Keyakinan Diri Yang Hilang Kerana Keluarga

Assalamualaikum, aku ada terbaca kisah yang tidak bahagia di rumah. Jadi aku pun nak bercerita, aku pun degree holder dan masih tak berkerja.

Aku dah berkahwin ketika masih belajar, tapi aku ada satu masalah yang agak kurang keyakinan diri untuk bekerja, sebab aku ada masalah tak yakin,

Mampu ke aku buat ni sedangkan masa belajar CGPA agak tinggi tapi masa belajar lain. Kita tak buat kerja untuk orang dan orang tak bayar gaji.

Takut expectation majikan tinggi sedangkan aku ni bukanlah hebat mana.. banyak benda masih belum tahu..

Jadi aku faham, mungkin adik yang confess ada masalah sama dengan aku sebab tu dia masih mengganggur walau dah habis degree..

Kenapa aku cakap keyakinan diri hilang sebab keluarga kerana adik beradik aku 8 orang, boleh kata semua pengganggur.

Mak aku daripada kecik, semua benda dia buatkan untuk anak2.. dia tak suka dan tak pernah ajar kami smua buat kerja rumah dari kecik sebab dia tak suka contohnya apa yang kami bantu tak sesuai dengan apa yang dia nak.

Kalau masak, lambat. Potong bawang lambat. So elok tengah menolong, dia asyik membebel kata tak kena la. Lambat la. Tak cuci la. Terus dia suruh kita berhenti buat. Jadi dia tak ajar kita untuk belajar sesuatu. Adik aku, dah umur 21 tahun.

Sebiji telur pun tak reti goreng, sebab mak aku daripada dulu, nasi pun mak aku hidangkan untuk kami anak anak. Kiranya daripada kecik, mak aku tak pernah ajar kami dan bagi kami buat sendiri atau train skill kitaorang.

Jadi boleh kata, bila dah besar memang adik beradik aku semua duk berkepit dengan ketiak mak aku dan tak berani keluar untuk beerkerja dengan orang lain.

Belum lagi abang abang aku yang terlibat dengan dadahnya duk mintak duit tiap hari dengan mak aku.

Aku tahu mesti ada yang kata, dah besar buat la sendiri. Korang faham tak, bila skill tu kita tak pupuk dari kecik tak diajar langsung buat apa kerja, dengan panas barannya masing2, so bila ditegur bila dah besar ni memang tak boleh.

Dah keras dah.. pernah je abang2 dan adik aku kerja dengan pakcik aku ke apa, tapi sehari dua je bertahan sebab jenis panas baran, orang tegur sikit terus bergaduh dengan pekerja lain sebab jenis dari kecik tak pernah keje penat..

jadi memang pantang ditegur la masing masing.. adab pun memang totally out semua. Keras kepala dan macam macam lagi.

Aku kahwin masa belajar sebab aku dulu sebelum kahwin, memang tekanan sangat sampai dah banyak kali nak bunuh diri sebab aku ada adik beradik yang ramai penagih,

Jadi diorang suka bergaduh minta duit dengan mak aku, bila aku tegur sikit habis aku disepak terajang.

Cuti sem aku 3 bulan dulu bagai neraka la bagi aku.. sebab duk dengar adik beradik bertumbuk, maki maki mak aku sebab nak duit.

Lastly lepas jumpa jodoh sesuai, aku kahwin. Ni dah masuk 6 tahun kahwin. Anak sorang.. aku terus kuar dari rumah tu lepas kawin, cuti sem pun balik rumah aku dan suami.

Alhamdulillah sejak kahwin, baru lah mental aku ok dan ada sinar sebab dapat suami yang tersangatla baik sangat berbeza dengan keluarga aku. Suami aku memang dibesarkan dengan keluarga yang soleh. Sangat penyabar, soft spoken..

Aku sangat sayang kat keluarga suami dan ipar duai, sebab masa aku susah dari segi kewangan masa belajar ke apa, diorang yang banyak bantu aku dan suami. Kiranya diorang selalu ada untuk aku kala susah dan senang.

Adik beradik aku tak pun, kalau berjumpa memang selalu cakap pasal duit duit je. Ibarat semua benda berkisar tentang duit je. Aku plak memang pemarah tapi berkat suami yang baik, aku much better bila dah kahwin ni.. kurang marah marah..

Tapi boleh kata semua adik beradik aku ada sifat ni pemarah dan suka memaki. Aku dah tak memaki sejak kahwin, tapi mudah marah emosi masih ada.

Macam mana nak hilangkan ya sedangkan aku dah banyak mengaji dan solat. Jaga ibadah dah sekarang. (sebelum kahwin tak pernah solat) ?

Jadi bila dah ada anak ni, aku cuba sebaik mungkin develop skill untuk anak aku.

Ajar dia buat itu ini, ajar dia buat kerja rumah, sebab aku nak jadi ibu bapa yang terbaik untuk anak aku.. tolong bagi kata semangat ye untuk aku terus berjuang kawal amarah aku.

– Bunga (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *