak dan abah kerja kerajaan. Kami dibesarkan dalam serba serbi cukup makan pakai. Apa yang aku minta aku akan dapat. Asal pergi kedai baju aku akan beli ikut suka hati lepas tu letak dekat kaunter abah bayar. Walhal harga baju tu cecah 60 ringgit.
Abah jarang menolak kalau beli pakaian atau kasut atau apa saja keperluan anak-anak walaupun sebenarnya tak perlu sangat pun. Beli ikut nafsu tapi pakai sekali dua simpan berbulan dalam almari dan end up diletakkan di masjid untuk di sedekah pada orang susah.
Bila aku sambung belajar aku dapat elaun tajaan yang agak banyak tapi bayang kan lah tak ada satu sen pun yang aku berjaya simpan. Pantang elaun masuk aku akan berbelanja ikut nafsu. Aku beli alat makeup yang akhirnya jadi perangkap habuk dalam almari.
Aku dan kawan-kawan pergi cafe hunting sana sini. Habiskan duit di tempat makan mahal-mahal. Cakap lah mall mana yang kami tak pernah jejak dekat kl tu. Habis ratus mungkin ribu atas perkara yang sia-sia. Bila duit elaun habis tanpa segan silu aku akan minta duit dari abah.
Kawan-kawan dari keluarga yang susah siap boleh sara keluarga dengan duit elaun mereka tetapi aku terus hanyut dengan benda keduniaan. Selepas habis belajar aku tak ada saving. Nothing. Zero. Elaun terakhir yang aku dapat pun aku bazirkan beli iphone clone yang akhirnya jadi sendal pintu. Ibu selalu cakap aku ni hidup mewah tapi aku tak pernah sedar sehingga lah aku mula kerja.
Bila aku mula kerja, aku mula rasa penat nya cari rezeki tetapi aku masih merajakan nafsu. Aku belanja macam tak ada hari esok. Kalau aku berkenan beli tudung tu, buy 3 RM100 aku tak fikir panjang pun.
Aku rasa why not beli je sebab murah walhal manusia yang tak cerdik matematik macam aku ni tak sedar kalau 100 bahagi 3 harga tudung tu mahal ya amat tak berbaloi langsung! Pakai sekali dua kemudian sedekah di masjid. Aku banyak sedekah kain baju tudung handbag dekat masjid sebab hidup aku terlalu boros. Aku beli handbag setiap bulan. Beli kasut beli itu ini.
The cycle keeps repeating for years. Masa aku dan suami plan nak kahwin aku terduduk sekejap sebab lepas 3 tahun bekerja aku masih tak ada saving walhal aku cuma bayar kereta, bill medical card, bill internet dan bagi duit pada parents.
Aku tinggal dengan parents, makan bill semua ditanggung. Baki gaji aku masih banyak tapi saving aku tak sampai 3k. Aku tak tahu ke mana duit tu semua pergi. Mungkin sifat boros aku ni jadi salah satu punca tiada keberkatan dalam rezeki. Bila rasa susah cari duit, aku mula dihantui rasa berdosa yang teramat pada abah dan ibu.
Abah jenis yang sangat berjimat, kasut dah terkoyak keluar jari baru abah rasa puas hati untuk beli kasut baru. Abah dan ibu datang dari keluarga susah jadi mereka berdua cuba untuk mencukupi keperluan anak supaya anak-anak tak merasa susah mereka dahulu. Aku baru sedar betapa besar nya pengorbanan mereka. Adoii rasa nak nangis pulak.
Masa nak kahwin aku cuba save sebulan 1k dan aku berjaya dengan susah payah nya tanggung majlis kahwin aku. Duit hantaran semua aku beri pada abah. Selepas kahwin hidup aku makin susah (macam yang aku cerita dalam confession lepas) sampai nak beli makanan mahal sikit pun aku terpaksa catu jauh sekali shopping benda-benda lain.
Aku merungut menangis marah pada suami kerana hidup susah sehingga lah selepas apa yang terjadi pada aku dan suami seperti di confession aku sebelum ni, aku belajar banyak perkara. Aku belajar bersyukur dan merasa cukup dengan apa yang ada dan alhamdulillah sekarang hati aku sangat tenang.
Aku dah tidak memikirkan lagi soal duit. Lepas dapat gaji dan bayar segala komitmen yang ada aku akan cuba berjimat semampu yang mungkin. Duit yang ada aku akan guna untuk minyak kereta dan belanja makan di tempat kerja. Baki aku akan simpan. Aku dah tak lagi shopping seperti dahulu. Aku hanya belanja mengikut keperluan.
Sesekali aku masih buka shopee dan lazada tetapi sekadar puaskan mata dan aku akan tutup semula. Ternyata hati aku rasa tenang dan bahagia tanpa semua harta dunia tu. Aku rasa bahagia sangat di samping suami dan keluarga.
Suami aku? Dah tentu lah dia juga berusaha mengubah nasib kami. Aku cuba kurangkan beban dia dengan sentiasa memberi sokongan. Apa yang dia terkurang aku akan tampung dengan duit aku. Aku redha seikhlas hati membantu suami seperti mana dia redha dan seikhls hati membenarkan aku keluar rumah bekerja.
Kami masih baru di alam rumah tangga, masih banyak cabaran dan pengorbanan yang akan kami hadapi. Aku juga masih mentah, aku cuba belajar sikit-sikit cara mengurus kewangan dengan betul dan belajar menjadi isteri dan hamba Allah yang baik.
Moga ada iktibar yang boleh di ambil daripada kisah aku ni. Doakan kami terus kuat ye. Sekian..
– Anne (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit