Ketagihan Yang Sukar Dibuang

Assalamualaikum aku Nur, perempuan pertengahan umur 20-an dan aku masih bujang.

Aku nak cerita masalah aku yang susah sangat nak dibuang. Ketagihan P*rn dan On*ni.

Aku sedih dan kecewa sangat- sangat dengan diri sendiri.

Lepas buat benda tu, aku mesti akan menangis tapi mesti aku buat balik tak lama lepastu.

Paling lama aku pernah bertahan 2 bulan macamtu, tu pun dah lama, sekarang ni sebulan sekali mesti aku tengok p*rn lepastu on*ni.

Aku sedih sangat dan jijik dengan diri aku.

Paling kecewa korang nak tahu tak, aku ni background tahfiz 30 juz al-Quran, belajar agama dari sekolah rendah, menengah sampai sekarang degree ambil kos agama.

Pemakaian aku tutup dada dan labuh, pakai stokin dan stongan lengkap tapi bila bersendirian dalam bilik mesti aku buat benda kotor macam ni.

Orang luar pandang aku seorang muslimah yang baik tapi hakikatnya hanya Allah yang Tahu.

Aku tak nak diuji dengan benda macam ni tapi aku susah nak buang,

Benda ni start masa umur aku around 11-12 tahun macam tu, aku sembur air paip dekat bahagian sulit aku masa buang air (maaf cakap), aku tak tahu kenapa aku buat macamtu,

Aku tak pernah tengok orang lain buat macamtu dulu, lepas buat macamtu aku rasa seronok yang tak dapat digambarkan.

(Aku tak tahu masa tu rupanya on*ni) lepas dah besar baru aku tahu benda tu berdosa.

Lepastu lama aku berhenti, tiba-tiba time umur aku 18/19 tahun (tak ingat sangat), aku start balik on*ni tapi kalini menggunakan tangan.

Aku perasan aku buat benda ni sebab first time aku bekerja persatuan dengan lelaki kat kolej aku dulu.

Aku rasa bernafsu lepastu sampailah sekarang aku ketagihan benda ni.

Dah bermacam cara aku cuba, solat taubat, puasa sunat, baca Quran, sibukkan diri tapi still kekadang rasa trigger tu datang.

Aku sedih lelagi aku ni introvert, tak ramai kawan, takde teman lelaki, single. Rasa terangsang terlalu kuat lagi-lagi bila sebelum period dan waktu lepas period (time ovulasi tu).

Korang doakan satu hari nanti aku dapat tinggalkan ketagihan p*rn dan on*ni ni ye, dah bermacam cara aku buat untuk melawan, sampai sekarang masih belum berjaya.

Doakan aku, aku nak masuk syurga, huhu.

– Nur (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

16 Comments

  1. Sis, saya share kan ape saye buat. Fyi kadang2 sy still relapse, tapi at least dah berkurangan ketagihan saya ni. First of all, sy delete gambar2 lucah dalam phone. Then saya istiqamah puasa Isnin dan Khamis. Tak cukup dengan puasa, kurangkan makan. Alhamdulillah, sy dah tak browse website p0rn. Banyakkan membaca al Quran dan banyakkan exercise. And pernah sekali saya tidur sambil tangan ‘active’ diikat pada frame katil, ataupun tangan tu saya tekapkan pada belakang badan sy masa tidur. Sy punya problem sekarang ialah semasa ovulation, walaupun dah tak tengok benda2 tu, tapi saya akan terbayang2. InsyaAllah, sy boleh lawan hawa nafsu ni. Cuma nak nasihatkan, sis rawatlah diri dulu sebelum kahwin. Kita ni perempuan. Orang perempuan kalau tak tunaikan kehendak suami dah dikira derhaka. Sis faham kan maksud sy? Sebab nanti kita takde mood dah dengan suami. Sy harap sis pun berjaya dalam ujian ni.

    • Allahumma aamiin, semoga anda berjaya menahan diri dan mendapat redha Allah. Semoga Allah merahmati kita semua, memberi taufiq dan inayah Nya. Aamiin.

  2. Bila baca nukilan diatas saya rasa seperti membaca diari sendiri,, saya pernah alami perkara yang sama suatu masa dahulu. Alhamdulillah sekarang sudah saya tinggalkan. .. Mohon pada Allah banyak banyak. Baca surah alkahfi selalu. Saya selalu doa Allah hadirkan rasa mengantuk stiap kali saya terfikir untuk browse website2 p**n. Buang getah pipe di bilik air dan ganti dengan baldi. cuba elakkan dari duduk berseorangan. Saya paling takut jika satu hari anak saya akan ada habit yang sama. Jadi saya tekad berhenti sebelum ada zuriat sebab tak nak benda tu berlaku lagi. Semoga terus istiqamah perbaiki diri. Amin

  3. Kunci penyelesaiannya ada dua ja.. Puasa atau pun nikah kahwin.. Puasa ni boleh kita sedaya upaya menahan nafsu.. Kahwin pulak boleh kita melepaskan nafsu dengan pasangan kita yang halal.. Sebab tu nikah kahwin ni ada wajib ada harus ada sunat dan ada haram.. Ya saya rasa awak lebih arif bab ini.. Jadi segerakan lah diri mu mencari dan menemui jodoh dengan solat hajat dan istikharah.. Berserah dan tawakal kepada Allah SWT.. Niat betul2 nak nikah kahwin sebab nak elak zina nak kawal nafsu.. Tukarkan dosa itu kepada pahala.. Saya percaya awak boleh.. 👍

  4. Tbh sis, lepas dah kawin dah dpt hbgn batin pun saya susah ye nk tinggal habit tu jd saya x berani ckp lps kawin masalah ketagihan u akn selesai. Tp sumpah masa buat tu mmg rasa berdosa dan berdoa dlm hati tlg lah Allah buka jalan dah x mau dh tgk benda2 ni lg….ms dlm pantang pun i still buat ye….smpai lah satu hari Allah hntr bantuan melalui suami ,i pun dah janji dgn dia x nk tgk lg so Alhamdulillah dah 3 bulan berlalu i dah x search dah benda2 tu … syukur sgt2 hrp bertahan lah….and to u sis cuba lah puasa termasuk puasa fon skali if u know what i mean….kalau terasa nk buat cpt2 gi tadabur quran ke gi siram jari dgn air panas ke haha utk mengigatkan azab Allah …minta doa sungguh2 sis eventhough ms tgh buat benda x senonoh tu insyaAllah, Allah bantu … i know u can do it and pls training dr skrg sebelum u kawin….nti lps dh kawin u msih dgn ketagihan trust me dh dpt dgn ur husband pun still rasa x puas juga :) insyaAllah istiqamah

    • Allahumma aamiin, semoga anda berjaya menahan diri dan mendapat redha Allah. Semoga Allah merahmati kita semua, memberi taufiq dan inayah Nya. Aamiin.

  5. Saya pun macamni. Asyikla tewas setiap kali nak tinggalkan dosa tengok p*rn ni. Tapi satu benda yang saya sematkan dalam diri tiap kali nak tengok balik, mati tu bila bila masa je, time tengok p*rn tu Allah boleh tarik nyawa saya. Dan saya akan ingat seksa kubur. Dengan cara inilah saya berhenti. Lepastu saya selalu ingatkan diri saya. Aku nak jodoh yang baik aku kena tinggalkan benda ni. Just imagine suami kita pun buat benda sama? Kita sendiri yang buat ni pun rasa bersalah dan sedih dengan diri sendiri kan? Macam mana kalau dapat tahu kalau suami kita pun buat benda kotor macamni, tentu akan kecewa, sedih. Apapun kalau rasa nak tengok tu kembali, laju laju keluar dari bilik, tengok pokok pokok dekat luar, tarik nafas dalam dalam you can do this! Good luck sis, awak boleh tinggalkan dosa ni. Semoga Allah melihat segala usaha awak nak bertaubat dan bersungguh sungguh tinggalkan dosa ni

  6. Salam adik, I fell you, istiqamah la selawat in Shaa ALLAH benda itu akan hilang, in Shaa ALLAH dengan berkat Nabi kita. Dalam amsa yang sama banyakkanlah sebanyak banyaknya berdoa kepada ALLAH.

  7. hmm…baca kisah awak mcm masalah diri sendiri..bila dh setel benda tu, rsa berdosa dan jijik sangat diri ni, tdor dalam keadaan berdosa,tak tenang,benci diri sendiri, takut diambil nyawa tak sempat taubat..benda bermula bila dok sorang,malam sunyi buka handphone mula la..kadang ada yang terangsang tgk filem2 ada pmpn seksi sikit mula la kelaut lepastu…percaya la, berkahwin xselesaikan masalah onani, mungkin jugak xkan satisfied malah akan kecewa lebih lagi sbb patner cepat habis dan pentingkan diri sendiri…sama2 la berubah…jalan paling senang aktif bersukan,jangan dok sorang lama2 sunyi2..malam2 jangan pegang handpone, puasa pun membantu, yang penting mohon la pada Allah hatta berkali2 terbabas sekali pun…..

    • Allahumma aamiin, semoga anda berjaya menahan diri dan mendapat redha Allah. Semoga Allah merahmati kita semua, memberi taufiq dan inayah Nya. Aamiin.

  8. Hai awak, baca mgenai diri awak kita sama juga .ada masalah ketagih bt benda tuh .its feeling pleasure to do tht .puas .lepas bt maki diri sndiri .kenapa lh aku bt benda bodoh. Kdg tgk juga benda tuh. Tp bila bt bnda tuh mst akn ada efek kt diri mcm tk tenang kdg ada mslh happen .so kena btahan utk tk bt supaya pbuatan kita tk mudarat pd diri .paksa wlaupn rasa tuh mbuak even sblm nk period dgn slps period. Rasa nk bsama pn mbuak tp kitanya tkde psgn .apa pun kena kuat btahan .moga kita sama” istiqomah tk terus jerumus dgn hal ini .

    • Allahumma aamiin, semoga anda berjaya menahan diri dan mendapat redha Allah. Semoga Allah merahmati kita semua, memberi taufiq dan inayah Nya. Aamiin.

  9. Allahumma aamiin, semoga anda berjaya menahan diri dan mendapat redha Allah. Semoga Allah merahmati kita semua, memberi taufiq dan inayah Nya. Aamiin.

  10. Allahumma aamiin, semoga kita semua berjaya menahan diri dan mendapat redha Allah. Semoga Allah merahmati kita semua, memberi taufiq dan inayah Nya. Aamiin.

  11. Assalamualaikum saudari. Cukuplah mati sebagai peringatan. Saya dan kita semua pernah dan setiap hari melakukan dosa, tapi belajarlah untuk berhenti melakukan perlakuan itu. Kena ada rasa malu, malu dengan Allah, malu dengan nabi. Apakah Allah dan nabi merestui perangai ni. Banyakkan membaca terjemahan Al-Quran, kurangkan masa dengan gadjet, banyak surah-surah amaran, peringatan dan kedamaian di dalamnya. Insyaallah pasti terliur dengan keindahan syurga dan gentarnya akan azab neraka. Semoga Allah beri hidayah pada awak ye. Amin. Awak cuba tengok-tengok video arwah Suhaimi Saat. Tengok nasihatnya, semoga terbuka hati awak untuk berubah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *