Ketagihan Pilot

Assalamualaikum, first time saya nak bercerita dekat semua, sekadar untuk mengambil iktibar atau teladan kepada semua.

Jujur mulanya rasa berat tapi saya nak semua tahu tak semuanya perkahwinan bermula dengan istikaharah ni tiada onak dan duri.

Ya, saya salah seorang daripada awak-awak semua yang mengalami masalah.

Bermula dengan perkenalan yang dijodohkan dengan orang tua. Ya, aku masa tu hanya berserah kepada Allah je. Yang masuk sebelum tu ada lah 3/4 orang. Tapi aku tolak mentah-mentah.

Mak dah penat carikan orang untuk aku. End up last sekali aku dah fed up dan redha. Aku buat istikharah.

Aku doa sungguh-sungguh andai yang masuk kalini aku akan terima dengan hati terbuka. Tak kisah la kerja apa. Asalkan halal. Kalau boleh aku nak pjj. Aku tak kisah. Sebab nanti aku pun busy dengan kerja aku. Mengajar di sekolah swasta area selangor. Allhamdulilah tak lama lepas tu, ada no baru tak dikenali call katanya dapat dari ibu aku.

Aku dah agak dah, matchmaker paling power mak aku sekarang ni tengah cuba lagi ‘kenenkan’ aku dengan seseorang. Akhirnya aku angkat call setelah beberapa kali call, aku mendengar di hujung telefon, dia perkenalkan diri.

Namanya M, tinggal di utara tanah air, berumur 26 tahun dan sekarang masih belajar di pondok.

Aku tengok gambar, kulit sawo matang jenis muka nerd orangnya, kurus tak tinggi sangat, dalam 161 cm je lebih kurang aku 160 cm.

Dalam hati eh boleh rupanya ambik bidang pilot tak tinggi, tapi aku ingat semua kerja bidang glamour mestilah high class. Dia nampak biasa-biasa saja.

MasyaAllah sejuk hati bila dengar belajar di pondok. Dia menceritakan asbab dia belajar pondok walhal sebelumya beliau belajar di flying school di utara juga.

Mempunyai keluarga yang bermasalah antara sebab aku memilih dia untuk jodohku. Pelik kan? Cari family yang bermasalah? Selalunya orang nak yang perfect. Tapi aku tak.

Mungkin disebabkan aku sudah mempunyai keluarga yang sempurna bagiku, dengan adik beradik yang ramai aku bahagia dengan cara aku.

Mungkin sebab tu aku tak ambil pusing background family dia. Bodohnya aku masa fikir balik.

Setelah 2 tahun bertunang, akhirnya kami disahkan sebagai suami isteri. Aku diikat selama 2 tahun kerana ayahku ingin aku habiskan master aku dulu seblum berkahwin.

Takut nanti bila dah kawin nanti writing semua kelaut bila start busy dengan family. Dugaan tunang kami sangat kuat, tapi masalahnya bukan datang dari kami, tapi dari family.

Ayahnya yang bermasalah dan scammer terus datang memaki hamun ibuku sehingga ibu menjadi trauma. Atas sebab katanya aku ingin berkahwin dengan anaknya ‘pilot’.

Walhal aku kenal anaknya pun semasa masih tiada kerja ketika berumur 26 tahun dan duduk di pondok. Kami kahwin pun ayah dia tak datang. M memutuskan hubungan dia dengan keluarga atas sebab menolak perkahwinan kami. Aku?

Ya aku terima, sebab masa solat istikhorah aku dah cakap dengan diri aku akan terima sesiapa selepas solat istikhoroh dan aku nampak dia.

Yang lagi tambah menguatkan aku apabila M berkata semasa dia solat istikhorah 3 malam berturut2 dia mimpikan aku.

Pelik. Walhal baru tengok muka aku pun sebab ibu hantar gambar, itupun gambar family secara beramai² bukan aku sorang. Takpelah aku pun terima dia dengan ikhlas dengan niat nak tolong dia nak bantu dia, sian sebab family M hancur.

Ayah kaki scammer (pangkat Dato tipu) kaki perempuan dan scammer duit orang ramai setiap kali buat bisnes.

Ibu ayahku memang menentang habis perkahwinan ni, selepas tahu background family mereka. Aku pula tetap dengan istikhorah ku untuk menerima M dengan hati terbuka. Aku pernah blok M tapi hati dah mula sayang.

Dulu aku siap larang dia, kalau nak call atau mesej terus berhubung dengan ibuku. Tapi dia insisnt nak mesej aku, akhirnya aku akur.

Bermula dengan ucapan selamat pagi dan selamat malam setiap hari.

Aku tak pernah balas mesej dia, lepas seminggu aku mula rasa berbunga dan disini bermula hasutan syaitan antara aku dan dia.

Bermula dengan mesej, dia ajak aku keluar, aku tak fikir apa mungkin sebab masa tu aku hanya fikir nak tolong dia. Oh lupa nak beritahu, lepas seminggu dia betunang dengan aku dia dapat offer kerja as instructor pilot di selatan tanah air.

Korang pandai2 la teka kat mana, mak ayah dia hantar sampai ke negeri tersebut. Jadinya dia tinggal sorang dengan menyewa di sebuah rumah yang memang hanya ada sebuah bilik milik capten yang kerja di situ jugak.

Aku masa tu cuma mintak dia fokus cari duit untuk kumpulkan wang hantaran. Kalau di negeri utara, wang hantaran tersebut akan digunakan sepenuhnya untuk mas kawen perempuan.

Selebihnya tak banyak untuk majlis kerana di tanggung oleh ibu bapaku. Tak banyak pun RM 10k, itupun last sekali jadi RM5K sahaja.

Kesiankan aku? Takpe nanti aku cerita betapa hebatnya manis mulut abng pilot ni sampai menjerat kami sekeluarga.

Maaf kalau semua okey aku akan sambung part 2 sebab aku kena tengok anak aku. Korang doakan aku ye sebab aku tengah dilema ni nak teruskan atau tak, dalam masa yang sama aku perlukan jugak nasihat korang.

– Miss Mulan (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *