Kewangan atau Ketenangan

Assalammualaikum warga iium confession, boleh panggil saya Maryam (bukan nama sebenar), berumur hujung 20-an, sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak.

Hari ini saya nak luahkan perkara yang terbuku dihati saya berkenaan pilihan kerjaya atau ketenangan jiwa.

Sejak dari kecil saya ditekankan untuk mencapai tahap kerjaya yang tertinggi, memandangkan ahli keluarga saya baik dari mak ayah ke makcik dan pakcik kesemuanya berjawatan tinggi.

Katanya, dengan adanya jawatan tinggi ni, dapatlah beli rumah yang selesa, kehidupan mewah dan segala urusan akan menjadi mudah dengan adanya duit yang banyak.

Dengan mindset sebegitu, saya yakin untuk mencapai kehidupan yang selesa dan ketenangan adalah dengan adanya duit yang banyak. Saya berusaha dari kecil sampai ke dewasa, walaupun saya sangat tertekan dengan aliran pelajaran yang saya ambil dan pekerjaan saya.

Sampai lah sekarang ni saya berjaya menjejakkan kaki dalam sebuah organisasi yang besar. Dalam ranking organisasi di Malaysia, company yang saya kerja sekarang ni tersenarai dalam top 3.

Tujuan saya confess disini, saya berasa sangat tertekan dengan hidup saya. Setiap hari sebelum pergi kerja saya akan menangis semahunya kerana tak tahan dan tak tertanggung kerana ters3ksa ditempat kerja. Saya bukan nak jadi s3xist, tapi saya tak tahan kalau bekerja dengan boss perempuan.

Saya diberi projek untuk diselesaikan, seboleh2 saya dituduh oleh boss yang saya copy paste kerja tu. Saya explain macam mana skali pon, dia tetap dengan pendirian dia yang saya copy paste. Bila saya cuba pertahankan diri saya, dia akan cakap, be humble dengan dia, sampai lah saya terdiam.

Bila saya minta tunjuk ajar dengan senior, ajar pon acuh tak acuh, jenis ajar mesti dengan pakej perlian dan tinggi suara. Bila saya lost dengan apa yang dia ajar, dia akan cakap, pandai2 lah dia jenis ajar sekali je, tapi make sure jangan buat silap.

Macam mana ni? Saya jadi tak tentu arah, bila buat silap saya kena marah, bila minta tunjuk ajar tak nak ajar pula. Bila saya jadi diam dan kurang bertanya juga kena marah sebab tak bertanya. Sampai semuanya salah saya. Dah la saya ni dalam probation period.

Dengan cara macam ni saya sangat risau yang saya takkan dapat confirm4tion, tapi pada masa yang sama saya takut juga nak terus sambung bekerja disini dengan culture department sebegini. Saya tak berani nak cerita detail takut juga kantoi identiti saya.

Kerja disini juga buatkan saya sangat lonely, majority orang disini kerja sendiri2. Buat hal sendiri. Hari2 saya masuk kerja terus saya kira berapa jam saya kena bertahan di tempat kerja.

Sebelum masuk kerja saya dah start menggigil kesejukan kerana takutnya saya nak berhadapan dengan orang2 disana. Rasa macam nak sesak nafas, nak menjerit pon ada. Kadang2 saya kena lari sembunyi ditempat kosong dan menangis semahunya kerana tak tahan dengan rasa ketakutan tu.

Antara gaji saya dan suami saya, sememangnya gaji saya dua kali ganda lebih besar dari suami. Jadi majority kesenangan dan kemudahan keluarga terutama untuk anak memang saya yang uruskan.

Pernah saya terfikir untuk discuss dengan suami yang saya sangat ters3ksa bekerja, tapi suami saya pernah beritahu saya,

“Alhamdulillah awak dapat kerja kat situ, dengan keadaan ekonomi sekarang ni, tak tau lah macam mana nak uruskan keluarga kalau seorang je yang bekerja”. Terus terbantut niat saya nak discuss.

Saya pernah tanya pendapat orang, patut ke saya resign? Sudah pasti saya dilabel b****h, mengada dan tak bersyukur. Allah dah bagi kerja dan kehidupan selesa, tapi nak cari masalah dengan resign pula. kalau suami buat hal baru padan muka.

Lama kelamaan saya jadi semakin murung, dan akhirnya saya minta referral letter dari pegawai perubatan untuk jumpa dengan pakai psikiatri. Saya juga ada masalah lain selain dari tempat kerja.

Saya sangat mengharapkan bantuan dari kalian, apa yang patut saya lakukan?

Saya sangat ters3ksa dengan bekerja, tapi saya juga takut ters3ksa dengan beban kewangan dan saya LAGI takut nak berdepan dengan keluarga saya. Sudah pasti keluarga saya sangat marah kalau saya buat keputusan untuk tinggalkan company ni.

Dengan masalah covid19 yang menyukarkan lagi keadaan untuk mendapatkan pekerjaan.. adakah memang betul saya yang tidak bersyukur?

– Maryam (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *