Assalamualaikum buat Followers yang setia dengan IIUM Confessions. Terima kasih ya Admin sebab sudi mengeluarkan bebenang ini di Page IIUM.
Bebenang ini sepatutnya ditulis pada tahun lepas tetapi baru harini aku rasa lapang nak tulis… Jadi bebenang yang aku nak sampaikan ialah mengenai sebuah ketenangan.
Aku ada 5 sahabat yang memang satu kepala dan kebetulan kami tinggal sekampung jadi ia membuatkan kami lebih rapat.. Kenal dari sekolah rendah tapi masa di tingkatan1 kami ditakdirkan untuk menjadi rakan sekelas. Dari situ mula kenal hati budi masing2 semua ada kerenah masing dan kelima2 sahabat tu pelajar cemerlang selalu dapat nombor top10 yang aku ni selalu tercorot dapat nombor top20 dalam kelas… Itu tak kira lagi nombor dalam tingkatan memang aku sampai kedudukan dalam kelas no2… Ha terlupa nak tulis, yang kami ini berada di kelas pertama iaitu kelas aliran agama dan subjek tambahan untuk kelas itu ialah subjek KKQ dan Bahasa Arab…
Ha subjek Bahasa Arab tu yang aku lemah sangat bayangkan dari aku tingkatan 1 sampai tingkatan 3 aku selalu gagal subjek tu nak berangan dapat gred B pun jangan mimpi.. Salah satu faktornya sebab aku ni lemah dalam penghafalan… Masih aku ingat kalau aku dapat markah untuk sec karangan Bahasa Arab mesti aku bahagia sangat.. dapat 5-10 Markah dalam karangan pun aku dah bersyukur yela sebab diri ini tak berapa nak bijak macam orang lain jadi dapat markah untuk karangan sudah memadai.. Bersyukur itu yang paling penting… Lagipun aku berpeluang untuk belajar bahasa Al Quran sebab ada orang dahla tak reti baca jawi nak belajar bahasa Arab pon tidak ada peluang..
Okay kembali pada cerita yang tadi… Bila aku merupakan pelajar yang tercorot dalam kelas kadang rasa terpinggir juga yala sebab aku ni lambat dalam subjek matematik dan bahasa Arab ya sahabat aku yang lain memang banyak membantu tapi orang yang penyabar pasti ada limit jadi kadang2 mereka cakap “eh takkan yang ni pon kau tak tahu?” “Ya allah mudah kot!” “Bukan cikgu dah ajar tadi?” Tapi dalam banyak sahabat aku ada seorang ni ha dia memang selalu tolong aku dalam subjek matematik dan jarang merungut walaupun kadang aku asyik tanya soalan yang sama ..
Ye memang aku kurang pandai tapi aku tak minta dilahirkan macamni tapi bila kau diberi kelebihan dalam subjek tertentu tak boleh ka nak berkongsi atau tolong kawan2 kau yang lemah.. Ilmu untuk dikongsi bukan untuk tamak seorang diri! Jujur,sepanjang aku ada dalam kelas cemerlang tu aku selalu stress bukan sebab aku sentiasa corot tetapi stress dengan sikap orang dalam kelas itu. Pelajar kelas cemerlang suka pandang rendah dekat orang corot dalam pelajaran dan sentiasa menyanjungi pelajar cemerlang… Macam la orang yang corot itu akan selamanya corot.. Macam la orang yang cemerlang itu akan tetap di atas..
Masih aku ingat dulu ada rakan sekelas aku bertanya soalan dekat aku tak ingat pula subjek apa dan ada seorang rakan aku yang lain mencelah eh biar betul hang tanya soalan dekat dia sambil ketawa besar macam beruk… Masa itu aku dah sumpah dia jadi batu di dalam hati… Stress bila orang dalam kelas itu memandang rendah kadang bukan aku ja kena kadang mereka rasa kelas no 2,3,4,5,6 ni bodoh dan takdak harapan. Padahal ada ja pelajardari kelas kedua selalu pegang top10 dalam tingkatan cuma mereka taknak duduk kelas 1 sebab ada subjek Arab.. Kalau ada selembar kertas yang dibentangkan pasti tidak dapat menceritakan betapa stressnya aku sepanjang dalam kelas tu.. yela asyik terkejar kejar nak dapat result yang elok agar setanding dengan mereka dan bila tak dapat bagai kaca terhempas ke batu.. Kecewa yang amat. Sepanjang aku di tingkatan 1-3 kadang tersedar aku macam tak ikhlas nak belajar sebab nak dapat result yang elok hanya untuk tidak dibandingkan oleh kawan sekelas..
Sampai la hari nak ambil keputusan PT3 ha masatu terketar-ketar yang amat sebab aku takut dapat keputusan yang corot masatu terkenangkan hari nak ambil result UPSR ha ingat lagi masatu aku dapat 2A3B dan aku menangis di atas riba mak aku yala sebab kawan sekampung aku banyak yang cemerlang masa tu aku nampak mak aku nangis dan aku tahu dia kecewa sebab aku tak boleh masuk sekolah sains..
Dan aku tak mahu insiden ini berulang lagi so masa result PT3 nak diumumkan aku membayangkan macam2 bermula dari result 10A diumumkan aku menanti namun sampai 6A masih nama aku tidak diumumkan so masa itu aku dah putus asa dan cakap dalam hati tak dapat result cemerlang pon takpa asalkan elok sudah memadai… Jadi sampai 6A sahaja depa umum jadi yang tak dapat lagi result kena ambil dekat guru kelas so masa aku cari nama aku subhanallah aku dapat 5A wehh dan yang paling mengharukan subjek matematik dan bahasa arab lulus… sungguh air dilautan tidak dapat menceritakan betapa aku bahagia di masa itu…
Tahun seterusnya pada awal tahun di tingkatan4 masatu cikgu nak umum kedudukan di dalam kelas.. Jadi ditakdirkan aku berada di kelas aliran sastera perniagaan dan kesemua sahabat aku berada di kelas sastera perakaunan… Masatu ingat persahabatan kami akan seperti biasa.. Cuma pada mulanya bila waktu terluang kami akan bercerita mengenai kelas masing2. Namun lama kelamaan aku kehilangan topik untuk berbicara dengan mereka yala asyik2 sembang pasal kejadian dalam kelas mereka aku ni natang jadah apa tak tahu apa yang diperkatakan oleh mereka dan asyik jadi patung dan hanya mampu tersenyum dengan seribu makna…
Semakin lama persahabatan kami semakin renggang dan mereka telah menggantikan aku dengan seorang rakan baru mereka yang bajet cakap kl padahal asal kampung ulu meluat aku.. Sekarang kita hanya kawan kerana aku sedar sahabat tidak akan sesekali merungut tatkala si sahabatnya memerlukan pertolongan dan sahabat tidak akan meminggirkan sahabatnya tatkala si sahabatnya tidak lagi setaraf.. Jika pangkat harta dan ilmu yang kalian dambakan dari aku.. Biarlah diri ini terlebih dahulu mengundur diri.. Sungguh rasa sakit,kecewa bercampur baur namun tak apala sungguh Tuhan ingin memberikan aku pengajaran.. Terima kasih sebab pernah bagi aku rasa punya sahabat.
Paling aku bersyukur sepanjang aku berada di kelas baru aku mula rasa apa itu ketenangan… Yang dulu aku tak pernah dapat sepanjang aku berada di kelas cemerlang.. Aku dapat kawan baru yang sangat baik dan selalu bantu aku dalam pelajaran sehingga aku tak lagi tercorot.. hehe dan paling aku suka para pelajar kelas ni bagus2 dan suka bantu kawan yang lemah dan tak ada yang jenis sindir2 kalau bodoh sebab mereka sedar segala ilmu yang kita punya adalah pemberian dari tuhan dan tak ada maknanya kau lahir2 terus berilmu melainkan ia pemberian dari TuhanMu.. Dan dari aku form4 sampai aku form5 sekarang ini tidak lagi aku merasakan stress dan aku seronok menuntut ilmu. Sungguh… Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan? (Ar-Rahman: 13)
Pengajarannya, nak menuntut ilmu biarlah ikhlas ye bukan atas sebab siapa2 tapi atas kehendak diri sendiri dan takkanla kau nak belajar atas sebab terpaksa seumur hidup? Yang paling aku nak tegur, kalau ada kawan yang lemah dalam pembelajaran tolong jangan pejamkan mata ye jangan buat2 tak nampak bantu dia dan semoga kau memperoleh pahala sebab bantu orang nak menuntut ilmu.. Mungkin sesetengah pembaca rasa biarlah orang tu pandai2 nak usaha sendiri cari jalan sendiri. Tapi cuba bayangkan kalau benda macamnie terjadi dekat kau punya adik or anak2 takkan kau nak biar ja insan ini terkapai-kapai? Allah bagi kelebihan dalam pembelajaran bukan untuk kau tamak seorang diri ya. Dan pilihlah sahabat eh silap zaman sekarang sahabat ni dah pupus jadi payah nak cari..Oleh itu, pilihlah kawan yang ikhlas berteman dengan anda bukan sebab kau ni budak cemerlang, anak dato atau lawa kalau ada kawan kau macamni lebih baik sekarang juga kau tinggalkan dia sebelum dia baham kau pada akhir cerita….
Siapa pun anda, apa yang anda ada sekarang ini bersyukurlah sebab jika anda rasa susah ketahuilah ada orang yang lebih susah dari anda.. Kalau anda rasa sakit, sungguh ada yang lebih terseksa dari anda.. Kalau anda rasa ujian anda paling berat sungguh ada orang yang diujikan dengan ujian yang lagi berat.. Kerana Allah tidak akan sesekali menguji kita melebihi kemampuan individu itu.. Berhenti mengeluh, hadapi hari-hari anda dengan penuh kesyukuran bukankah ia lebih tenang?
Doakan aku berjaya membuang sifat malas aku dan memperoleh keputusan SPM yang cemerlang selaras dengan usaha dan doaku selama ini.. Doakan aku berjaya membahagiakan ibuku dan membawa ibuku menunaikan umrah di Mekah ya.. Doakan kita semua berjaya di dunia dan akhirat. Terima Kasih.
Man Jadda Wajada :)
Sekian,
-fatizahr2018
– Fatizahr
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit