Ketupat Oh Ketupat

Hi.. aku June. Sedang berpantang masuk hari ke-5. Esok raya pulak. Dengar takbir raya, aku tiba-tiba sayu dan berjujuran air mata keluar tanpa kusedar.

Episod aku mengandung anak kali ini amat mencabar. Tambahan pula aku tinggal di rumah mentua, dan buat sekian kalinya aku tidak dapat beraya di rumah mak aku. Tahun lepas, aku raya sini.

Tahun ni disebabkan pantang, aku raya sini juga. Tahun2 sebelum ini pun aku raya sini jugak.

Dan aku tau, mak aku terasa hati bila aku banyak di rumah mentua berbanding rumah mak. Iya la, kalau aku berpantang rumah mak, agak sukar aku nak ulang alik check kuning anak.

Nak pindah rumah sendiri, terpaksa delay dulu sebab baru fasa berpantang. Nak paksa laki raya rumah mak aku, nanti mentua takda orang nak bantu persiapan raya. Anak2 mentua yang lain kalau balik pun, last2 yang ke dapur suami aku juga.

Nak ajak pindah rumah baru, tambah2, nak dekat raya ni comform mak mentua tak bersetuju. Angkat barang ke rumah baru pun dah sedih, apatah lagi sebut nak pindah. Mau menangis hari2.

Iyalah, ini dah masuk 2 tahun kami duduk dengannya sejak dapat bertukar ke kampung.

Sepanjang aku mengandung, alahan agak teruk. Aku dah tak fikir nak masuk dapur, aku banyak habiskan masa dalam bilik dan aku dah tak kisah kalau mentua kata aku malas. Dalam fasa tu, aku langsung tak mampu nak makan apa2.

Nak harapkan mentua layan, maaf la. Bertanya nak makan apa pun tidak, lagi ditinggalkan dapur tak berasap adalah. Iyalah ada anak dan menantu boleh masak.

Aku pun mula masuk fasa mogok sejak mengandung ni, kalau asyik2 aku ja yang masuk dapur. Last2 suami ambil alih masak untuk mak dia bila dia nampak aku makin murung dan banyak berkurung dalam bilik.

Suami aku pula memang sama seperti lelaki lain la. Semua benda nak kena beritahu, kena ketuk baru nak buat. Dan fasa mengandung adalah fasa aku lepaskan tantrum pada suamiku.

Siapa tak marah, bila orang tak peduli keadaan kita, apa kita nak makan. Nampak isteri muntah teruk pun, tak tahu nak buat macam mana.

Ada sekali tu, suami ajak keluar makan. Aku seronok la. Tapikan, bila jumpa kawan perempuan, dia boleh berborak sampai aku yang dah lapar ni tanya nak order apa pun tak diendahkan.

Balik rumah, memang aku direct lepaskan marah aku. Terdiam suami sebab sebelum ni aku sabar saja, tak pernah jerit2 bagai.

Sampai satu tahap aku sangat stress bila suami macam tak faham fasa yang aku lalui, dan buat pertama kali suami naik tangan ke muka aku.

Dan mentua ada masa kejadian tu. Sejak kena tampar, aku jadi trauma dengan suami. Aku menjerit bila dia dekat denganku.

Suami banyak kali mohon maaf denganku. Hari demi hari, semakin bertambah gap aku dengan suami, dengan mentua.

Sejak mengandung, aku uruskan fasa mengandung seorang diri. Penuh stress. Aku pergi check up, aku kena jumpa pakar, bayi tak gerak aku drive buat ctg kat hospital aku ulang-alik semua sendiri.

Ada juga 3 kali masuk wad sepanjang mengandung ni. Tu pon aku hadap sendiri.

Suami macam biasa, lagi aku boleh buat, lagi dia lega . Isterinya diakan hebat, semua boleh buat. Boleh bawa kereta, boleh pi check up sorang2.

Kalau lapar, boleh cari makan sendiri. Langsung tak tanya apa2. Cuma lepas kejadian dia tampar aku, dia macam lebih insaf, lebih banyak mengalah dan sabar denganku.

Mentua macam biasa, bangun pagi layan tv sampai pukul 9. Habis, nak tunggu pkul 9 baru nak makan la. Tak kuasa aku. Pukul 7 aku dah masuk dapur, buat sarapan untuk anak2.

Semakin besar perut, suami makin kerap masak di dapur. Mentua akan masak lauk yang dia nak makan saja. Gulai.. gulai dan gulai.

Aku kalau tak larat masak, aku belikan lauk. Itupun lauk yang aku beli akan diulang panas selagi tak basi.

Tapi satu perangai mentua, bila anak2 lain balik, wow kemain hebat dia di dapur. Macam2 dimasaknya. Sampaikan aku pun terasa, ala..akukan menantu jew!

Dalam fasa2 akhir mengandung bulan Ramadhan ni, aku teringin nak makan ketupat. Nak suarakan kat mak aku, aku segan. Dah la jauh, tak sanggup nak suruh mak buat. Nak suruh mentua, takyah la. Last2, aku beli yang frozen. Aku kukus untuk buka puasa.

Masa buka puasa, aku rasalah ketupat tu. Tapikan mentah. Rasanya mentua dah tutup api kukus awal sebelum ketupat masak. Aku makan juga 2 biji buat2 rasa.

Kesannya, aku angin satu badan, aku muntah teruk 2 hari. Mujur aku dah mula cuti, boleh rehat di rumah. Itupun, masih aku yang masuk dapur.

Kadang2 aku terfikir mana common sense mentua aku. Dia faham tak aku ni dah mengandung cecah 39 minggu.. takkan nak tengok buat kerja masak2 lagi!

Pantang ni memang aku jadi ratu la. Suami aku uruskan aku A-Z. Langsung aku cakap kat suami, jangan susahkan mentua langsung.

Nampak laki aku berpenat lelah di dapur buat persiapan raya, aku jadi sedih. Sedangkan bukan takde orang lain. Kalau aku tak bersalin, memang aku dah bantu suamiku. Tapi apa nak buat!

Petang tadi, aku nampak ketupat mentua buat atas meja. Memandangkan aku dah bersalin dan berpantang, aku pandang sepi ketupat tu.

Sikit pun tak ingin nak rasa. Asak terbayang ketupat tu, air mata aku gugur lagi. Bukan teringin nak makan, tapi timbul satu perasaan yang sedih sangat. Sedih tengok ketupat.

Harap2 aku berjaya habiskan tempoh pantang dengan sihat. Tak meroyan apa. Sebabnya, time pantang nilah, memori sedih aku mengandung mula terbayang2. Ketupat lagi la.

Harap2 tak fobia la kalau jumpa ketupat lepas ni. Doakan ya!

– June (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *