Ketagihan Kopi

Assalamualaikum semua. Sebenarnya confession ni bukanlah confession sangat. Saja nak suka-suka.

Musim-musim PKP ni rasa macam stress nak baca confession yang sedih-sedih. Nampak ada emoji sedih je, terus skip. Malas nak baca. Hehe..

So, apa benda yang aku nak cerita sebenarnya ni? Macam tajuk kat atas tu, aku rasa aku ni macam dah addicted dengan kopi. I luv coffee so much. Satu hari tak minum rasa macam kurang lengkap hidup ni.

Bangun pagi mesti nak pekena kopi atau nescafe dulu. Dan bila dah dapat secawan, semangat tu jadi lain macam. Rasa happy, rasa seronok, rasa bersemangat nak buat kerja apa pun. Ada tak orang lain yang macam ni jugak?

Aku tak perlukan me time yang hebat-hebat pun. Tak perlu ada satu hari untuk aku berwindow shopping, atau hang out dengan kawan2. Tak perlu pun semua tu.

Cukup aku ada 10 minit untuk aku menikmati secawan kopi panas sambil bersantai-santai atas sofa tanpa gangguan anak-anak. Lagi syok kalau time tu hari hujan. MasyaAllah, nikmatnya…

Aku bukan minum kopi mahal pun. Bukan kopi starbuck ke, atau kopi yang jual kat Shell tu (apa nama ek, lupa dah). Aku layan kopi 3 in 1 je. Haha. Tu pun dah cukup membahagiakan.

Dulu masa zaman muda-muda, lagi kemaruk aku dengan kopi. Pagi kopi, tengahari kopi, petang kopi, malam kopi. Tapi bila dah makin berusia ni, aku cubalah kurangkan minum kopi. Paling banyak pun sehari 2 cawan.

Tak banyak la tu kan? Sebab fikirkan kafein dalam kopi tu, dengan gula tambahan. Lagi-lagi orang cakap tak elok untuk buah pinggang. Jadi aku belajar la kurangkan.

Tapi paling seksa masa aku pregnant. Dah la aku suka kopi, tambah pulak hemoglobin rendah. Seksanya rasa tak dapat nak minum kopi. Tahan perasaan jelah. Tapi kadang2 ada jugak la aku mengelat. Dalam seminggu tu aku curi-curi jugak la minum secawan dua. Hehehe…

Tapi aku nak share la satu info. Dulu aku pelik jugak la kenapa bila minum kopi je aku jadi happy, semangat. Lepas tu aku cuba la google kan.. rupanya kafein dalam kopi tu akan merencatkan satu receptor dalam otak iaitu adenosine-receptor.

Adenosine ni adalah satu bahan yang menyebabkan kita jadi mengantuk. Jadi bila receptor ni terencat disebabkan kafein, tak adalah adenosine dibebaskan seterusnya menyebabkan kita tak mengantuk.

Dah tu apa kaitan dengan rasa happy?

Haa… bila otak dah tak menghasilkan adenosine, otak kita mula menghasilkan dopamine dan glutamate. Dua benda ni lah yang menyebabkan kita jadi happy dan bersemangat!

So, tak peliklah kenapa orang suka memulakan waktu pagi dengan secawan kopi!

Ok lah. Macam dah panjang pulak aku melalut ni. Terima kasih la sudi melayan confession merapu ni. Hehehe. Ok lah, chow dulu. Nak pi minum kopi sat. Bye!

– Coffee lover (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *