Ketahui Hak Sebagai Seorang Isteri II

Untuk part I, (https://iiumc.com/ketahui-hak-sebagai-seorang-isteri/).

Assalamualaikum semua. Its me again. Tak sangka topik ni mengakibatkan canggahan pendapat yang agak dahsyat di FB. Sila bertenang semua, tiada menang atau kalah dalam hal ini. Haha.

Mungkin silap saya kerana terlalu keras dalam menyampaikan nasihat tanpa memikirkan sejenak siapa audience reader saya. Mungkin saya lupa menekankan kerjaya saya sebagai peguam telah membolehkan saya mendapat insight kepada realiti pengakhiran perkahwinan yang kadang-kala tidak seperti kita inginkan. Pengalaman saya sepanjang beberapa tahun dalam bidang ini membolehkan saya untuk mendengar segala permasalahan mereka yang datang kepada saya untuk mendapat khidmat nasihat dan guaman.

Ada beberapa pendapat mengatakan tidak elok bersifat kejam dan terlalu memikirkan hak masing-masing hingga hilang objektif perkahwinan. Ada pendapat yang agak strong di mana dikatakan jika tidak mahu bantu suami jangan kahwin langsung. Tidak kurang jugak ada yang bersetuju dengan confession pertama dan mengatakan tuntutan hak itu adalah sesuatu yang perlu dilakukan tetapi hanya jika kena dengan caranya dan jika isteri sendiri merupakan seorang isteri yang baik.

Semua pendapat ini saya terima dengan terbuka kerana there is some truth in all of it.

But with that being said, I wish to clarify myself and my previous writing. Dan sila baca writing dari perspektif saya sebagai peguam, di mana majoriti yang datang memang membawa masalah dalam perkahwinan. Dan sebagai disclaimer, segala yang ditulis adalah sekadar nasihat. Open to interpretation and acceptance by readers as well.

1. Fokus topik adalah tanggungjawab, bukan wang mahupun jumlah wang.

Tiada langsung di dalam tulisan tersebut saya menyatakan kita harus menghakis belas ihsan terhadap suami yang tidak berkemampuan. Kerana pada awal perkahwinan kita akan sudah tahu kedudukan kewangan suami sendiri. The fact that you both have entered into the marriage means you have accepted each other’s flaws. Beberapa kali di dalam itu saya menegaskan “kecuali jika isteri redha”, “kecuali yang niat disedekahkan pada suami”, “bantulah dari segi sewa rumah kerana sewa rumah agak mahal”.

Dalam Islam sendiri ditegaskan, suami tidak berhak kepada duit isteri kecuali isteri niat bersedekah atau redha (plus point isteri dapat pahala di sini jika membantu suami). With that being said, there is absolutely nothing wrong with treating that money as loan to your husband. Don’t fight me on this. Jika puan hendak menolong, go ahead, nobody is stopping you, in fact it is encouraged pada zaman yang susah seperti sekarang. It all goes back to your nawaitu.

Tetapi sekadar menceritakan pengalaman saya. 65% of those who came for consultation akan datang dengan masalah “puan, suami saya tidak bertanggungjawab dan saya tidak tahu bagaimana hendak menuntut hak saya” ataupun “puan, suami saya memang liat hendak bekerja, kini hanya saya yang keluar mencari duit untuk menanggung perbelanjaan rumah”.

Benda yang bermula sekecil zarah telah merebak menjadi parasit dan ketika itulah isteri hendak mencari jalan keluar. Pada masa ini, segala pengorbanan dan bantuan yang ikhlas diberikan akan diungkit oleh isteri, mengatakan kini seperti segala tanggungjawab digalas oleh isteri sendiri. Keadaan ini yang kita hendak elakkan.

Saya tegaskan kembali, ia adalah pada tanggungjawab, bukan pada jumlah wang. Pemberian RM10 dari suami sebagai nafkah, jika itu adalah kemampuan dia, dan diredhai isteri adalah pemberian yang penuh dengan berkat.

2. Meletakkan sesuatu hak pada tempatnya.

Topik perbincangan saya pada confession pertama adalah berkenaan hak seorang isteri, jadi wajar kah saya juga mengulas tentang tugas wajib seorang isteri seperti baik dengan suami, menjadi isteri solehah, menjadi isteri terbaik – lari topik kan? Meletakkan sesuatu hak pada tempatnya adalah tidak berdosa. Islam meletakkan kaum isteri pada tempat yang sangat baik tetapi of course, with everything, great position comes with great responsibility.

Saya tidak mengerti kenapa di dalam society kita, bila kita bercakap tentang hak isteri, kita akan dicop tidak bersyukur, tidak menerima kelemahan suami. Puan-puan yang dihormati, hak yang dibincangkan is conferred upon all of us by our own religion, jadi tolong beritahu saya dari segi mana kita tidak bersyukur?

Saya harap reader akan take this confession with a pinch of salt. Segala-galanya adalah bergantung pada keadaan sendiri, nawaitu kita, tahap kesabaran kita, tahap kesanggupan kita dalam melakukan pengorbanan. Pada mereka yang mahu melakukan pengorbanan dan membantu suami, Alhamdulillah banyak pahala puan-puan. Manakala bagi mereka yang mahu menuntut hak mereka dan menjadi tegas dari segi nafkah dan kewangan, know there is nothing wrong with it, as long as you have carried out your duty as a faithful wife to your husband as well.

3. Habis tu, apa guna isteri kerja dan ada duit tapi masih meminta?

Saya memang nak tergelak setiap kali soalan macam ini dinaikkan. Jika ada soalan seperti ini, saya akan nasihatkan untuk belajar kembali basic 7 nafkah yang wajib diberikan kepada isteri. Islam merupakan agama yang indah, dalam setiap perkara, diberikan kelonggaran sesuai dengan keadaan, kerana jika isteri redhakan, nafkah-nafkah wajib ini boleh dilonggarkan. Saya pasti ramai isteri-isteri di luar sana yang baik dan memahami keadaan suami pada satu-satu masa. Pat on the back, but tolonglah jangan pandang rendah pada mereka yang tidak membantu suami. Itu adalah pilihan masing-masing.

Okay back to the statement. Duit gaji isteri untuk apa? Mudah kata, untuk apa-apa sahaja mengikut kemahuan isteri. Disini lah kelebihan bagi mereka yang bekerja kerana boleh membantu suami dan menggunakan wang itu untuk kemahuan sendiri.

4. Akhir kata, sebagai isteri, lakukan segalanya dengan berhemah, sopan dan dalam redha suami

Okay, sekian, Assalamualaikum.

– Liana

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *