Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..
Terima Kasih kepada IIUM confession kerana sudi publish confession saya. Kalau boleh tolong hide profil saya.
Saya pasti semua orang ada moment suka duka, susah senang dalam kehidupan masing-masing kan. Ya begitulah lumrah kehidupan dan saya juga begitu. Saya berumur 26 tahun dan merupakan seorang pelajar Master (by research), semester 5, sepenuh masa di salah satu IPTA di Malaysia. Menjadi pelajar pascasiswazah bukanlah perkara yang mudah, terutama sekali bila buat research sepenuh masa. Saya akui adakalanya motivasi untuk menamatkan pengajian ada turun naiknya dan pernah terlintas untuk berhenti, namun syukur Alhamdulillah saya masih survive, dan Insha Allah akan submit thesis dalam masa terdekat ini.
Sepanjang perjalanan pengajian saya, perasaan serabut, penat dan stress acapkali berlaku. Serabut banyak kerja menanti (saya bekas research assistant) dan dalam masa yang sama pelajar master full time. Penat menulis manuscript untuk publish paper yang mana correction untuk satu paper dah tak terkira banyaknya sampai article publish. Stress belajar tak habis-habis dan melayan pertanyaan orang yang tak faham keadaan kita yang asyik tanya bila nak abis belajar, kenapa tak habis-habis. Bila saya serabut, saya stop kerja2 dan akan kluar travel untuk cari semangat dan motivasi kembali. Bila pulang travel balik sedikit fresh dan saya sambung kembali kerja2 saya. So, semenjak saya start travel ni, saya dah register dalam otak saya “nak tenang, pergi travel”.
Namun mindset “nak tenang, pergi travel” mula berubah semenjak Ramadhan lalu. Entah kenapa sejak Ramadhan saya selalu terbangun Awal, dan bila dah terbangun tu saya buat Solat Taubat dan Tahajud sementara menunggu nak Sahur. PadaBulan lain jarang dapat terbangun awal, kalau terbangun pun mesti tidur balik. Betapa hinanya diri saya. Sudah dikejutkan oleh Malaikat namun tidak bersyukur dan ambil peluang untuk Solat. Sungguh, SANGAT indah perasaan bila selesai solat Taubat dan tahajud pada malam yang gelap, di saat orang lain masih nyenyak tidur. Saya dapat rasa ketenangan yang tiada tandingannya. Rasa diri sangat dekat dengan ALLAH.. Ketenangan yang luar biasa, jauh lebih tenang berbanding dengan pergi Travel. Jahilnya saya letakkan ketenangan pada Travel semata-mata, sedangkan sudah tertulis dalam Al Quran “Hanya dengan mengingati ALLAH hati akan menjadi TENANG”. Saya sedar, selama ini saya hanyalah orang yang lalai dalam Solat. Time solat malam , saya menangis semahunya, luahkan semua masalah dan kesedihan saya pada Allah. Allah, rasa tenang dan lapang bila selesai solat. Alhamdulillah, selepas Ramadhan saya masih teruskan bangun tahajud dan hati saya rasa lapang sangat. Bila nak mulakan rutin harian menulis thesis, hati rasa tenang dan mudah untuk menulis. Besar sungguh nikmat Solat Malam.
Niat saya menulis ini bukanlah nak menunjuk-nunjuk, tapi saya Cuma nak berkongsi mengenai Solat yang sangat dituntut selepas Solat Fardhu.
Rasulullah S.A.W berkata, “Tuhan kita turun setiap malam ke langit dunia pada sepertiga malam terakhir, dan menyatakan, ‘Siapa yang berdoa kepadaku, pasti aku kabulkan. Sesiapa yang memohon kepadaku, pasti aku beri, dan sesiapa yang memohon ampun kepadaku, pasti aku ampuni.’” (Hadis Riwayat Al-Jama’ah). Nah, itu janji Allah pada siapa yang bangun mengerjakan Solat Malam. Solat Tahajud menuntut pengorbanan, pengorbanan masa tidur dikala orang lain sedang nyenak, lena dibuai mimpi. Percayalah, ALLAH akan beri ganjaran untuk hambaNya yang berkorban masa semata-mata untuk mengabdikan diri pada Allah.
Dan Antara Kelebihan Tahajud adalah (hasil bacaan saya):
1. Tahajjud adalah solat sunat yang paling afdal.
2. Doa dimakbulkan Allah.
3. Memperolehi ketenangan jiwa.
4. Merasai diri hampir kepada Allah SWT.
5. Diberikan keistimewaan oleh Allah SWT.
6. Memperolehi pertolongan dan rahmat Allah.
7. Menewaskan gangguan dan godaan syaitan.
8. Mencegah dosa dan menghindari penyakit.
9. Menjadi lebih berdisiplin dalam melakukan tugas.
10. Allah SWT memudahkan menerima ilmu yang dipelajari.
11. Terkeluar daripada catatan sebagai golongan yang lalai.
12. Dihormati masyarakat dan dijauhi daripada hasad dengki manusia.
13. Allah SWT memberikan kemudahan dan rezeki yang berpanjangan.
14. Orang bersolat Tahajud menjadi kesayangan Allah SWT.
15. Diberi keistimewaan yang orang lain tidak perolehi.
16. Mendapat kemuliaan Allah SWT di dunia dan akhirat.
17. Meninggikan martabat seorang hamba di sisi Allah SWT.
18. Memudahkan hisab di akhirat dan melintasi Titian Siratal-Mustaqim.
TIPS untuk mudah bangun TAHAJUD.
1. PAKSA DIRI. Ya untuk permulaan, paksa diri. Kunci jam setiap hari. Cth set alarm nak bangun jam 4 pg untuk bangun Solat Malam. Permulaan agak sukar jika tidak biasa, namun jika dipaksa hari2, lama-kelamaan akan jadi kebiasaan dan rutin.
2. TIDUR AWAL. Tidur awal sekitar jam 10-11 mlm.
3. NIATkan untuk bangun Tahajud sebelum tidur. Insha Allah akan mudah bangun.
4. Kurangkan Makan pada waktu Malam. Jangan makan sehingga terlampau kekenyangan. Berserdehanalah.
Saya pasti dalam kehidupan kita, semua orang ada beban hidup masing-masing. Serabut kerja menimbun, mengejar deadline dan sebagainya. Marilah kita kembali kepada ALLAH. Kerjakan Solat Taubat, tahajud dan bacalah dan Fahami Quran walau sepotong ayat sebelum memulakan rutin harian anda. Insha ALLAH anda akan dapat rasa perbezaan. Tak salah untuk pergi Travel, namun jangan jadi macam saya, letakkan ketenangan hanya pada Travel.
Itu sahaja sedikit perkongsian dari saya dan semoga bermanfaat untuk semua. Maafkan saya jika ada kekurangan dan kesalahan dalam penulisan saya. Doakan saya istiqamah dalam melakukan solat Malam, sentiasa letakkan Allah no 1, ingat DIA waktu susah dan senang. Dan doakan juga saya dapat kerja secepat mungkin serta Grad tahun depan. Semoga kita semua sentiasa dalam rahmat dan perlindungan ALLAH.
Sekian terima kasih.
Yang menulis,
Cahaya Kekuatan
22.7.2017
– Cahaya Kekuatan
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit