Kewangan II

Hi semua. Sekali lagi aku coretkan perkongsian dibawah tajuk yang sama. (Ini link untuk perkongsian yg lepas, https://iiumc.com/kewangan-2/ ). Aku tertarik nak menulis confession ni lagi setelah membaca beberapa komen berkaitan vacation. Benda ni pada aku betul, sebenarnya at least kita perlukannya. Mungkin bukan setiap tahun tapi kadang2 atau jarang2. Hahaha.

Sebab itulah, untuk masa sekarang ni family aku lebih banyak meluangkan masa untuk pergi vacation sama2 di mana mak ayah aku dua2 dah tak de komitmen dalam pekerjaan. Mudah untuk bergerak sana sini. Baru2 ni kami sekeluarga pergi vacation ke satu pulau ni selama seminggu. Dan ternyata, kami agak fail dalam hal ni sebab kurang pengalaman dan juga minat yang berbeza. Hahaha. Gap between the older and younger sangat2. Mak ayah aku, dua2 tak suka adventure tapi kami adik beradik, suka sangat2.

Mungkin akan ada yg kata, kot sempat nak merasa duit simpanan…. (dan ayat seterusnya yang aku x sanggup nak sebut). Hahaha. Untuk aku, tiada apa yang merugikan selagi kita niat yang kita simpan tu untuk orang yang tersayang. Tak delah rasa rugi, melainkan kita niat nak simpan untuk masa depan sendiri. Hahahaha. Mestilah rugikan? Penat2 simpan utk diri sendiri, tapi tak dapat guna. Tak ke putih mata gitu? Memang duit bukan segalanya dan rezeki tu datangnya dari Allah. Tapi kalau kita tak usaha, mana nak datangnya rezeki. Segalanya perlukan usaha.

Untuk aku setiap orang akan ada pendapat masing2 & cara hidup masing2. Aku tak sangkal mana2 statement. Kita hanya mampu merancang, tapi segalanya tetap di tangan Allah. Apa yang aku boleh katakan, aku bahagia dengan hidup aku sebab mak aku bukan sahaja well plan malah dia mampu mencorakkan kehidupan yang baik untuk anak2 dia. Erti kata lain, dia lengkapkan kami dengan nilai2 murni yang baik.

Kami adik beradik sangat bertolak ansur dan masing2 sentiasa menasihati antara satu sama lain. Terutamanya hal berkaitan masa depan. Kami bukan jenis target kerja hebat. Tapi kami target kerja yang mampu bagi manfaat dekat orang dan semestinya mengikut minat masing2. Tiada paksaan dalam membuat keputusan. Mak ayah aku hanya menyediakan keperluan, yang decide untuk menentukan jalan hidup kami, adalah kami. Mereka hanya guide dengan memberi pendapat. Pada mereka, minat anak jangan dihalang dan jangan dipaksa mengikut kehendak ibu bapa kerana yang nak menjalani kehidupan tu anak, bukan ibu bapa. Inilah opinion yang paling buat aku sayang dekat diorang.

Mak ayah aku takkan rotan atau marah kalau anak tak dapat result ok, dia hanya akan cakap, (ayat ni kalau dia tau anak dia pandai tapi malas belajar) “kalau awak rasa awak nak hidup senang akan datang, awak belajar elok2. Mak ayah da takde nak bantu awak masa tu.” atau dia akan cakap ayat ni kalau anak ni memang dia tahu lemah “tak pelah da tak boleh buat. Buat je mana yang mampu, jangan stress2. Fokus dekat benda yang awak rasa awak boleh buat”. Inilah bagaimana mereka didik kami.

The most important part yang aku tak cerita macam mana kami diajar untuk hargai each other adalah cara kami sambut hari jadi atau special day untuk seseorang (kalau ada yang dapat result cemerlang). Kami tak buat party, tapi kami akan pergi makan kedai favourite si empunya hari jadi dan jalan2 di tempat si empunya hari jadi teringin nak pergi.

Hadiah hari jadi? Ni optional. Kalau mak ayah aku memang ada rezki lebih bulan tu, mintaklah apa yang dihajati. Confirm dapat. Tapi kadang2 hajat tu boleh ditunda utk bulan akan datang bila dia rasa apa yang diminta tu tak membazir. Aku pernah minta basikal, jam tangan branded dan juga laptop. Hahaha. Kejamkan? Tapi, alhamdulillah semua benda tu aku dapat. Hahaha. Kenapa boleh dapat? Ok, basikal tu aku dapat sebab aku terpaksa pergi sekolah naik basikal. Jadinya ayah aku belikan. Bukan yang biasa2 woi. BMX yang jejari rapat & tayar lebar.

Alasan ayah aku, nak pakai lama, biar beli yg elok sikit. (ni perangai ayah aku yang tak berapa kisah utk habiskan duit dkt benda yg dia rasa perlu). Laptop tu sebab masa tu mak aku rasa benda tu da perlu. Jadinya dia belikan. Tapi still, no internet. Hahahhaa. Jam? Aku x sure kenapa, maybe sebab dia sedih tengok aku usha je jam tu masa tengah jalan2 kat shopping mall tu kot.

Inilah bagaimana kami sekeluarga membina memori. Kami adik beradik diajar untuk menghargai setiap apa yang kami dapat & bersyukur. Tak kiralah murah atau mahal, tapi selagi ianya berguna, kami sangat2 hargai. Untuk kami, tak perlu holiday jauh2 untuk dapatkan bonding, duduk rumah main congkak sama2 pun da dianggap bonding. Hahahaha. Simple!

Disebabkan style family aku macam ni, aku kadang2 apply cara bonding kami sekeluarga yang low bajet dimana lepak dengan member di tepi pantai/tasik sambil makan bekal dari rumah dan borak2 santai. Instead of pergi jalan2 dekat shopping mall, tengok movie atau berkaraoke. Bonding yang jimat tapi impaknya lebih sebab kita akan lebih berkomunikasi.

Ok, aku rasa itu sahaja dari aku. Confession kali ini bukan sebab nak membalas komen2 negatif. Tidak sama sekali, aku hanya perjelaskan yang setiap orang ada cara masing2 dalam merapatkam ukhwah. Confession yang lalu aku tak cerita details sbb aku rasa macam tak perlu. Hahaha. Apa2 pun, vacation & jalan2 tu penting tapi tak semestinya perlu jauh2. Yang penting dapat ke tidak ukhwah tu terjalin dan input apa yg anak2 dapat.

– Mia

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *