Ketepuan Pelajar Terhadap Subjek Sekarang

Thanks iiumc publishkan post ni. Disclaimer: these are just my thought.Kenapa ak confess kt sini sbb ramai kawan2 ak baca page ni n ak harap thought ni akan tigger skit cara kita tgk sesuai isu tu. Panjang mukadimah aku. Balik pada tajuk aku. Ketepuan. Ak nak fokus pada ketepuan dalam pendidikan. Fokus lg kecik…sekolah rendah.

Akhir2 ni kita dikejutkan dgn keputusan upsr yg hanya 1.11% dapat 6A berbanding tahun lepas kan. Sebelum tu pasal kbat, kssr, pbs, n macam2 lg perubahan. Dan plg latest, isu isi tersurat dan isi tersirat dalam buku teks bm semakan 2017. Ak pon x sempat nak belek lg buku betulnya. And same as u all, ak pon terkejut. Nak beza n faham maksud perkataan tersurat dan tersirat pon ak rasa betul2 paham masa sekolah menengah.

Itu baru bm. Math pon sama jugak tempiasnya. Banyak topik2 yg dulunya sekolah menengah baru belajar, dah dimasukkan dalam silibus sekolah rendah. Contoh: koordinat, kebarangkalian, time frame antara negara, anu dll. Masa mula2 kena ajar subjek ni aku bersemangat sgt. Tapi makin lama aku mula nampak. Budak2 sekolah rendah, secara kognitif, belum bersedia utk terima topik2 ni. Walaupon topik2 ni x seberat sekolah menengah, masih dalm tahap pengenalan.

seriously aku kesiankan anak murid aku. Sampaikan kdg2 aku rasa nervous n noxious time tengah2 mengajar. Walaupon aku confident gila time prep nak ngajar. Ko akan nampak black hole kt mata budak2 tu. Macam2 bahan n alat dah kau guna last2 ko nampak yg budak2 ni buat buat paham je. Nasib time buat latihan slow2 aasist then dia boleh buat. Cuma kalau kau pusing tinggi sikit, mula la tergelincir balik. But as time goes on, ak mula rasa best, mula buat research kecik2. Cari kaedah2 baru utk pahamkan budak2 ni.

Aku x nafikan. Ada budak2 yg terkorban along the way. Bayangkan 36 orang dalam 1 kelas, minimum 3 kelas, berapa tahap kau kena cater. Kalau aku la parents, ak akui ak akan marah sistem yang korbankan anak2 aku ni. Semua perubahan dalam pendidikan ni buatkan anak aku jadi mangsa.

Baru2 ni aku came across istilah ketepuan. Yang buat aku fikir dan cuba kaitan dengan sistem pendidikan kita ni. Apa salahnya kbsr? Ak pon asal kbsr. Masuk je u, grad je. Kawan2 aku ade je doktor, engineers, ptd n all. Then y border nak tukar2. Itu yg aku dapat. Sistem kita dah tepu. Tepu mcm mana? Tgk upsr 5 tahun kebelakangan, pencapaian murid cemerlang meningkat, subjek mcm biasa ada pasang surut, gps memuaskan, pertambahan sekolah amanah, lonjakan saujana, sbp, cluster yg semua sekolah impikan.

mcm mana benda2 ni boleh meningkat? Salah satunya sbb ckg2 nya dah boleh tackle taktik lembaga. Ckg2 dah analisa dr pembuatan soalan, cara soalan ditanya, silibus suma dah hadam dalam kepala, dh tau mana penting mana tak. Plg hebat, ckg2 ni dah boleh rancang utk luluskan budak hanya dengan jawab beberapa soalan utk budak2 lemah. Even masalah budak yg pelbagai tahap dlm 1 kelas pon ckg dh boleh cater sbb ckg2 dah nampak patternnya. And its repetitive.

jd, yg ak nampak bukan je sistem tepu, pelaksananya pon dah sampai tahap tepu. In contrast, budak2 zaman lani makin maju, makin berkembang. Ini yg menyebabkan perubahan sistem amat releven. Sbb tu mcm2 pertukaran, penambahbaikkan dan perubahan. Tp mcm biasa utk dapatkan yg terbaik kita kena rnd, try an error. N along the way ramai yg rasa diri menjadi mangsa. Jadi tikus makmal. Itu benda yg kita x boleh nak halang. Sbb ini pendidikan manusia. Bukan eksperimen yg boleh kita test kt haiwan.

Ni suggestion aku. Apa yang parents boleh buat. Amik tahu apa yang anak2 anda belajar. Bantu, kesan tahap diorg. Cari penyelesaian tanpa salahkan sesiapa. Sbb mencari salah x menyelesaikan masalah pon. Yg plg penting, bina hubungan baik dengan ckg. Ak x penah jumpa plak mana2 ckg yg akan tolak bantuan kalau caranya betul. Dari pihak ckg pulak, ak personally sentiasa buat research, tambah baik n cari cara nak takle silibus baru ni. Segala kbat, ithink, tersurat, tersirat akan kami tapau. But it takes time.

For kawan2 ak yg baca. Berhati2 bila komen sesuatu pasal pendidikan. Sbb ada kawan korang cikgu. Walaupon ak buat2 x layan but its a bit pain in the ass la jugak. Kalau ikut x setuju banyakkk gila perubahan yg kami2 cikgu x setuju. Tp nak buat camana. Kami hanyalah cikgu. Pelaksana. Kami akan berusaha but as i said. It takes time. So sabar ea kawan2.

until next time. Sorry kalau terkasar bahasa.

– cikgu mt garang

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit