Ketagih Onani: Stress? Lonely? Sangap?

Salam, asalnya saya tulis karangan lain. Namun masa saya nak hantar, saya perasan ada beberapa postingan yang sudah agak hampir sama. Jadi saya menulis semula. Apa yang terhasil, taktau lah.

Saya seorang lelaki teruna bujang berumur awal 30-an. Saya sedang mengalami ketagihan onani, dan sejak saya umur belasan lagi. Sekarang sudah semakin slow, hanya di hujung minggu, tapi kadang rasa macam masih tiada beza.

Saya tidak solat, tidak puasa. Jarang sekali. Kalau solat pun mungkin kelak akan dilempar kembali solat tu ke muka saya nanti. Kalau puasa pula, sekadar menahan lapar dan dahaga.

Disebalik semua itu, hidup saya masih diberkati. Bila saya ada masalah, saya akan sepenuh hati berdoa, solat hajat dan sebagainya. Setiap kali itulah ditunjukkan jalan buat saya.

Kerja saban tahun makin bagus. Gaji makin naik. Mungkin berkat doa ibu saya juga. Rakan taulan & saudara mara pandang saya sebagai seorang yang agak berjaya.

Tetapi hakikatnya? Inilah saya. Makin meningkat umur makin bertambah dosa. Sejujurnya rasa malu. Marah. Jijik. Kecewa. Dan kadang2 speechless dengan diri sendiri.

Ada ketika akan ku tenung cermin memaki hamun pantulan diri. Tampar dan tumbuk muka sendiri.

Insaf? Sudah lebih 10 kali saya titiskan air mata akibat dosa ini. Tapi tetap juga kembali ke lembah dosa yang sama.

Syukur, saya masih teruna. Ada juga pernah terdetik beberapa kali yang mungkin kalau saya berzina, akan dapat hilang kan ketagihan ni. Tapi saya tahu itu bukan jalannya.

Secara jujur, sudah tidak ada kepuasan lagi dalam aktiviti ini, tapi tetap juga saya ulangi. Mungkin sebagai salah satu cara untuk saya “hilangkan stress” sebab somehow dia akan buat otak kau jadi tenang seketika.

Tapi saya rasa macam makin stress pula dengan rasa serba salah yang menggunung ni.

Sekarang, sudah mula terdetik rasa untuk cedera kan diri/bagi kemalangan agar dapat cuti panjang. Mungkin kalau saya terlantar sebulan atau dua bulan, dapat bendung ketagihan ni? Sambil-sambil tu boleh la juga rehat dari stress kerja tu kan.

Saya seorang introvert, pemendam. Jadi saya lebih gemar bersendiri. Saya juga tidak punya ramai kenalan di ibu kota. Aktiviti riadah, sejak beberapa tahun sudah tidak lagi saya buat. Sebab terlalu segan untuk join group baru.

Saya tahu saya perlu dapatkan bantuan professional, tapi saya terlalu malu. Atau mungkin juga keyakinan diri sudah tidak ada akibat dari aktiviti onani yang berterusan.

Ya, sudah banyak tips saya baca. Semangat dalam hati ni belum cukup kuat untuk lawan hawa nafsu. Sesekali saya akan keluar sampai lewat malam, pukul 2-3 pagi balik. Akhirnya, scroll telefon dan ke sana juga akhirnya.

Masa main futsal dulu, walaupun penat, balik nya tetap juga ada masa untuk onani sebelum tidur. Bangun pagi awal, bukan solat subuh. Onani perkara pertama & terakhir saya buat.

Kadang-kadang rasa macam makin saya cuba, makin saya ke arah sana. Contoh, saya pernah cuba untuk lengkap kan solat 5 waktu. Tidak sempurna, tapi lebih baik dari minggu yang langsung saya tidak fikir kan tentang solat.

Lepas beberapa hari atau minggu, saya kembali beronani, malahan semakin teruk. Sampai berhari2 berturut2.

Okay lah. Sebelum semakin merepek. Sampai sini saja.

Buat yang membaca, titipkanlah doa buat saya. Harap janganlah kalian mengecam kerana sedikit sebanyak mungkin akan memberi kesan pada saya. Saya hanyalah seorang pendosa yang ingin mencari jalan pulang.

Semoga satu hari kelak dapat aku balas segala kurniaanMu dengan menjadi hambaMu yang bertakwa Ya Allah.

– Insan Lemah 0700 (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *