Assalamualaikum semua. Saya nak kongsikan nasihat-nasihat untuk kita menjadi isteri yang bijak, think ahead tapi pada masa yang sama masih mengekalkan keredhaan Allah dalam sesebuah perkahwinan itu setelah bertahun saya meneliti masalah perkahwinan dari menjadi peguam dan menjadi seorang isteri.
Berbeza dengan zaman mak ayah kita yang majoritinya ayah menanggung perbelanjaan rumah dan mak mampu jadi housewife, sekarang isteri turut kerja untuk hidup lebih selesa. Memang tak salah kita tolong, dapat pahala meringankan beban suami, tapi pada masa yang sama, tolong pijak pada bumi yang nyata dan ketahuilah isteri diuji saat suami tiada apa, tapi suami diuji saat dia ada segalanya.
Saya pernah terbaca satu confession dalam page ni, di mana seorang isteri mengatakan dia menyesal kerana terlalu support suami dari segi kewangan sehingga suami lupa diri tentang duit siapa yang dia gunakan untuk memberi belanja pada wanita yang bukan halal baginya tetapi melupakan tanggungjawab pada anak bininya sendiri di rumah.
Kita amik iktibar dari kes macam tu dan “cerdikkan” diri kita sebagai seorang isteri. Buang tanggapan yang kalau kita ambil langkah berjaga-jaga tu bermaksud kita mendoakan perceraian ataupun kita tidak redha. Salah konsep tu, kerana redha tanpa usaha, kita tidak akan kemana.
1) Segala duit yang didahulukan (selain yang kita niat untuk sedekah pada suami) sila rekodkan secara terperinci. Pada awal kahwin memang pihak lelaki kurang bajet sebab banyak nak kena keluarkan duit berbanding kita perempuan yang tak payah keluarkan hantaran. Tak salah untuk kita tolong, tetapi minta dia pulangkan duit itu secara konsisten ansuran setiap bulan dan rekodkan tarikh pembayaran dan baki tunggakan. Macam kelakar, tapi percayalah kalau kita buat macam ni, memang kurangkan masalah dan pergaduhan. Dua-dua pihak faham bahawa duit yang diberi adalah sekadar PINJAMAN.
2) Jika isteri turut bekerja, pastikan suami juga ringan tulang untuk membantu kerja rumah. Mungkin pada awal lelaki agak liat sebab tak biasa, tapi percayalah, lama kelamaan mereka akan buat tanpa disuruh. Masalah kebanyakan isteri adalah terlalu takut hendak meminta TOLONG dari suami. Akibatnya, suami pun tidak tahu apa kita nak. Disini saya nak tekankan, minta tolong dan bukan membebel ye hihi
3) Bab nafkah, jangan sesekali biarkan terlepas walaupun sebulan. Lebih elok menggunakan online banking, lagi senang kita nak trace kemasukan nafkah melalui akad yang nyata. Terlalu banyak kes sekeliling saya yang lelaki culas dalam memberikan nafkah, tetapi diselindung dengan duit barang dapur. Sila faham para isteri, DUIT NAFKAH SAMA SEKALI TIDAK SAMA DENGAN DUIT PERBELANJAAN RUMAH (kecuali isteri halalkan dan redha).
4) Tiada langsung sebab untuk seorang suami culas dalam memberikan nafkah, termasuklah jika gaji suami adalah lebih sikit berbanding gaji isteri kerana konsep di sini adalah tanggungjawab memberi nafkah, manakala jumlah nafkah itu boleh dipersetujui antara pihak yang memberi dan menerima.
5) Lagi satu penyebab penceraian yang agak besar adalah dari segi kegagalan suami memberi tempat tinggal yang selesa pada isteri. Mungkin dah jadi adat dalam masyarakat sekarang, lepas kahwin tinggal dekat rumah mak sebab nak jimat perbelanjaan, akibatnya isteri makan hati, berasa tidak bebas. Antara penyelesaian terbaik adalah untuk mengingatkan suami hak tempat tinggal yang selesa walaupun kecil adalah hak isteri.
Kebanyakan lelaki akan mengatakan tidak sanggup meninggalkan ibu keseorangan tetapi jika itu adalah benar, kenapa dari zaman bujang selalu lepak luar sampai subuh meninggalkan ibu keseorangan? Tapi dalam hal bayar sewa, tak apalah isteri mengalah dan membayar separuh sewa bulanan jika benar2 mahu keluar cepat.
6) Semasa kursus kahwin, kebanyakan penceramah akan menekankan betapa beratnya tanggungjawab seorang lelaki dalam bergelar suami terutama bab NAFKAH yang semakin ramai mengambil ringan. Tetapi apa yang saya lihat pada zaman ini, terutama dalam kaum Melayu, isteri berkorban jiwa, raga, wang dan kehidupan manakala lelaki yang sepatutnya lebih berat tanggungjawabnya bersenang lenang dalam kehidupan suami isteri, memakan ihsan seorang bergelar isteri.
7) Jika suami liat hendak kerja, sila angkat kaki dan tinggalkan. Easier said than done but it has to be done. Kerana fitrah seseorang lelaki itu adalah mereka harus “provide”. Mereka adalah “breadwinner” iaitu bermaksud mereka bertanggungjawab menanggung segala tanggungan mereka. Jika tiada usaha dilakukan untuk mencari kerja/sering berhenti kerja tanpa sebab kukuh, lepaskan kerana lelaki bukanlah tanggungjawab kita untuk menatang mereka bagai bayi yang tiada daya. Sedekahkan mereka pada yang lebih sudi.
Bangunlah dari lamunan, dan bergerak dari mindset yang perkahwinan ini merupakan satu pengorbanan, kerana yang sebenar-benarnya perkahwinan adalah satu perkara yang memerlukan ‘teamwork’ antara suami isteri.
Tetapi sebagai peringatan, dalam melakukan perkara-perkara di atas, lakukan dalam cara yang sopan, yang berhemah tetapi tegas. Jangan lupa kedudukan kita sebagai isteri, tetap harus dalam redhanya suami dan Allah.
Harap apa saya share dapat membuka mata kaum Hawa. Assalamualaikum…
– Liana
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit