Kewajipan Agama

Assalamualaikum, terlebih dahulu aku nak ucapkan terima kasih kerana sudi menyiarkan coretan aku ini. Aku dibesarkan didalam keluarga yang boleh dikatakan agak menekankan dalam aspek keagamaan. Aku bersyukur memiliki ibu bapa yang sentiasa mengambil berat soal hidup anak-anaknya untuk tidak lupa dalam melaksanakan suruhan agama. Walaupun pada mulanya pada zaman kanak-kanak aku agak liat dan malas terutama dalam melakukan benda-benda kewajipan agama seperti solat, berpuasa dan sebagainya, tetapi apabila sentiasa dididik dan dipantau dari masa ke semasa oleh kedua orang tuaku telah berjaya mengubah diriku untuk sentiasa mengamalkan apa yang disuruh oleh agama. Daripada tidak mengenal bacaan ayat Al-Quran, aku berjaya membaca dengan lancar ayat-ayat Al-Quran dan cuba untuk mempelajari tajwid dengan lebih mendalam lagi agar bacaan yang aku baca tidak tersalah. Jika tiada usaha daripada kedua ibu bapaku ini untuk menghantar aku belajar mengaji Al-Quran dari bangku sekolah lagi, aku rasa sampai besar pun, belum tentu aku mampu untuk mengenal dan membaca ayat-ayat suci Al-Quran ini. Walaupun kadang-kadang aku merasakan terpaksa untuk belajar ilmu agama ini, lama kelamaan perasaan cintakan untuk belajar hadir dalam diriku.

Walaupun aku bukan ditempatkan sekolah-sekolah agama, namun sekolah kebangsaan juga banyak menerapkan aktiviti pembelajaran agama. Ketika aku di zaman persekolahan, aku merasakan meninggalkan solat tidak menjadi satu dosa berat bagiku disamping sentiasa berada dengan kawan-kawan yang tidak begitu mementingkan sangat soal solat 5 waktu. Bagi kami keseronokan bermain lagi diutamakan jika dibandingkan dengan suruhan agama. Malahan, jika dibuat pun hanyalah sekadar acuh tak acuh dan hanya ketika disuruh oleh ibu atau bapaku sahaja. Ketika zaman persekolahan dan awal remaja aku kurang menitik beratkan dalam soal ibadah wajibku. Perasaan didorong apabila melihat orang lebih tua daripada aku tidak mengambil kisah hal ini. Ketika azan berkumandang, ramai antara mereka yang masih melepak dan meneruskan kerja tanpa menghiraukan atau bergegas untuk sembahyang.

Menginjak ke alam pengajian tinggi, banyak persatuan-persatuan keagamaan dan usrah yang terdapat di tempat pengajianku. Aku cuba untuk mendekatkan diri dengan benda-benda sebegini disamping memasang niat untuk berubah lebih baik. Banyak perkara yang aku tidak tahu yang aku jahil sebelum ini telah aku ketahui setelah joint setiap aktiviti yang dianjurkan. Aku cuba menghadiri ceramah agama yang diadakan di surau dan masjid untuk menambahkan ilmu yang masih cetek ini. Dan, aku bersyukur kerana dikelilingi kawan-kawan yang amat menekankan dalam suruhan agama. Mereka juga membuat perkara bukan hanya benda wajib yang diarahkan dalam agama semata-mata, malah merperbanyakkan ibadat sunat . Pergaulan dengan kawan sebegini menyebabkan aku berusaha untuk berubah serta menguatkan amalan ibadahku. Apabila tertinggal solat, aku akan berasa kurang senang dan akan berusaha untuk menggantikan balik. Namun, pergaulan kawan-kawan di tempat pengajian bukanlah semua baik malah ada kawan-kawan aku yang boleh berubah kearah yang kurang baik keran salah pilih kawan. Ada yang mula belajar menghisap rokok, mula start couple, pemakaian kearah yang kurang elok, tetapi semua itu terpulang atas diri sendiri untuk memilih kawan yang betul atau tidak.

Ketika aku memasuki alam pekerjaan dan berhijrah ke negeri orang, barulah aku menampakkan pelbagai perangai orang tidak mengira usia umur, pangkat, dan status. Aku bekerja di industri pembuatan dimana suasana seperti dikilang- kilang lain. Boleh dikatakan pekerja yang bekerja terutama yang berhadapan dengan situasi bekerja sepanjang masa dimana sukar untuk meninggalkan kerja tersebut agak kurang untuk memikirkan soal hal sembahyang . Bagi mereka yang penting adalah waktu rehat untuk makan dan minum sambil-sambil merehatkan badan dan akan meneruskan kerja balik. Bagi aku solat merupakan perkara utama ditekan dalam agama dan untuk meninggalkannya agak berat bagiku. Sesibuk manapun, aku akan cuba mencuri masa untuk solat meskipun banyak pekerja tempat aku mengabaikan perkara ini. Sehinggakan ada yang dikatakan berstatus pak cik pun masih mengambil ringan benda ini. Aku bukanlah alim sangat, tetapi perkara itulah yang selalu dipesan oleh ibu bapaku supaya tidak meninggalkan solat walaupun berada apa jua keadaan.

Perkara ini bukan hanya berlaku di tempat kerja ku..tetapi juga di rumah sewa aku bila ada terdapat budak rumah aku yang langsung mempedulikan hal sembahyang. Yang aku sedih ada yang sanggup tidur awal tanpa menunaikan solat maghrib dan isyak,tetapi bangun tengah malam hanya semata untuk menonton perlawanan bola sepak. Panggilan azan hanya sekadar buat tidak tahu sambil meneruskan menonton movie dan bermain game. Malah ada antara mereka yang masih belum mengetahui cara dan bacaan dalam solat. Aku juga turut rasa berdosa sebab berada sebumbung dengan mereka cuba menegur secara baik tanpa merosakkan hubungan kawan baik kami. Aku berdoa agar Allah membukakan pintu hati mereka untuk berubah.

– Hamba Berdosa

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit