Ketua Kampung Puaka

Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat warga IIUM Confession semua.

Hari ini saya nak luahkan sikit rasa terkilan saya dengan ketua kampung kawasan saya. Kes terjadi kira-kira setahun lepas iaitu awal tahun 2022.

Saya merupakan seorang wanita yang tinggal di kawasan kampung di Johor. Kawasan ni kawasan bandar juga jadi ketua kampung memang saya tak kenal. Dia pon duduk di kawasan yang agak jauh dari kawasan perumahan saya.

Kisah saya berurusan dengan ketua kampung ni terjadi semasa saya dalam proses menguruskan dokumen kahwin saya tahun lepas.

Lepas sahaja saya isi segala borang kahwin secara online, saya dan tunang (kini suami) mula sibuk untuk selesaikan urusan nikah seperti test HIV, pengesahan bujang, pengesahan mastautin, pengesahan wali dan pelbagainya.

Borang-borang ni semua perlu disahkan dan dicop oleh ketua kampung. So, nak tak nak saya perlu contact ketua kampung ni.

Saya dapat nombor ketua kampung dari kawan dan mula la call. Biasanya ketua kampung kan orang tua umur2 ayah kita kann?? So saya cakap elok2 baik2 sopan2 tau. Macam cakap dengan orang tua lain.

Saya kerja dalam bidang professional jadi memang saya dah biasa bercakap secara profesional dengan semua orang terutamanya atas urusan rasmi.

Saya : Assalamualaikum, ni En. Z***** ke? Ketua kampung kawasan (sekian-sekian) kan? Saya nak berurusan tentang pengesahan ketua kampung untuk borang nikah saya.

KK : Waalaikumsalam, eh awak dah dapat nombor saya ni kan? Mestilah saya ketua kampung, jangan la bagi soalan b*d*h macam ni. (sombong sangat nada dia tu)

Saya : Ya betul, tapi saya dapat nombor encik ni dari kawan dan saya nak confirmkan la takut lah salah nombor ke salah orang ke?

KK : Laa awak dah telefon saya ni betul la saya ketua kampung. Apa benda laaa soalan awak ni.

Saya : Baik maaf ya Encik, saya nk mintak tandatangan encik ni. Boleh ke saya nak buat appointment ?

KK : Borang semua dah isi? Test HIV dah buat?

Saya : Borang online dah isi, tapi test HIV belum buat lagi. Appointment minggu depan.

KK : Buat dulu test HIV lepastu baru call saya semula.

Terus dia letak call. Saya ni hati tisu, terus menangis tau lepas dapat layanan macam tu dari orang yang sepatutnya dihormati. Saya cakap dengan dia baik2 kot.

Tak pernah saya jumpa orang biadab macam tu sekali sampai cakap saya b*d*h.

Professor2 kat tempat kerja saya pon semua cakap elok2 walaupun gaji puluh ribu, pangkat tinggi2 semua. Dia baru jadi ketua kampung dah berlagak macam tu sekali. Memang terkilan sangat saya masa tu.

Bagi saya, logik je soalan saya untuk tanya status orang yang saya call. Mana tau ketua kampung yang saya call ni dah meninggal sebab covid ke apa ke, jadi saya tanya jelah dulu siap-siap hahaha.

Fast forward seminggu lepas tu saya dengan suami buat ujian HIV dekat klinik terdekat. Lepas je balik dari klinik, saya terus call semula ketua kampung puaka ni.

Sebenarnya saya tak hingin pon jumpa dengan dia sebab dah plan nak terus jumpa penghulu dekat pejabat penghulu terdekat. Tapi saja test market nak call lagi sekali manusia paling sombong tu.

Saya : Assalamualaikum En Z*****, saya Siti (bukan nama sebenar) nak berurusan dengan En berkaitan borang nikah.

KK : Test HIV dah buat? Awak anak dara ke janda?

Saya : Test HIV dah buat. Saya anak dara lagi belum kahwin.

KK : Ok esok jumpa saya bawak wali awak sekali.

Saya : Tapi wali saya sekarang ada kat Kedah, takde kat sini.

KK : Kalau macam tu bawak adik beradik awak datang esok jumpa saya.

Saya : Eh encik ni saya nak mintak tandatangan je, kenapa nak bawak satu family saya pulak jumpa encik? Takpelah encik saya jumpa penghulu terus jelah kalau susah2 macam ni.

Terus Ketua kampung ni letak call. Leceh sangat nak berurusan dengan orang macam ni. Kerja dia tandatangan je, borang lain semua ayah saya selaku wali dah sign siap-siap sebelum dia pergi travel. Saja je nak susahkan urusan orang lain.

Tak ada dalam requirement Ketua Kampung kena jumpa wali tau. Dia bukan tok kadi nak jumpa wali saya and nikahkan saya terus.

Lepas dari tu saya ada borak dengan kariah masjid area rumah saya, memang pakcik2 kat masjid tu kata ketua kampung tu sombong. Ramai dah complaint.

Saya ada nak buat complaint secara official tapi lama-lama saya jadi lupa pasal kes tu dan tak ada masa nak panjangkan isu.

Kepada semua orang yang berpangkat kat luar sana tu terutamanya ketua kampung. Jangan la sombong sangat, awak manusia, saya pon manusia. Sama je taraf kita ni.

Kenapa nak sombong sangat? Baru jadi ketua kampung tau, kalau jadi wakil rakyat entah macam mana la perangai tu nanti.

Sekian saja curhat saya harini. Kbye semuaa.

– Siti (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *