Hai semua. Assalamualaikum. Selama ni aku silent reader je. Tetiba terdetik hati nak kongsi cerita berkaitan anak aku yang kena sindrom budak2 sekarang : Ketagihan handphone.
Sebelum berkahwin, aku merupakan wanita bekerjaya. Aku ambil keputusan untuk berhenti sebelum mendirikan rumah tangga atas sebab2 tertentu.
Aku menumpang dirumah mertua yang uzur. Tiada masalah pada permulaan, sehingga setahun kemudian aku dikurniakan seorang anak perempuan.
Anak aku high demand baby. Which is sangat cerewet dan tak boleh ditinggalkan langsung. Masa dalam pantang, aku dapat tidur 2-3 jam sahaja sehari.
Aku sangat keletihan. Suami ada membantu, tapi bila berurusan dengan baby high demand, memang sangat mencabar.
Dia tak nak langsung dengan suami aku. Nangis macam kena dera.. Allah.. Benar2 cubaan.. Dan disinilah cubaan bermula..
Mertua aku ada fobia tangisan budak, which is dia langsung tak boleh dengar budak menangis (kematian anak 4 orang semasa masih bayi).
Solution paling best aku dapat time tu, handphone. Ya, mungkin ada yang kecam aku. Kenapa handphone.
Masa tu aku jahil. Dan aku keletihan yang terlampau. Bila anak aku tengok kartun dalam handphone, dapat la aku lelap sebentar dan kadang kala dapat menyelesaikan kerja rumah.
Makin hari, aku rasa hidup aku makin teratur. Boleh uruskan keluarga dengan sempurna. Bagi anak leka dengan handphone, selesai semua masaalah.
Tapi, saban hari, aku perasan sesuatu yang berlainan dengan anak aku. Dia jadi susah dikawal. Baik dari segi emosi mahupun perangai.
Apa saja kemahuan dia yang tak terpenuhi, dia akan mengamuk semahunya. Dan dia juga jarang mahu berkomunikasi dengan aku.
Aku mulai risau dan mula mencari sumber2 yang dapat membantu. Handphone. Ya..
Ramai yang puji, anak aku fasih berbahasa inggeris walaupun masih kecil. Mula2, aku rasa bangga juga. Lama kelamaan, selepas melihat natijahnya, aku jadi seram.
Permulaan untuk aku pisahkan dia dengan handphone sangat2 la mencabar. Korang ingat kan?
Mertua aku yang fobia tangisan budak? Ya, disitu la cabarannya.
Bila aku cuba berkeras dengan anak berkaitan waktu yang boleh untuk menggunakan hp.. Anak aku akan tantrum dan mertua aku akan menangkan dia.
Tapi.. Makin hari makin menjadi.. Pernah anak aku mengamuk dan pukul aku sekuat hati walaupun usia nya ketika itu baru 2 tahun. Aku sudah tidak dapat bersabar lagi.
Dengan nasihat dari nurse di kk, anak aku tiada masalah dari segi akal. Dan mereka menyuruh aku dengan segera membendung masalah berlebihan hp ini sebelum terlambat.
Akhirnya aku berjaya walaupun aku dan mertua tidak lagi sefahaman. Siapa yang pernah berhadapan dengan anak seperti ini akan faham. Situasinya macam mana. Perit. Tapi terpaksa gagah.
Nilai yang perlu aku tebus untuk rehat yang sebentar. Aku dipandang sinis oleh orang luar, seperti ibu yang garang dan sebagainya. Aku pekak kan telinga, aku mohon kekuatan hanya pada Dia.
Sekarang anak aku sudah darjah 3 dan seorang yang aktif dan periang. Tiada lagi masalah hp dan aku sudah pun memiliki rumah sendiri dan 5 orang anak.
Alhamdulillah.. Maha suci bagi Allah.. Seronok dapat didik anak sendiri tanpa cmpur tangan orang lain.
Lupa nak bagitau, tempoh untuk menghilangkan ketagihan tu sangat la sukar. Bukan sebulan dua. Bertahun.
Sebab tu aku kadang2 bila tengok ibu bapa bagi anak handphone, aku rasa ngilu, seram dan sebagainya. Tak boleh nak discribe.
Mungkin mereka tak seperti aku, membendung anak2 dari jadi ketagihan. Namun ia sesuatu yang aku ambil pengajaran.
Anak tidak boleh diambil ringan. Biarla bersusah dan berpenat, agar mereka membesar dengan baik.
Sekadar perkongsian, terima kasih.
– Mak Ati (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit