Ketagih Makan Beras

Assalamualaikum, aku L. Benda ni dah lama jadi tapi kebelakangan ni rasa ingin tahu tu lebih membuak buak dari sebelum-sebelum ni. Aku harap ada doktor atau apa2 pakar la boleh jelaskan fenomena pelik ni.

Nak dijadikan cerita, dari aku sekolah rendah aku ada satu tabiat pelik. Aku suka makan beras. Ya, beras yang belum masak tu. Kadang2 aku makan sambil tengok tv. Kadang2 aku makan sambil buat kerja sekolah. Kadang2 aku makan sambil baca buku.

Tapi tabiat tu bertukar jadi ketagihan. Aku ingat lagi masa Form 1 aku dapat masuk sekolah asrama. Aku masuk macam biasa la tanpa fikir apa2. Malam pertama aku dekat asrama aku dah rasa tak sedap badan sebab aku nak sangat makan beras.

Dikala orang lain menangis rindu mak ayah dan rasa homesick, aku tak boleh tidur sebab tak dapat makan beras. Tapi aku masih bertahan. Aku alihkan fikiran aku. Aku sibukkan diri aku. Aku makan banyak gula2 bila aku tengah bosan.

Tapi tak menjadi, aku tetap rasa tak senang sebab tak dapat makan beras. Masuk hari keempat aku dah tak boleh tahan. Aku pergi jumpa makcik dewan selera. Aku mintak dia beras. Aku tipu aku cakap untuk kegunaan projek sekolah.

Makcik tu macam pelik. Kalau projek sekolah kenapa aku je yang mintak. Dan kenapa cikgu nak suruh murid bawak beras sedangkan murid2 dekat situ semuanya duduk asrama tak boleh keluar.

Tapi dia malas nak tanya banyak dia bagi je satu plastik kecil. Berlari aku balik asrama, masuk bilik, kunci dan makan beras tu. Tuhan je tau rasa lega dia macam mana. Hilang rasa berdebar dan tak senang aku.

Benda ni berterusan sampai la aku masuk universiti. Masa ni aku dah pandai beza beras mana sedap dan beras mana tak sedap. Aku dah ada beras favourite. Tiap minggu aku akan beli buat stok.

Roommate aku selalu tanya apa benda yang aku selalu makan tu. Aku cakap kerepek. Tapi ada sorang roommate tu dapat tangkap yang aku sebenarnya makan beras sebab dia ada kenalan yang ada habit yang sama. Plus, dia pernah nampak aku simpan beras dalam bekas.

Dia pun sebarkan benda tu dekat orang lain dan tuhan je tau betapa malu nya aku. Orang pandang aku macam aku pelik. Siap ada yang buat cerita aku ada saka.

Aku stress aku malu. Start dari haritu aku berazam nak berhenti makan beras. Proses nak berhenti tu sangat menyeksakan. Emosi aku jadi tak stabil. Hati rasa tak tenang.

Ada masa aku kena curi2 juga makan sikit untuk kawal rasa tak tenang aku. Dan tak tau la macam mana lepas beberapa bulan aku dapat berhenti makan beras sepenuhnya.

Bukan setakat berhenti tau. Dia terus takda keinginan nak makan beras tu. Bila tengok beras pun rasa peliknya kenapa aku makan beras ni dulu.

Jadi hidup aku normal dan bahagia lepas tu. Tapi tak lama. Lepas aku kahwin aku tak tau macam mana habit makan beras ni bermula balik. Awalnya aku hanya makan sikit sambil2 cuci beras tu.

Lepastu terus datang balik ketagih tu. Mula2 aku makan belakang2 suami. Aku malu dengan suami kalau dia dapat tau habit pelik aku. Tapi lepas tu suami dapat tau juga.

Aku dah start berani makan bila2 masa dan dimana mana. Masa kami pergi bercuti pun aku bawak bekalan beras. Balik kampung pun aku bawak beras. Pergi outstation untuk kerja pun aku bawak.

Tapi lama kelamaan aku rasa macam tak elok la habit ni. Aku kena stop balik. Jadi sama macam dulu, aku usaha untuk berhenti makan beras.

Cumanya aku tak tau kenapa kali ni lagi susah untuk berhenti. Sampai aku kena makan gula2 untuk berhenti merokok tu ya. Punya lah teruk.

Emosi jangan cakap. Memang terbolak balik. Sedih, marah, takut bercampur-campur. Tapi alhamdulillah lepas beberapa bulan aku dapat buang semula habit tu.

Sekarang bila aku cuci beras atau refill beras dalam bekas beras, aku ada je perasaan nak rasa beras tu. Tapi aku buang perasaan tu dan berjanji aku takkan sentuh dah beras. Aku tau benda yang sama akan berulang kalau aku makan balik beras.

Familiar tak kisah aku? Macam kisah seorang penagih dadah kan? Padahal beras je pun. Jadi aku nak minta penjelasan daripada siapa2 yang ada pengetahuan pasal benda ni.

Persoalan aku, macam mana aku boleh ketagih makan beras. Dalam beras tu ada bahan yang menyebabkan ketagihan ke? Dan kenapa bila nak berhenti makan aku rasa tak senang? Dan ada lagi tak orang macam aku?

Banyak lagi sebenarnya persoalan yang aku ada. Aku harap sangat ada orang tau dan boleh jelaskan pasal ni.

– L (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

9 Comments

  1. apa masalahnya, bukan makan mende tak elok..cuba dapatkan nasihat doktor, kalau tak de side effect rasa tak ada masalah pun, beras pun makanan

  2. Kali pertama saya dengar tapi nak tanya, kalau makan beras banyak, nasi makan tak? Hehehe.. Maaf sekadar nak tahu.. ingin tahu. Saya rasa tak apa la ketagih beras jika dia tidak memudarat kemudian hari.

  3. Takpe kak, x salah pun makan beras, tp jgn lah makan macam coco crunch ahaha, mak saya pun suka makan beras, tapi dia mkn sikit jer time cuci beras. Dia x addict. Yang penting makan beras tu halal.

  4. takde ke yang pakar baca cerita ni. nak juga tahu apa penyakit orang orang macam ni, rasanya macam kena pergi jumpa psychiatrist kot. ada juga baca dulu ada orang suka makan benda pelik, kalau taksalah haritu baca, dia kena makan besi ke apa, dan tu adalah penyakit. nasib baik la sis ni beras je bukan benda yang takboleh dimakan..

  5. kalau google banyak jugak keburukan makan beras mentah ni , hmm cuba la stop makan , risau nanti bila dah tua baru nampak kesan dia..

  6. Dulu saya ada kawan yang suka makan tisu/paper. Memang dia makan bende tu macam makanan. Dari kecik dia kata. Dia describe rasa apa semua, and dia pun taktahu kena dia tak boleh stop makan bende tu, macam you lah. Then dia jumpa pakar or Dr memang ada dia kata dia Xylophagia dan seakan dengannya adalah PICA. More macam eating disorder. So may be dalam kes you ni ada kaitan dengan eating disorder lah

  7. sis, ok tu. saya dulu lagi pelik. kepala mancis api, belerang tu yg saya kunyah dan telan. berkotak kotak. kena hempuk kat parents pasal asyik lesap je kotak mancis. side effects alhamdullillah tak ada

    alhamdullillah, keinginan tu hilang sendiri setelah bertahun tahun telan belerang. ok je badan dan kesihatan saya. dah kawin pun saya beranak pinak dah

    you are not alone

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *