Ketagih Handphone, Bantu Aku!

Assalamualaikum semua. Aku Milah, pertengahan 20an, bekerja dan masih bujang. Aku nak minta pendapat atau cadangan berkenaan macam mana nak hilang kan habit buruk aku.

Ya Aku rasa aku sedang mengalami ketagihan handphone. Kenapa aku cakap aku ketagih, sebab pantang ada masa terluang aku akan menghadap handphone scroll up scroll down socmed (social media), sehingga tak sedar masa dah berlalu lama.

Sampai kekadang sedar-sedar tangan dah lenguh. Aku bukan la jenis yang kaki selfie dan upload socmed atau update status 5 minit sekali.

Jarang sekali nak update apa-apa status melainkan share info2 terkini yang dirasakan penting. Just sekadar menjadi silent rider, baca artikel, tonton video.

Benda ni aku rasa sangat tak sihat, sebab banyak masa yang terbuang dan hari-hari berlalu dirasakan agak tidak berkualiti.

Contoh nya, balik kerja aku dah plan nak buat apa, nak mengemas and so on, tetiba sampai masa aku balik terbongkang menghadap handphone konon nya nak tengok sekejap dan akhir nya masa berlalu sehingga senja dan kene siap-siap nak solat.

Dan benda yang aku sangat-sangat lah rasa tak berguna bila lepas solat maghrib biasanya aku akan baca Quran 2,3 helai dan almulk selepas Isya’.

Lepas solat dalam kepala nak capai al quran tapi tangan aku ni laju saja capai handphone konon nak check whatsapp pastu termelencong pergi tengok story wasap pastu ke fb, ig,

Dan akhir nya masa terbuang begitu sahaja sehingga waktu isyak aku masih leka and akhirnya aku terus solat isyak dan hanya baca al-mulk sahaja and kadang tak almulk pun.

Sama juga bila waktu subuh, sepatutnya sempat saja aku mengaji sekejap. Tapi tanpa sedar aku dah buang masa at last dah kene siap2 rushing pergi kerja pastu mulakan hari dengan tak baca Quran, rasa tak best tau.

Apa yang aku buat kat socmed? Takde buat apa pun, just tengok, baca, scroll sana sini. Aku memang jarang sekali nak tinggalkan apa2 komen. Kadang benda yang sama saja yang aku tengok tapi tah la. Tak boleh lepas bagai ada megnet.

Bersosial dengan kawan-kawan? Aku duduk kat tempat baru, kawan aku hanya di tempat kerja. Housemate biasanya dorang akan buat hal masing2 dalam bilik masing-masing lepas waktu kerja.

Aku takde kawan sangat kat sini. Jadi aku banyak habiskan masa dengan handphone.

So start awal bulan haritu aku dah uninstall fb & ig tinggalkan twitter saja untuk tau isu semasa. Ok sikit la rasa. Lebih focus. Tapi still tangan ni gatal lagi nak cari fb ig tapi bila tengok takda then bolehla letak la handphone tu semula.

Tapi sekejap saja, ambil balik then scroll shopee, kalau dah scroll shopee tu tau-tau saja la kan. Beratus juga habis.

Aku pernah juga distract untuk tak main phone dengan baca buku. Tapi sekejap saja bertahan. Aku cepat bosan. Aku rasa aku ni bukan lah addicted kat socmed tapi addicted nak main phone.

Aku jarang tengok tv, jadi melalui socmed saja aku boleh ambil tahu tentang isu semasa. Aku pernah saja jadi macam ni masa student dulu. Apa aku buat, aku uninstall smua socmed and aku jadi lebih focus.

Tapi tu lah. Aku taktau benda isu-isu yang terkini. Masa student takpe la kan taktau isu terkini. Bila dah kerja ni perlu tahu isu semasa sebab kerja aku pun kene berhadapan dengan orang awam so kene sentiasa up to date, kalau tak kene kelentong saja nanti.

Plus kat socmed ni info2 aku rasa lagi laju dari media, surat khabar apa semua. Even tak semua betul kan .Banyak juga manfaat kat socmed ni sebenarnya, tapi tu la aku saja tak dapat control diri aku.

So nak tanya kalau aku uninstall semua socmed kat mana aku masih boleh ikuti situasi terkini dan ada tak cadangan apa yang aku perlu buat bagi mengatasi masalah aku supaya hari-hari aku lebih berkualiti.

Atau aku masih boleh ada socmed cuma kene ada cara macam mana aku nak control diri aku.

So apa cara yang aku boleh cuba? Boleh kongsikan. Harini aku install semula fb sebab nak hantar confession ni and nak tahu situasi banjir.

Aku plan tahun 2022 aku dah tak nak ada habit buruk ni. Tolong doakan aku okey. Segala cadangan dan nasihat sangat lah dihargai.

Semoga kita sentiasa dalam lindungan Nya

– Milah nak berubah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *