Assalammualaikum, kaifa halukum jamian? first of all aku harap confession aku diapprove. Cerita aku ni takdelah best macam cerita orang lain. tapi saja nak share sebagai pengajaran kepada kita semua.
Ceritanya bermula masa hujan hari tu :
Aku turun dari bas. Masa tu hujan lebat sangat.
At the same time. Baru je bukak payung tak sampai dua minit. Tiba-tiba. Ada la seorang hamba Allah datang pegang tangan aku dari belakang. I was so shocked like siyessly!!.
Mana tak terkejut bai! Dah la hujan lebat dengan kilat lagi. kena pula orang sergah dari belakang. Konfem la gua terkezut bak hang! kalau Shah Rukh Khan datang macam dalam cite kuch kuch hota hair tu, takde la terkejut sangat. boleh juga aku fefeeling anjali kejap. cewah. Ok aku dah start mengarut.
Lets go straight to the point.
Hamba Allah ni seorang akhowat (perempuan). Dia pakai cermin mata. Manis orangnya. Tiba-tiba dia bersuara:
“Boleh saya ikut awak tak? sbb saya tak nampak la nak lintas jalan.”
Secara spontan terkeluar dari mulut sendiri: “oh awak tak nampak ek?”
Dia hanya angguk je. timbul la dalam hati perasaan kesian. sbb aku ni baik orangnye plus wanita melayu terakhir. im willing to help her. aku pandu je jalan untuk dia. Masa nak sampai ke destinasi. Aku cakap kat dia.
” kelas saya kat sini je. kelas awk kat mana? ke awak nak saya hantar sampai kelas. I dont mind”.
Dia geleng je. Then dia cakap:
“Takpe dari sini saya dh nampak dah sikit2”.
Dia ada mention yang dia nak g kelas braille apa entah. dah dia pun cakap dia boleh jalan sendiri. then aku pun tinggalkan dia sbb kalut nak g kelas takut madam dah masuk. Masa ni kami separate buat haluan masing2.
Masa dalam kelas. tetiba muhasabah diri balik. Lepas tu terdetik dalam hati pelbagai persoalan.
“Dah la dia rabun. pastu aku blh main redah je cakap “oh awak tak nampak ek”. hmm rasa malu dgn diri sendiri sbb benda yg dah terang depan mata tapi gi tanya lagi. macam manalah perasaan dia bila aku cakap macam tu. pastu teringat kelas braille yang disebut. lagilah dok fikir dia rabun ke buta tapi dia pakai cermin mata. Hmmmmm. next time before cakap kau kena fikir dulu. Hmmmm im so dissapointed of my self :(
lepas tu aku asyik terbayang je kalau aku dok kat situasi si hamba Allah tu. Hmmmmmmm.
p/s: Belajarlah untuk menjaga hati orang lain. Boleh jadi sesuatu benda tu kita rasa kecil je, mungkin ia adalah besar bagi orang lain. Jagalah kalam(percakapan) dalam berbicara kerana ia boleh menjadi sangat pedas sekiranya tidak dijaga. Wallahualam.
– Cik Hanna Yang Tak Sempurna
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit