Untuk part I, (https://iiumc.com/ketidakmatangan-students-gen-z-dan-ke-atas/).
Hai semua. Saya Pensyarah. Sebelum nih ada post berkenaan “Ketidakmatangan Gen Z & Ke Atas”.
Ada jugak baca komen berupa “Tora datang lagi dengan ‘zaman aku dulu’…”. Maaf la ya, kadang-kadang kita perlu beri contoh bila nak menceritakan sesuatu.
Jadi, contoh yang saya ambil, of course lah berdasarkan pengalaman saya sebagai seorang student suatu ketika dulu. Lebih relevant, lebih valid.
Dan, saya juga nak minta maaf, mungkin tajuk yang saya berikan terlampau specific, dah macam memang purposely nak attack Gen Z pulak. Tapi saya tak bermaksud sedemikian. Masa tengah menaip tuh, hati tengah menggelegak. Ikut perasaan. Haha.
Dan statement utama yang saya nak sampaikan sebenarnya adalah berkaitan adab dan common sense para pelajar zaman sekarang. Adab dan common sense ini adalah dua benda yang formal education tak boleh nak bantu 100%.
Perlukan sokongan daripada informal education jugak, iaitu dari rumah (keluarga terdekat) dan persekitaran (rakan-rakan dan saudara mara).
Ada juga saya baca komen-komen berupa keluhan daripada rakan pendidik peringkat sekolah. Saya turut bersimpati dengan situasi yang para guru terpaksa hadapi.
I can feel you, sebab pasangan saya juga merupakan guru sekolah yang terpaksa hadap dengan ketidakmatangan parents dan anak murid. School atau pun university, sama saja barannya bila kita kena hadap situasi sebegini.
And I never put the blame 100% kepada parents. Tak kiralah kita nih daripada Gen mana sekalipun, we need to acknowledge that the first education yang anak-anak belajar adalah daripada rumah.
Ada yang akan cakap, “Parents busy bekerja cari duit untuk anak-anak.”
Betul. Tapi mereka itu anak kita. Kita bertanggungjawab terhadap pembangunan sahsiah anak-anak kita. Kalau kita tak tunjukkan contoh atau jadi role model yang baik untuk anak-anak, siapa lagi yang boleh buat?
Contohnya bab percakapan. Kalau kita tak jaga percakapan dengan pasangan kita, anak-anak kecil akan meniru. Children learn best by imitating their parents.
Anak anugerah Allah, tanggungjawab yang besar untuk kita galas. Fulfill kan lah tanggungjawab itu sewajarnya.
Suka atau tidak, as parents, kita kena come out dengan solution untuk didik anak-anak kita.
Tugas pendidik di luar sana adalah untuk MEMBANTU mengembangkan pemikiran pelajar. Tapi asasnya, foundation nya, basic nya, adalah daripada rumah.
Kebanyakan students bila bermesej dengan pensyarah, biasanya tidak akan memperkenalkan diri. Tidak menyatakan nama subjek. Empty.
Terus dengan soalan, “Bila due date kena hantar Tugasan?” Saya bukan ahli nujum yang boleh tahu nama kamu, program apa, subjek apa yang dirujuk ini.
Hampir sedekad, dan keadaan ini berterusan menjadi semakin teruk. Bad communication.
Submit Tugasan lambat 1 bulan dari tarikh asal (tanpa alasan yang munasabah), bila ditolak markah, complain berjela-jela ke management.
Kalau dapat management yang understanding dengan kerenah students, Alhamdulillah. Dapat management yang memperdagangkan ilmu pengetahuan, memang sakit lah lecturer.
Bila bagi Tugasan yang perlu dibuat pembentangan, datang ke kuliah dengan memakai short pants, tshirt round neck, seliper jepun.
Alasannya, “Ini kan IPTS, kami bayar lecturer, suka hati lah nak pakai macamana pun.” Kucing aku pun pakai baju melayu, segak comel bergaya dengan bersongkok lagi.
Maaf lah, kalau keluhan sebegini buat ramai kurang senang. Tapi ini merupakan antara platform terbaik supaya nasihat dapat dipanjangkan kepada anak-anak kita.
Jangan manjakan anak-anak sangat. Pantau pergaulan anak-anak kita.
Untuk level sekolah, selalulah check group WhatsApp sekolah. Ya, semua orang banyak group WhatsApp sekarang.
Guru dan pensyarah pun banyak group WhatsApp jugak. Tapi dah itu anak-anak kita, take responsibility lah sikit.
Buat guru dan pensyarah, zaman sudah berubah. Suka atau tidak, kita kena absorb sedikit peranan sebagai parents buat pelajar-pelajar kita. Saling bantu-membantu.
Kalau bukan kita yang bantu parents di luar sana, siapa lagi yang boleh bantu mereka?
Penat? Ya, memang penat. Anak sendiri nak jaga, anak orang pun nak kena jaga jugak. Memang penat. Tapi jadikan penat itu lubuk pahala buat kita di alam sana nanti. Jujur, saya pun penat.
Anak-anak muda zaman sekarang sudah tenat dan nazak dari segi adab dan common sense.
Yang benar,
– Pensyarah yang kecewa (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Ya
Depa siap ada group wasap/telegram nak mengata cikgu2 depa
Yg mak pak pulak
Tak boleh teguq anak2 depa
Anxiety la depression la
Cubit sikit nak hantaq surat saman la
Adab mmg takdak
Macamana la ilmu nak berkat
Setuju sis.
Suami I pun lecturer. Selalu la dia bercerita, dgn I sekali pun menyirap. Dorg ni ingat lecturers tu kwn2 dorang ke.
Pastu kan, dah tau bodoh tu buatlah assignments, buat assessments, buat presentations yada2. Tapi tak, xsedar kot diri bodoh, jwb final exam dpt markah rendah. Pastu nak suruh suami I tolong. Nak tolong camne, apa benda pun xbuat, pastu nak bagi lulus.
Dorg Whatsapp xkenalkan diri. Ingat kita tu ke dia sapa. Pastu Whatsapp pun 2-3am.
Itu belum masuk bila tanya dlm kelas. Nak tengok participation dlm kelas. Dorg ni memang bergantung 110% dgn phone. Phone tulah otak dorg. Kalau xde phone xboleh fikir. Bila Tanya soalan, xboleh critical thinking. Toksah kata critical thinking, thinking pun ada problem.
Sedih kan this generation.