Dulu, aku pernah ada impian nak ada kereta sendiri. Sekarang, Allah dah bagi. Dulu, aku selalu harap nak kerja dalam bidang yang aku minat. Sekarang, Allah dah bagi. Dulu, aku selalu berharap aku dapat tempat kerja n rakan sekerja yang baik. Sekarang, Allah dah bagi.
Pokoknya, apa yang aku impikan dan harapkan sudah banyak yang Allah tunaikan. Terima kasih Tuhan.
Sekarang aku memang bersyukur dengan apa yang aku ada. Tak banyak pun impian aku dalam hidup. Apa yang aku ada sekarang bagi aku dah cukup. Aku takde pun impian besar2. Hidup aku biasa2.
Aku ada jugak mengimpikan nak rumah besar2, kereta mewah. Tapi bila fikir balik, aku dah merasai ada rumah n ada kereta walaupun tak mewah & besar. Jadi buat apa lagi aku mengharapkan sesuatu yang aku dah rasa sebab benda tu tetap sama.
Ada rumah biasa pun boleh tidur lena jadi apa bezanya bila ada rumah besar dan mewah? Ada kereta biasa pun dah boleh bawak aku pergi ke mana2 aku nak. Jadi apa beza bila ada kereta mewah sekalipun? Fungsinya tetap sama kan? Adakah pemikiran aku ni kolot?
Ok back to the topic.. Aku rasa sebenarnya harta benda bukanlah sesuatu yang boleh membahagiakan dan memberi ketenangan kepada seseorang sampai aku perlu terkejar kejar untuk mendapatkannya.
Aku ingatkan bila aku dah dapat apa yang aku nak, hidup aku akan jadi best tapi rupanya tak. Hati aku kosong, tak tenang, serabut.
Aku ingat lagi aku pernah merasai suatu ketenangan dulu. Ketenangan yang aku tak perlu pun beli dengan wang ringgit. Cuma memerlukan istiqamah. Ketenangan apa?
Ketenangan ketika beribadah menghadap Sang Pencipta. Betullah. Ketenangan itu terletak pada hati yang mengingati Allah. Kenapa aku cakap dulu? Sebab sekarang aku tak tenang.
Aku cuba check balik apa yang tak kena dengan hidup aku yang biasa2 ni. Jiwa aku tak tenang. Aku nk tau kenapa. Bila check balik.. Oh rupanya banyak benda yang menyekat aku untuk menggapai ketenangan itu.
1. Aku tak jaga hubungan dengan Allah. Takde disiplin dalam beribadah. Orang cakap nak jadi orang yang berdisiplin perlu mulakan dengan solat iaitu dengan cara solat di awal waktu. Aku dah fail kat sini.
Kalau cakap bab solat, banyak benda sebenarnya aku fail. Dari segi kebersihan, waktu solat, wuduk, bacaan, kusyukkk.. Fuhhh.. banyaknya benda kena belajar bab solat ni.
2. Hubungan dengan mak ayah. Yang ni aku memang fail. Aku tak nak cerita la kenapa. Cukuplah aku cakap yang aku ni bukanlah seorang anak yang baik. Dan aku memang sedar yang ni antara sebab utama jgk kenapa jiwa aku tak tenang.
3. Aku seorang yang pemarah. Aku tak tahu la kenapa. Tapi aku cuma tunjuk amarah aku tu bila dengan family aku je. Dengan orang luar memang orang tak percaya kalau aku cakap aku ni seorang pemarah. Nampak tak hipokrit kat situ?
Aku pernah dengar ceramah, dia cakap orang yang suka marah adalah orang yang banyak dosa. Dushhh!! Ok aku admit. Aku memang banyak dosa.
4. Masa. Aku banyak buang masa aku dengan socmed tapi bukan bermaksud aku aktif kat semua socmed. Aku ada fb je kot.
Aku pun tak tahu la apa benda yang hari2 aku scroll kt fb. Takde benda pun sebenarnya tapi masa aku banyak sangat terbuang kat situ. Aku bukan sejenis yang suka up status kat fb pun. Tapi aku jadi lagha bila bukak fb. Entah apa aku cari.
Aku baca Quran tapi tak selama aku bukak fb. Agaknya ni namanya takde keberkatan waktu. Bila buat benda sia sia terasa sekejap. Rasanya aku dah tergolong dalam golongan orang2 yang rugi. Aku tak nakkk..
Tu lah antara benda umum yang buat jiwa aku tak tenang. Macam aku cakap. Hidup aku biasa2 je. Takde pun benda yang merumitkan hidup aku tapi jiwa aku tak tenang.
Aku ni dah level manusia yang sangat biasa. Tak memberi manfaat dan tak memberi mudharat kepada orang lain sampai aku rasa “apa aku nak dalam hidup sebenarnya?”
Aku cuba jugak ubah diri aku. Sebab kesian jugak dengan diri sendiri. Macam tak keruan. Antara perkara yang aku buat :
1. Bila dalam kereta aku akan bukak ceramah2 ilmu agama, motivasi, kehidupan n sebagainya.
2. Aku cuba bangun awal pagi. Tu pun sebab kena pergi kerja. Kalau tak kerja memang matahari tegak atas kepala baru aku bangun.
3. Baca buku2 berilmiah. Tapi aku cepat boring. Baca sekejap lepas tu tutup. Esok baru sambung balik. Ceh.
4. Baca Quran tiap malam. Ye. Memang aku baca tapi aku rasa macam mulut aku je bergerak, jiwa aku kat tempat lain.
Tu la benda yang aku cuba ubah. Biasa kan? Nampak tak usaha tu tak berapa nak ada untuk ubah diri?
Aku rasa masalah terbesar aku adalah aku MALAS. Malas bertindak. Sekarang ni pun aku tak tahu la apa benda aku buat. Aku rasa macam kosong sangat.
Aku tak tahu macam mana nak mulakan perubahan diri aku ni utk mencari ketenangan yang hilang tu.
Aku sedar yang kebahagiaan dan ketenangan yang hakiki tu bila kita berjaya melangkah masuk ke syurga. Sebab kat dunia ni takde apa pun yang best. Semuanya perhiasan. Aku pelik sebenarnya dengan diri aku. Aku tahu semua tu. Tapi aku tak bertindak.
Macam mana aku nak reset diri aku? Aku rasa macam jiwa aku ni dah tertutup untuk merasai ketenangan.
Kadang kadang aku tersedar dari tidur waktu malam lepas tu aku terfikir yang malaikat tengah tunggu nak cabut nyawa aku. Banyak kali juga aku tersedar waktu malam dan aku teringatkan pasal kem4tian. Tapi keesokannya aku kembali lalai.
Aku salute dengan orang yang istiqamah dalam beribadah sebab istiqamah tu susah sebenarnya. Aku jadi macam ni sebab tak istiqamah la agaknya. Betullah, perjuangan melawan hawa nafsu ni sebenarnya pahit kerana syurga itu manis.
Kehidupan aku normal je macam orang lain. Mungkin apa yang aku rasa ni perkara yang normal, yang semua orang rasa. Tapi aku tak suka kehidupan biasa ni. Aku nak kehidupan yang luar biasa.
Korang yang hidup biasa2 tu ada tak rasa macam aku? Nak berubah tapi semangat tu takde. Jiwa tak tenang.
Aku selalu pegang ayat Al-Quran Surah Ar-Ra’d Ayat 28 mengenai ketenangan. Korang belek lah sendiri maksudnya. Banyak sangat terjemahan yang aku jumpa. Aku tak tahu nak letak yang mana. Aku suka dengar lagu Hakikat Bahagia by UNIC. Lagu Yang berkisarkan ketenangan juga.
Apa yang aku cuba nak sampaikan adalah aku nak mencari makna ketenangan. Aku dah buat apa yang boleh buat jiwa aku tenang tapi masalahnya aku masih tak tenang. Adakah hati aku dah tertutup untuk mencapai ketenangan tu? Ke mana ketenangan itu menghilang?
– Farah (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit