Ketamakan Seorang Ibu Tiri

Sebenarnya aku tak nak percaya sangat yang ibu tiri tu jahat. Tapi bila ayah aku kawen untuk kali ke-4, baru aku percaya.

Bapak aku kahwin cerai sampai ke perkahwinan yang ke-4. Mak aku bekas isteri ke-2. Dengan bekas isteri pertama dapat 1 anak. Kakak aku lah kiranya tu.

Dengan mak aku dapat 3 orang anak. Bekas bini ke-3 pulak dapat 1 anak. Dengan perempuan yang last ni dapat sepasang anak.

Umur anak dia dengan bini ke-4 ni lebih kurang saja dengan umur anak aku. Sebab umur bini dia tu pun lebih kurang saja dengan kakak aku. Gatal kan bapak aku. Haha.

Bapak aku memang romeo. Pantang nampak dahi licin masa muda. Mudah sangat jatuh hati. Paling best sebab dia dah mula berharta.

Masa perkahwinan dengan mak aku, hidup sederhana saja. Mak aku dah beranak 3, mestilah shape anak dara tu dah kurang sikit. Mulalah bapak aku beralih selera.

Macam tu lah kitarannya sampai dapat bini ke-4 ni. Bapak aku baik la dengan mak aku tapi tak de jodohkan. Redhalah mak aku terima takdir hidupnya.

Dipendekkan cerita, mak tiri aku ni anak dara tua sebab dah berumur sikit masa kawen dengan ayah aku. Dia berasal dari keluarga yang sangat susah. So, bapak aku macam kesian la kt minah ni. Konon² ikhlas la nak bantu dia dan keluarganya.

Hebat kan bapak aku sebab sepanjang aku dan adik beradik aku sekolah, tersangatlah culas memberi nafkah pada kami ni anak-anak dia.

Sampai mak aku terpaksa turun naik mahkamah minta bapak aku settlekan bayaran nafkah.

Sia² saja mak aku fight, dia buat bodoh saja. Kadang² saja dia kasi. Tak konsisten pemberian dia. Pun begitu mak aku tetap baik. Selalu nasihatkan bapak aku. Mak aku cakap, buruk baik dia tetap bapak kitaorang. Hurmmmm…

Ok, sambung part bila bapak aku dah kahwin dengan bini muda dia. Perlahan-lahan kehidupan bapak aku berubah. Dapat lagilah sepasang anak. Anak dengan bekas bini dah ada 5 orang..

Dengan bini baru tambah lagi sepasang. Total 7 orang dari 4 hasil perkahwinan. Ye lah, jodoh ajal maut semua dengan izin Allah kan.

Aku tak marah pun bapak aku kahwin lain. Memang bagus, sekurangnya adalah orang nak jaga makan minim, sakit pening dia. Tapi yang aku marah bila bapak aku tak adil langsung dengan anak-anak lain.

Dulu selalu ajak anak-anak lain datang rumah dia. tapi bila anak dia dengan bini muda dah meningkat remaja, hubungan kami semakin renggang. Sedangkan dulu waktu aku melahirkan anak aku@ cucu dia.. Kerap datang rumah aku jenguk cucu-cucu.

Sebenarnya Allah tu maha hebat. Selama ni aku tak tau pun bini bapak aku tu cemburu dengan layanan bapak aku pada anak² lain. Kuasa Allah, satu hari kakak aku (anak dengan bekas isteri pertama) hubungi aku.

Bagitau yang mak tiri ada call dia. Bagitau dia yang bapak aku bukan main rapat lagi dengan aku. Siap salam cium pipi dengan aku. So, dia mintak kakak aku hati-hati dan cuba menangkan hati bapak aku lebih dari aku.

Dari situ dah nampak kan perangai syaitooonirajimmmm dia kan! Jahat betul perempuan tu. Dia lupa diri yang dia kahwin dengan duda anak lima. Bukan bujang! Dia sentiasa fake depan aku.

Bapak aku memang kaya korang tapi kedekut giler dengan anak-anak yang lain. Yang dia jaga, bagi makan sedap-sedap, pakaian cantik-cantik, percutian luar negara setahun dua kali ialah pada bini muda dan anak dia yang sepasang tu. Sumpah tak adil!!

Bini dia siap shoping macam mak datin hokey. Beli handbag tu wajib bila pergi oversea. LV, Fendi, Burberry, Prada sume dia suruh bapak aku belikan. Bapak aku dengan rela swipe la kad kreadit dia. Kaya kan… apa ada hal!! Anak sulung dia lebih 3tahun tua dari anak aku.

Untung weiiii dapat pakai LV umur 15 tahun.

Lepas shopping sakan, wajib la dia tepek kt FB dia. Nak bagitau yang dia baru beli handbag jenama mewah pada kawan-kawan tempat kerja dia. Bapak aku beli kondo di Ibu Kota, dia yang acah-acah posing pegang kunci rumah baru. Siap mention rumah baru.

Aku tak berkudis pun kalau dia menikmatai kekayaan bapak aku dengan syarat jangan halang kasih sayang antara aku dan adik beradik yang lain dengan bapak aku. Dia kalau aku call bapak aku, memang dia tak akan tolong jawabkan pun.

Ko call la sampai meletup hp ko, memang dia pakat dengan anak-anak dia jangan jawabkan. Bayangkan kalau ada emergency, dia peduli apa!

Bila hantar whatsapp pun, dia anak beranak akan seen dulu. Silap-silap bapak aku tak tau langsung aku atau adik beradik yang lain hantar whatsapp. Makin lama makin tamak haloba bini bapak aku ni. Dah makin lama makin bapak aku tak nampak anak-anak yang lain.

Dia sangat tamak dan takut harta bapak aku pergi kepada kami adik beradik. Bila datang rumah bapak aku pun. . dia memang acuh tak acuh pun nak layan kami adik beradik. Dia buat-buat sibuk. Aku benci perangai fake giler dia.

Bayangkan dulu hari raya memang bapak aku kasi anak aku @ cucu-cucu dia duit raya rm100 seorang. Dengan bertambahnya kekayaan bapak aku, bini dia semakin dirasuk setan. Tamak nak mampos.

Sekarang tiap kali raya cuma kasi RM30 seorang/ setahun. Dah dia tak suka kan kami datang rumah dia. Jadi hari raya Aidifitri saja lah dapat bersua muka dalam penuh kepura-puraan. Sumpah aku benci kat dia dan anak² dia. Dia tamak giler.

Aku tak heran pun kalau dia hidup mewah dalam tangan bapak aku. Tapi aku sakit hati bila dia halang hubungan anak dan ayah. Tak takut dosa langsung. Tapi dia punye fake, bukan main lagi upload quote tentang agama.

Aku tau banyak dia dah bolot harta bapak aku. Rumah mak dia yang macam nak roboh dulu kt kampung dia. . dah macam istana sekarang.

Bapak aku lah yang sumbang semua tu. Sampai sekarang tak ambik tau kehidupan anak yang kurang kemampuan. Tapi anak jantan dalam tangan dia dibelikan kereta. Masuk pun universiti swasta.

Sumpah aku benci bapak yang tak adil dan mak tiri yang jahat, tamak dan tak sedar diri hakikat dia beekongsi laki dia dangan anak-anak tiri. Dia perasan dia kahwin dengan lelaki bujang

Kalau dia sedar diri, dia sendiri mainkan peranan sebagai ibu tiri. Ajak ank² lain berkumpul bila birthday bapak aku ke.

Dia yang akan suruh bapak aku jemput kami adik beradik berkumpul untuk eratkan silaturahim. Tapi tak.. dia yang berusaha untuk memutuskan silaturahim antara kami anak² dan bapak sendiri.

Aku dah penat. Sebagai anak hanya doa yang mampu aku titipkan buat bapak yang aku sayangi satu masa dulu.

Aku pernah nikmati kasih sayang seorang ayah dari lahir sampai umur tujuh tahun sahaja. Lepas bapak aku bercerai dengan mak aku.. lenyap terus kasih seorang ayah untuk diri ini dan adik beradik ku yang lain.

Kepada perempuan di luar sana, kalau korang berjodoh dengan duda.. tolonglah jangan TAMAK. Keharmonian boleh dipupuk jika kita belajar hormat HAK orang lain dan SEDAR DIRI yang kita berkongsi hidup di dunia ni.

Masalah yang dicipta oleh orang tua.. tapi akhirnya nanti, anak juga yang akan dipersalahkan. Anak derhaka la. Tapi tengoklah betapa hancurnya hati anak bila bapak tidak menjalankan tanggung jawab.

Tak semua ibu tiri tu JAHAT macam mak tiri aku ye. Ada saja kawan aku yang dapat mak tiri baik sangat. Ini hanyalah sebahagian dari kisah benar kehiduapan.

– LA (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *