Hye, aku Fifi, bukan nama sebenar. Dulu, masa aku umur 9 tahun, aku ada jiran yang menyewa di sebelah rumah aku – seorang ibu tunggal dan anak-anaknya. Perasaan aku bukan nak kata la happy sangat sebab dapat kawan untuk bermain nanti.
Aku setiap petang selalu mengajak kakak mereka, a.k.a Kakngah, dan seorang adik lelakinya yang umur lebih tua dari aku untuk bermain. Kami biasa la umur 9 tahun, main apa je – masak-masak lah, kan kawin-kawin.
Tetapi, suatu hari tu keadaan menjadi lain. Kakngah tak ada masa tu, mungkin dia di sekolah. Tinggal aku dan budak lelaki tu kami bermain. Mulanya, batu seremban.
Setelah itu, dia berbisik kepada aku, “Nak aku ajar kau sesuatu tak?” Aku pon cakaplah nak, ye lah, umur 9 tahun, pikir main je.
Dia bawak aku berselindung di tepi kereta ayah aku. Mulanya dia ajak aku main masak-masak disitu sambil dia melihat keadaan di situ. Masa tu, mak aku sedang berniaga di hadapan rumah.
Jauh jugak la untuk nampak kami. Mak budak ni pulak dalam rumah dia lah. Jadi kami berdua je ada disitu. Dia mula bertindak suruh aku baring di lantai. Tetapi berpakaian lah.
Lepastu dia naik atas aku sambil melakukan perkara 18+. Masa itu aku tak tahu apa yang dia buat, cuma bulu roma aku meremang dan sedikit rasa gairah.
Lama jugak dia buat benda tu, aku masih tidak faham apa yang dia lakukan. Aku hanya mampu ketawa dengan perbuatan dia.
Selepas itu, dia mengajak aku sambung bermain batu seremban tadi sambil dia mengambil kesempatan terhadap aku. Selalu menjatuhkan batu seremban tu di tempat private aku.
Umurnya sebaya aku, cuma tua mungkin setahun dua je dari aku yang umur 9 tahun ini. Aku tak tahu mana dia belajar benda ni.
Tetapi malangnya kantoi dengan kakak aku yang baru balik dari sekolah. Terus dia menjerit memanggil mak. Aku terkejut, aku tak tau apa-apa.
Kakak aku bagi tahu mak apa yang kami buat. Rupanya, apa yang kami buat masa tu salah. Sejak itu, baru aku tahu. Aku menangis kuat sebab mak dan kakak aku suruh minta maaf dengan dia.
Sedangkan dia yang mengajar aku. Tetapi masa tu aku masih budak. Aku pon bersalam lah dengan dia meminta maaf sesama dan kami tidak bermain lagi selepas kejadian itu. Setelah beberapa minggu, dia pindah dari rumah itu.
Tetapi aku masih teringat-ingat di kepala apa yang dia buat kat aku masa itu sampai kan trauma. Aku merasa gelisah, ingin mencuba jugak dari kejadian itu sehingga sekarang, umur aku dah 20 tahun, aku masih ketagih benda yang sama. Aku selalu menangis sepanjang umur aku.
Kalau aku teringat balik, sebab aku tak boleh kawal. Aku bertaubat tapi benda tu tak henti dalam otak aku. Aku trauma bila berhadapan depan lelaki. Aku rasa tak selamat, walaupun abang aku sendiri. Aku rasa ketar bila berhadapan dengan lelaki.
Mungkin permikiran aku dah kotor dari kecil. Setiap kali terserempak dengan dia, aku rasa marah, geram, rasa tak selamat, malu, semua ada.
Aku harap suatu hari nanti aku dapat keluar dari trauma aku.
– fifi (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit