Ketagihan Handphone II

Untuk part I, (https://iiumc.com/ketagihan-handphone/).

Assalamualaikum, terima kasih pada yang sudi membaca dan share confession aku tempoh hari. Seperti dijangka, memang ramai parents macam aku. Solution segera bagi anak diam: handphone.

Bagi yang mengecam, terima kasih. Anda juga parents. Takde parents yang sempurna. Yang ada cuma parents yang sentiasa belajar.

Ya, bukan kita yang mengajar anak. Tapi anak yang mengajar kita. Siapa yang merasa bagus kerana berjaya mendidik anak dengan baik, tahniah. Bagi yang rasa masih banyak perlu belajar dari anak, ini adalah perjalanan menuju pengenalan kepada Dia.

Baik, tanpa celoteh panjang, aku nak share macam mana aku membendung ketagihan handphone (izinkan aku shortkan sedikit ejaan) anak aku.

Well, pada mulanya, memang indah belaka. Anak aku tengok benda yang baik2 je. Alif ba ta, doa2 dan sebagainya yang islamik.

Lama kelamaan, (budak ni cepat belajar) dia da pandai tekan button here and there kat handphone tu. Tengok segala macam kartun. Dari upin ipin, sampai little pony. Ok lagi la time tu.

Tapi da nampak tak best, sebab time makan pun kadang nak pegang handphone. Siapa yang ada tertanya2 kenapa time ni aku belum berkeras, boleh baca part 1 ketagihan handphone ye. Mertua aku dan fobia tangisan budak.

Boleh je aku nak tetapkan masa dia tengok handphone time ni, tapi aku belum bersedia nak dengar tangisan dia dan bebelan mertua. Fizikal mental aku penat. Sampai jalan pun menyeret kaki.

Kalau tak bagi handphone, dia akan menet*k dengan lama tanpa aku boleh buat apa2 kerja sampai nak uruskan diri sendiri pun tak boleh.

Mana suami aku? Dia bekerja sektor awam yang memerlukan komitmen dari pagi, sampai malam. Tak ingin menyusahkan suami, aku yang menguruskan anak. Dia akan tolong kerja rumah setelah pulang, dan sebelum ke tempat kerja. Dia pun puji, anak tak nangis malam dah.

Kami pun dapat tidur dengan baik. Bukan bagi anak tengok sampai pagi ye. Dia akan tengok sampai tertidur. Bila terjaga, aku akan sumbat te**k. Setel masalah. Tanpa tangisan berjam2. Untuk ulangan, aku masih jahil time ni. Masih belajar.

Masalah aku dapati muncul bila dia mula tengok budak main mainan mcm diana & roma tu. Dia jadi mengada2 sikit.

Masa tengok kartun, aku boleh ambil handphone tu dan ajak dia makan atau main dengan aku. Tapi selepas tu, dia mula pandai menolak. Bila aku berkeras, aku ditegur oleh mertua itu dan ini.

Alahai.. Serba salah aku dibuatnya. Tapi aku belum ada kesedaran lagi, still rasa benda ni tak salah dan anak aku membesar dengan baik. Sampai la masalah datang, boleh baca part 1.

Solution aku untuk masalah ni, aku buat tak nampak dulu kerja rumah. Memang siksa, sebab aku menumpang rumah mertua. Tapi aku terpaksa. Aku akan tengok kartun dengan dia. Tanpa bagi dia pegang. Mungkin pada yang bekerjaya, solution ni susah.

Tapi membantu bila anak tengok handphone, kita join sekali. Kita boleh advise anak ini good, ini bad dan sebagainya. Masa pun boleh kita urus. Kurang tantrum.

Lepas tu, aku bagi dia main kotor. Main pasir, tanah, rumput, hujan.. untuk boost balik sensor dia yang da terganggu sebab banyak sangat terdedah dengan handphone.

Benda ni susah kalau ada yang menumpang dengan mertua macam aku. Semua jadi tak kena. Kau nak kena firm dengan apa yang kau buat. Nak gila jugak aku masa tu. Mertua lebih suka aku bagi handphone pada anak sebab pada dia, budak tu diam dan tak kotor.

Kelakar, tapi itu yang aku lalui. Aku pekakkan telinga, aku buat cara aku. Time makan, makan. Time mandi, mandi. Time tido, tido. Time main, main. Mertua da makin menyampah tengok cara aku didik anak. Berkasar katanya. Well, aku buat tak dengar je.

Janji anak aku da tak tantrum bila tak dapat apa dia nak, aku pun happy tengok dia main secara normal. Serius talk, pada atuk nenek yang membaca, tolong la jangan samakan anak zaman sekarang dengan dulu. Sangat berbeza.

Benda ni makan masa yang lama.. Aku kena cipta rutin aku sendiri. Ada masa aku down, sampai tahap depress. Ada masa aku semangat, rasa da berjaya jadi ibu. Tapi aku keep on learning. Aku google, aku beli buku, aku dengar talk dan paling utama, aku berserah sepenuhnya pada Allah..

Pedih betul, aku dihina, dipandang sinis, malah dipulau oleh mertua kerana tidak sefahaman dalam mendidik anak.

Aku rasa punca utama masalah ni nampak besar, sebab duduk dengan mertua. Tapi terdesak. Suami anak sulong. Mertua da tak kuat. Aku tak boleh sellfish. Tanggung la segala macam perli umpat keji sepanjang aku berada disitu.

Berbalik kepada anak aku, aku start belikan dia peralatan menulis dan melukis pula. Time ni best. Sebab aku tak sangka dia suka seni. Sangat suka.

Until now. Banyak karya dia yang tak masuk akal bagi umur macam tu boleh buat. Still tak kena di mata mertua. Membazir katanya. Tapi aku pekak kan telinga, handphone aku ganti dengan buku dan kertas lukisan.

Masa ni umur anak aku dah masuk 3 tahun dan aku sedang sarat anak kedua. Alhmdulillah, Allah permudahkan. Masih pegang handphone, tp aku boleh pantau. Belum sampai target aku nak. Aku nak anak aku bebas handphone sepenuhnya.

Aku masa ni memang lupa aku mengandung. Rezeki pulak, anak kedua ni aku langsung tak muntah dan sihat walafiat berbanding anak aku yang sulong, kena admit lebih 10 kali sebab muntah dan kurang air dalam badan. Aku berkebun, aku bakar sampah, bersihkan kebun, aku bawak sekali anak aku.

Masa ni aku rasa happy sangat. Sebab anak aku lansung da tak hirau handphone waktu siang. Aku penuhkan dengan aktiviti. Tapi memang struggle. Malam anak aku still akan cari handphone untuk lelapkan mata.

Dipendekkan cerita, Allah dengan segala kekayaan dan kurniaDia yang ada, aku direzekikan rumah sendiri.

Selepas bersalin anak kedua, aku kena depression. Tapi tak smpai makan ubat. Anak sulong jadi mangsa pelepas emosi aku. Aku start berkasar dengan dia. Sebab ketiadaan aku masa bersalinkan adik dia, telah ubah semua rutin dan dia kembali memegang handphone.

Aku kecewa, aku rasa tak berdaya. Bayangkan, aku hanya boleh lihat je dia pegang handphone tanpa dia menghiraukan makan minum. Segala rutin, aktiviti musnah. Orang keliling musnahkan.

Aku sedih. Aku dah tak boleh tanggung masa tu. Aku rampas handphone, aku biarkan anak aku menangis dan mengamuk semahunya.

Waktu tu, mertua aku tertekan juga, admit kerana darah tinggi. Melihat suasana yang tak harmoni seperti itu, suami aku nekad berpindah dan menyerahkan penjagaan mertua kepada ahli keluarga yang ada.

Syukur alhamdulillah, setelah berpindah, baru aku rasa kenikmatan berkeluarga. Aneh dan pelik bagi yang tak berhadapan dengan situasi seperti aku. Tapi bagi yang berada dikasut yang sama seperti aku, yakin la Allah tak kan menguji melebihi kemampuan kita.

Sebagai perkongsian, aku perasan anak kecil sangat suka kan rutin. Mungkin ibu bapa sekalian boleh ciptakan rutin untuk anak2. Pada aku, ia sangat membantu.

Rutin tu seperti, pagi buat apa, petang buat apa, malam buat apa.. Dan hari cuti buat apa.. Selain dapat elakkan gadget jadi pilihan kita, masa mereka juga terisi. Paling penting, berserah pada dia.

Anak2 ini pinjaman yang ntah bila akan diambil. Membela anak2 jangan diharapkan balasan. Jangan harapkan apa2 dari anak. Kita membesarkan mereka kerana mereka kurniaa Allah dan amanah kita sementara didunia menuju hidup kekal bahagia di sana nanti.

Moga bermanfaat. Assalamualaikum.

– Mak Ati (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *