Ketenangan Jiwa vs Glamour

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pertama sekali saya ingin ucapkan terima kasih kepada admin jika kisah saya ini disiarkan. Maaf kalau perkongsian ini agak tidak teratur. Ini cuma luahan hati yang terpendam.

Aku Khai, 25 tahun. Boleh dikatakan seorang introvert kot. Aku pendengar yang baik tapi kalau nak memberi nasihat aku memang failed sikit. Aku tak suka involve atau fikirkan masalah orang lain sangat. Aku grad awal tahun lepas. Aku job hunting selama 6 bulan dan gigih cari job ikut kelayakkan. Lebih daripada 10 interview aku hadir tapi semuanya gagal.

Akhirnya aku diterima kerja sebagai pembantu kedai kat satu butik ni. Basic mula2 masuk RM1100 je. Selepas 2 bulan kerja kat butik aku dinaikkan pangkat. Bunyi macam hebat kan tapi gaji hanya naik RM100 je. So basic aku jadi RM1200.

Walaupun gaji aku ciput, aku bahagia. Aku seronok kerja dikelilingi dengan kawan2 melayu yang lebih kurang sebaya aku. Aku enjoy walaupun kerja bahagian retails ni memang penat. Tapi sampai bila aku nak kerja dengan gaji RM1200 kan. Maka, sambil2 kerja tu aku masih gigih job hunting sehinggalah sangkut kat satu kerja yang menawarkan gaji 2x ganda dari basic aku.

Company baru ni aku aku panggil Company X ya. Masa mula2 interview, dia ada terangkan yang kerja ni kena banyak jumpa client, buat sales. Aku memang tak berkenan betul kalau nak bercakap promote2 barang ni (seperti yang aku nyatakan kat atas, aku more to introvert) jadi aku tolak la tawaran kerja tu. Tapi bos tu cakap benda boleh discuss. Boleh ubah responsibilities ikut kesesuaian. Jadi aku assume tak adala kena buat sales. Just duduk office lengkapkan dokumen.

So on May this year aku pun join company X yang majoritinya bangsa Cina. Bos aku pun cina. Dalam company tu ada 6 orang je melayu termasuk aku. Walaupun kitaorang ni minoriti, Bos aku ni memang baik orangnya. Dia provide benefit kat staff dia memang terbaik. Dapat barang electronik free, insuran, season pass, training etc.. Time tu rasa happy gila weh. Mewah rasa.

Tapi langit tak selalunya cerah. Dalam office aku, aku je malay kat situ dan paling muda. Aku ditempatkan kat office admin walaupun aku department servis. Office admin tu semua Cina. Diaorang memang communicate Mandarin je sesama diaoramg. Aku memang jadi patung je weh. Rasa terasing.

Pernah meeting untuk ISO audit, diaorang boleh bincang dalam mandarin walaupun aku ada dalam bilik tu… Aku dah laa freshie, mana tahu apa benda audit2 ni sekali ditugaskan kena assist dalam documentation dimana TIADA GUIDE UTK AKU.

Pernah aku kena marah dengan consultant sebab tunjuk audit form dengan cara tak proper. Takda filing untuk form tu. Masa tu aku memang ZERO pasal audit ni. Memang betul2 bodoh laa. Dah berlinang air mata kena marah, hahaha. Btw, company ni first time apply ISO so semua staff blur dan harapkan consultant je. Consultant pun ajar macam semua orang tahu macam mana nak buat. Tak efektif langsung

Masuk je June, aku dah nampak tugas utama aku apa dia. Kau tahu apa, aku kena buat SALES! Ya betul sales! Yang mana aku cukup tak berkenan. Sumpah depress gila weh. Aku kena call cari client, jumpa client, try attract suruh try produk X ni.

Lepas client beli produk X barulah aku kena visit site tengok perubahan. Baru masuk lab buat test. Tapi semuanya bermula dari SALES. Main job aku buat sales! Aku depress. Padahal aku dah bagitahu awal2 sebelum join company ni yang aku tak nak buat sales. Aku siap tolak offer lagi. Nak tak nak, aku kena teruskan la kerja dalam keadaan tak rela. Hutang banyak weh.

Hari demi hari, kerja ni makan jiwa aku. Dengan persekitaran yang aku takda kawan. Persekitaran yang orang communicate dalam bahasa asing walaupun aku di situ. Rasa terabai dan tersisih. Aku takda kawan nak meluah, berkongsi pandangan & idea sampaikan setiap minggu mesti aku mental breakdown. Aku nangis. Aku google klinik mental tau hahaha sebab aku rasa macam kronik sangat.

Kadang2 aku rasa aku ni manja & terlalu memilih. Orang lain punyala mencari kerja. Aku ni dah ada kerja bagus dengan rate gaji fresh grad tapi seperti tak bersyukur. Bukan saja2 tetapi aku memang tak happy.

Aku rindu kerja kat butik gaji 1200 tu. Aku rasa sangat mencukupi dari segi jiwa dan batin masa tu. Bila kita kena buat benda yang tak suka hari2, jiwa rasa terseksa. Buat kerana terpaksa bukan sebab ikhlas. Aku menangis deapn mak aku time cerita masalah ni. Kesian mak aku kena fikir masalah anak dia pulak.

Setiap orang ada keupayaan dia sendiri dan aku rasa aku tak ada kekuatan untuk teruskan kerja dalam bidang sales ni. Walaupun baru 2 bulan kerja di Company X, aku rasa sangat lama. Sangat seksa. Doakan aku dimurahkan rezeki untuk job hunting seterusnya. Doakan aku dapat company yang lebih bagus dari sekarang dimana persekitarannya ada geng satu kepala dengan aku.

Akhir sekali, untuk sesiapa yang boleh bercakap bahasa ketiga tu, tolonglah jaga perasaan kami yang tak faham ni. Memang perbualan korang tiada kena mengena dengan kami tapi kalau 24 jam korang cakap bahasa lain seperti nak sisihkan kitaorang pulak. Rasa macam kena palau tau. (Nanti mesti ada yang suruh belajar Mandarin)

Itu sahaja coretan saya. Semoga Allah permudahkan urusan kita didunia & akhirat. Terima kasih.

– Khai (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *