Assalamualaikum semua!
Seperti biasa, terima kasih kepada admin sekiranya confession ini disiarkan/ approve. Aku sangat hargainya. Semoga tulisan biasa-biasa ini dapat menghilangkan rasa bosan kamu semua :).
Tujuan aku menulis confession ini sebenarnya untuk beritahu isi hati aku, sebabnya aku rasa luahan ini agak silly, tapi nak luah juga sebab nak adrenalin rush (Iya, menulis confession kat sini buat aku teruja). Sedikit background story, aku 24, baru je graduated. Kiranya, sekarang ini aku unemployed, tanam anggur, duduk rumahAku nak share my greatest insecurity. Aku sebenarnya seorang yang penakut. Ya P E N A K U T. Takut akan apa? KEGAGALAN. Juga KEKECEWAAN. Disebabkan ketakutan ini, aku sentiasa pastikan apa sahaja aku buat, kena sempurna. Walaupun ketakutan antara sebab aku menjadi seorang serius, tak main-main ketika belajar, sentiasa dapat result bagus (Alhamdulillah), disinilah segala ibu masalah jadi. Aku jadi cepat stress, tak chill, sentiasa rush untuk pastikan semua benda berjaya. Dari sekolah menengah kalau nak exam pagi tu mesti muntah-muntah. Jantung berdebar-debar. Kalau tak dapat buat, aku menangis dulu, lepastu baru cuba solvekan problem tersebut. Cuma sekarang, aku cuba jadi lebih tenang, sabar dan sempoi (cuba jelah haha). Pada masa yang sama, aku juga suka bergurau, sakat orang, dan hang out dengan kawan-kawan walaupun aku jenis uptight.
Aku aware dengan masalah aku tu. Aku cuba atasinya dengan macam-macam cara, antaranya tengok motivational video, luah dekat family, lecturers, kawan-kawan, even strangers online masa chatting! hahaha. Kau bayangkan, pergi minta nasihat macam mana nak overcome perasaan takut ni. Sekarang perasaan takut terbaru dah pun muncul, iaitu takut nak bekerja. Ya. Aku takut nak bekerja. dengar cerita sana-sini maki hamun, sexual harassment, workload banyaklah apalah, buat aku takut sangat. Aku ni jenis kalau kena maki nangis hahaha. Bila aku mengadu dekat manusia-manusia diatas, ada yang bagi nasihat macam-macam. Ada yang bagi nasihat hidup ini sementara, kena berani, hati kena kental, tak boleh cengeng, ada cakap kita kena ingat Allah sentiasa menguji hambanya yang beriman, ada yang bagitahu this is a part of life yang kita semua kena hadap, dan lain-lain. Bila dengar tu rasa macam motivated gila, rasa macam come at me bro (problem) I can do this. Tapi lama-lama rasa takut balik hahaha… hangat-hangat tahi ayam betul… sabar je lah. Kadang2 ada je orang cakap aku ni spoil brat, hidup senang, manja, lembik, lemah… sentap? hahaha iya aku sentap, tetapi lepastu aku berterima kasih dekat orang yang sentapkan aku tu. Sebab buat aku sedar. Sakit memang sakit, tapi sakit itulah yang aku perlukan. Lecturer aku pernah cakap, hidup ini jangan berdasarkan ketakutan (jadikan fear sebagai root), sebab kita tidak akan dapat fully grow our unique potential as an individual.
Sejak aku puasa chatting (ya, aku addicted dengan chatting kejap bulan 7 haritu… astaga, siap download apps seperti kik dan telegram hahaha… now dah insof), aku rajin baca facebook, especially IIUM confession. Aku banyak terinspirasi dengan cerita-cerita manusia kat sini. Kesusahan hidup, cara2 nak minta kerja, pasal sambung belajar master PhD, other people insecurities, dan macam2lah. Kesusahan hidup orang lain buatkan aku bandingkan hidup aku dengan mereka, and it turns out, hidup aku ni senang sangat, tak adventurous! Tak bersyukur pun iya juga. Aku pun mula muhasabah diri. Ya Allah aku bersyukur ada parents yang baik, kawan2 yang memahami. Apa lagi yang aku mahukan? Nikmat manakah yang kamu dustakan? Tetapi, dah nama pun manusia, ada kekuranganya. Aku mengaku kadang2 aku rasa nak juga adventure dalam hidup aku, aku tak nak rasa takut sepanjang masa. Bila aku rasa bukan2 (aku panggil perasaan ni nama dia pemberontakan batin, sebab luaran aku okay, tapi dalaman aku rasa macam2, tak boleh nak expresskan perasaan ni, uncomprehendable), aku cuba ingatkan kembali yang aku ini hanyalah hamba Allah yang lemah, sedang diuji, cuma ujiannya berbentuk begini, dan aku rasa tenang balik. Aku cuba untuk kembali ke pangkal jalan. Pada masa yang sama, aku cuba untuk menjadi lebih berani, bagaimana? hmmm… Menulis confession di IIUMC juga antara salah satu cara untuk aku rasa berani, sebab aku mengaku, takut juga kena kecam (sebab buat confession tak ada kebaikan kepada yang membaca haha), tapi tak mengapa, aku pesan pada diriku, buang yang keruh, ambil yang jernih.
Kepada sesiapa yang sudi bagi nasihat, dipersilakan, dan terima kasih! =)
Assalamualaikum.
– XX1901
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit