Pertama-tamanya terima kasih kepada admin jika menyiarkan kisah aku ni.
Hai, Assalamualaikum semua. Nama aku Ila. Berumur awal 20 an. Seorang pelajar tahun akhir di sebuah universiti kerajaan. Aku sudah berkahwin selama tiga tahun sejak dari awal-awal sem di universiti.
Jujur aku memang tak reti nak meluah, mengarang dan sebagainya tapi hati aku teringin sangat-sangat nak tahu bagaimana mahu merubah seorang suami yang ketagihan aplikasi dating.
Ya aplikasi dating seperti wechat, mi chat, omi, tinder, instagram dan lain-lain lagi.
Suami aku juga seorang pelajar di universiti tempat aku belajar dan berumur awal 20 an cuma dia muda setahun dari aku. Seorang yang beragama, sekolah agama dan lahir dari keluarga yang juga beragama.
Aku namakan dia H. H seorang yang baik, lemah lembut, hensem, tinggi, putih dan memang ciri2 lelaki idaman setiap wanita la kot.
H juga seorang anak dan menantu yang baik, taat dan suka menolong keluarga. Dia juga seorang suami yang selalu tunaikan apa sahaja permintaan aku. Sebab aku suka makan, jadi dia selalu layankan sahaja.
Tapi H mempunyai satu tabiat/hobi iaitu berchatting dengan perempuan2 diluar sana. Dia sudah menjadi satu tabiat/hobi yang sangat ketagih buat H.
Sudah banyak kali H kantoi berchatting dengan ramai perempuan bukan seorang dua namun kadang hingga tak terkira.
H sanggup buat emel baru, beli no baru semata mata untuk mendaftar masuk ke aplikasi2 dating yang ada di playstore. Kantoi sahaja, H akan tukar buat akaun lain.
H tidak pernah layan atau menumpukan perhatian pada satu perempuan sahaja, namun dia akan menghantar mesej pada ramai2 perempuan yang di tambah sebagai kenalan nya di aplikasi2 dating tersebut.
H akan menghantar mesej seperti, hai beautiful boleh berkenalan? Boleh kita jumpa atau H akan membalas story tentang perempuan tersebut dan macam2 lagi cara mesej H bersama perempuan2 yang melayannya.
H dah banyak kali kantoi dan ibu nya juga sudah tahu tentang tabiat buruk H. Aku sendiri selalu rasa syak wasangka terhadap H. Bila kantoi je H akan berjanji tidak akan mengulangi lagi.
Aku sampai satu tahap berasa sangat2 takut, aku takut kalau dia main telefon waktu aku tidur, aku takut kalau dia bawa masuk telefon ke bilik air,
Bila berhenti solat dekat masjid atau surau pon aku berasa sangat2 takut H berchatting dengan perempuan2 lain.
Ada sebab kenapa aku rasa takut dengan semua situasi tu, kerana memang sewaktu aku tidur dan aku takde dengan dia, tu adalah peluang terbaik untuk dia buat tabiat/hobi buruk dia tu.
H juga sangat berhati hati sekarang apabila ingin melakukan tabiat buruk dia tu sampai aku tak tahu macam mana dia guna aplikasi2 dating tu tanpa pengetahuan aku.
Tapi aku sendiri ada cara untuk tengok sama ada dia masih menggunakan aplikasi2 tersebut atau tidak.
Caranya adalah sebab aku sendiri install aplikasi tersebut, menyamar jadi orang lain dan dia chat aku tanpa dia tahu tu aku sebenarnya.
Tapi, buat masa sekarang aku lebih banyak diam, happykan diri aku tanpa pikirkan apa yang dia buat walaupun hakikat ssbenarnya aku tahu dia masih belum berubah.
Dia masih sama macam sebelum2 ni. Cuma sekarang, dia tak tahu pon yang aku tahu dia buat lagi tabiat/hobi dia.
Kalau macam dulu, aku tahu je, aku terus tanya dia dan marah2 dia tapi sekarang aku tahu ,tapi aku ambil keputusan untuk diam .
Sejujurnya aku dah penat, penat menangis, penat menegur, penat nasihat dia dan penat untuk semuanya.
Sampai satu tahap aku rasa menyesal kahwin dengan lelaki yang suka berchatting dengan perempuan lain tanpa memikirkan soal hati dan perasaan aku. Aku rasa sangat2 dikhianati.
Aku dah berdoa, berzikir, masak sambil baca doa untuk Allah buka hati dia berubah ke arah kebaikan tapi dia berubah kejap, lepastu buat balik.
Depan aku acah2 baik, alim kononnya dah berubah sepenuh nya. Tapi hakikatnya hanya Allah je tahu betapa sakitnya rasa yang aku pendam.
Aku percaya kalau kita sabar insha’Allah satu hari nanti Allah akan buka pintu hati dia untuk mendapat hidayah dari Allah.
Aku yakin dengan doa dan aku yakin ibu dia pon sentiasa doakan kebaikan dan perubahan untuk anaknya.
Cuma aku menulis kisah ni untuk bertanya pendapat atau cara macam mana kita nak ubah seorang suami yang ketagihan aplikasi dating. Mana tahu ada juga isteri2 dekat luar sana yang sama situasi nya macam aku.
Terima kasih kepada yang sudi komen dan berikan pendapat. Semoga Allah balas segala kebaikan kalian. Aamiin2.
– Ila (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit