Ketagihan Smartphone

Pernah tak korang check sehari berapa jam korang menghadap phone?

Aku seorang wanita berusia 32 tahun, surirumah dan masih belum mempunyai anak. Alhamdulillah. Aku bahagia dengan kehidupan aku.

Tak ada yang kurang nikmat yang Allah bagi. Tapi aku ada satu masalah besar yang susah untuk aku tangani.

Aku ketagih smartphone! Boleh katakan kalau aku tak ada kerja confirm tangan aku akan cari phone. Aku akan scroll between applikasi twitter, insta dan facebook.

Kebanyakkan masa twitter. Ada masa game. Tapi ni aku dah uninstall sebab aku rasa terlalu teruk.

Sekali duduk aku boleh scroll sampai 3 jam tanpa henti. Ya Allah! Aku rasa teruk sangat. Ada ke orang macam aku ni?

Aku duduk rumah bukan tak ada kerja. In fact, aku ada kelas yang aku kena study dan buat nota. Tapi itu pun aku tangguh yang akhirnya aku abaikan.

Banyak perancangan aku tak menjadi sebab asyik melekat kat phone je.

Bila dah habis scroll tu baru perasan dah berapa jam masa dibazirkan, mulalah mood swing lepas tu. Rasa menyesal, janji tak nak buat lagi.

Tapi still kerja rumah yang sepatutnya aku buat tak jalan pun.

Kesan daripada penyakit aku ni menyebabkan aku selalu bad mood, malas buat kerja rumah, susah fokus dan apa yang aku plan semua tak menjadi.

Tu kesan kat mental, fizikal aku pula mata makin naik silau, badan sakit-sakit dan susah tidur.

Aku rasa aku dah bazirkan bertahun-tahun usia aku tanpa aku capai impian aku disebabkan ketagihan phone ni.

Aku ada hobi membaca buku. Masa PBAKL lepas aku beli banyak juga buku yang aku suka baca.

Tapi disebabkan susah fokus, semua buku tu aku baca beberapa helai je. Susah betul nak habiskan.

Aku ada tengok kat youtube mengenai dopamine detox.

Basically, aku kena kunci phone dalam almari dan dalam masa yang sama aku kena masukkan aktiviti baru dalam jadual aku contohnya senaman, baca buku dan lain-lain yang bermanfaat.

Aku masih mencari kekuatan untuk buat. Doakan aku.

Ada ke antara pembaca dekat sini yang ada masalah yang sama? Macam mana korang atasi? Cuba la share.

– Puteri (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *