Ketagihan Porno

Hi. Confession ni aku terpanggil untuk luahkan sebab nak merespons kepada confession ‘ Bagaimana boleh terjebak dengan porno’ sebentar tadi.

Buat ms K, awak tak keseorangan. Tapi bagi saya awak masih bertuah sebab belum sampai ke tahap ketagih. Saya adalah penagih porno. Yupp saya seorang perempuan. Jalan cerita lebih kurang macam awak. Masa kecik saya acapkali tengok filem yg ada babak kiss dan explicit. Dulu dulu tv3 dan channels lain tak cut out lagi scene kiss macam sekarang. Sekarang alhamdulillah dah potong.

Saya mula ‘pleasing’ myself sejak darjah 5. Dan berlarutan sehingga ke alam universiti. Apa saja istilah dalam dunia porno ni, you name it. Saya tahu semua. Mula mula saya tak sedar yg saya ni dah tahap severe. Tapi bila saya perasan yg saya tak boleh duduk sorang2. Bila duduk sorang2 dan ada pulak internet, memang saya akan layari laman web setan tu.. porno tidak hanya available dalam bentuk video, ianya juga boleh didapati dalam bentuk media cetak dan sebagainya. Dan mula dari situ saya rasa benci dengan diri sendiri tapi pada masa yg sama saya tak boleh berhenti. Benda ni ibarat dadah.

Saya berkahwin. Suami tak tahu pasal masalah saya ni dan saya pun tak cerita. Kadang kadang, kantoi juga history dalam browser saya tapi dia marah kejap je. Lepas tu ok balik. Saya jadi gila seks. Saya paksa suami makan macam macam. Ikat dia pun pernah. Kasihan dia.

Waktu bertarung dalam dewan bersalin, aku sangat2 terseksa. Proses bersalin aku sangat sukar. Doktor dan misi perlu tekan perut aku kuat kuat baru lah berjaya. Anak aku biru. Saat tu, hanya dosa dosa aku yg terbayang di fikiran. Adakah ini balasan buat aku Ya Allah. Jangan kau ambil nyawa anak aku, izinkanlah dia melihat dunia ni ya Allah. Air mata mengalir sayu..

Aku nekad. Aku nak berubah. Aku malu.. dengan dosa aku yg bertimbun ni, Allah masih memberi aku rezeki dan nikmat. Aku dapat kerja yg bagus. Keluarga mertua yg baik. Ibu bapa yg sangat penyayang. Dan, seorang anak lelaki yg sihat.

Langkah pertama aku, perbaiki solat. Sebelum ni aku solat juga, tapi kalini aku nak up kan quality solat aku. Aku hafal surah2 pendek. At kauthar, Al kafirun, An nasr, Al falaq dan banyak lagi. Aku ambil 10 surah terakhir dalam Al Quran.

Telekung beli yg cantik cantik. Sejadah tukar baru. Aku beli Al Quran mini yg ada zip. Letak di pejabat.. waktu lapang, mengaji dan baca terjemahan.

Waktu sujud, aku betul betul merayu pada Allah, tundukkan lah nafsu aku. Hilangkan lah nafsu aku pada benda benda kotor ni ya Allah. Setiap kali sujud.

Selesai solat, aku amalkan doa penerang hati (untuk terangkan hati aku menerima ilmu, nasihat dan teguran) dan 2 ayat terakhir surah Al Baqarah. Mula mula, tiap kali nak baca, aku tengok hp. Lama lama, dah hafal.

Ya benda ni ambil masa. Kadang kala, tersadung jua. Tapi kita kena bangun, dan berlari semula.

Sebut pasal lari, aku aktifkan diri aku. Aku berjoging selepas habis waktu kerja seminggu 2 kali. Joging sorang sorang je kita perempuan jangan lah manja sangat tau! Tapi berteman pun ok lagi meriah kan. Aku parking kereta jauh sikit biar banyak berjalan. Timbulkan hobi baru iaitu baking. Aku sangat suka buat kek sekarang ni ! My new passion !

Sekarang, alhamdulillah. Aku semakin lolos dari penjara porno. Nafsu aku sudah tak liar lagi. Porno? Dah lama sangat sangat tak layan dan tak akan layan lagi dah. Sekarang bila tengok movie yg ada kiss/erotic scene, tak rasa apa pun, ok je. Itu hanyalah seni dalam cerita. Kadang kadang geli geleman , aku skip aje. Bila berseorangan, aku dah takda rasa nak buka benda tu. Korang tahu tak rasa tawar hati bila korang tengok ex korang yg dah la tak hensem pastu curang pulak. Tawar hati dan benci gila. Ha macam tu lar ibarat nye.. ajaib sangat. Browser aku, penuh dengan video tutorial buat kek atau senaman. Ada juga video ceramah ustaz ustaz yg kelakar dan menyentapkan hati aku. Manusia ni, selagi dia tak terasa, selagi tu lah dia takkan berubah.

Alhamdulillah. Badan aku semakin cergas dan sihat. Otak pun dah tak kuning. Jadi benda ni, boleh sembuh. Nak dengan taknak je. Doakan aku terus istiqomah. Dan aku juga doakan korang yg alami masalah ni, bangkit dan terus berjuang!

– Mrs Megatron

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

One comment

  1. terbaik, terima kasih atas perkongsian, semoga kekal istiqamah, semoga Allah permudahkan urusan puan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *