Khalieda Yusra

[Kami approve post ni bukan untuk menyerang sesiapa ya. Sekadar untuk menengahkan isu semasa untuk perbincangan umum – Admin]

Khalieda Yusra.

Siapa yang selalu bertandang kat media sosial, kebanyakan mesti biasa dengar nama ni? Apa? Tak kenal? Kalau aku sebut ‘KIEDA’?

Dengan tagline dia HQ Kieda Crepe Penang? Soalannya disini, siapa yang tak suka dia, cuba angkat tangan.

Aku salah sorang yang tak suka dia, betul betul tak berkenan kat dia. Awal awal aku tengok appearance dia di media sosial, dalam hati aku bercakap cakap pasal dia.

“Bisingnya mulut dia ni? Kasar betul cara dia cakap”

“Ramai betul orang beratur kedai dia, dia jual apa sampai orang jadi gila macam tu sekali?”

Pendek kata, cara Kieda muncul di media sosial memang membuat aku rasa, eh orang macam ni pun fans dia bersusun? Entah apa apalah?

Bagi aku standard influencer terbaik adalah Khairul Aming dan belum ada yang boleh beat dia di pandangan mata aku even sampai sekarang. The intelligent and calm Khairul Aming.

Bila isu Kieda complaint pasal staff Lotus’s tak tolong dia angkat barang sebab dia beli nilai beribu ribu aku be like ;

“Sejak bila pulak staff Lotus’s ni kena angkat barang customer? Yang bukan bukan je la dia ni?”

Sampailah tiba tiba Anas founder kosmetik tu bagi jemputan untuk Kieda dan suami dia pergi umrah satu team dengan influencer yang dah dipilih, aku macam ;

“Kenapa orang nak sponsor umrah bagai? Business kencang, gelang pun lebar lebar haa, lebih dari mampu kalau dia nak terbang pergi umrah sendiri, dok taja taja dia buat apa, baik taja orang susah.”

Eh tak habis fikir aku dibuatnya. Aku bukannya sengaja pergi cari Kieda kat media sosial sebab nak ambil tahu sangat pasal dia, tapi dia memang kerap lalu FYP aku.

Tapi pendek kata, 10 video dia lalu FYP, 9 darinya aku macam ‘mehhhhhhhh’. Dalam dok ‘mehhhhh’ tu aku tengok jugak sampai habis. See the problem? I am the problem!

Aku mula senyum tengok video Kieda bila aku tengok dia buat content dengan dua orang anak bujang dia, tambah tambah dengan si adik Hadif (maaf kalau salah).

Hadif ni bagi aku the starting point yang aku rasa telah menghilangkan separuh dari rasa annoyed aku dengan Kieda.

Aku suka tengok Kieda convince Hadif yang dialah yang mengandungkan dan beranakkan dia. Bukan ‘Ma’ (nenek – kami orang utara panggil ‘tok’) yang beranakkan dia. Aku rasa lawak betul tengok Hadif dengan Kieda.

Kemudian aku tengok parents Kieda, mama dan abah dia. Kemudian timbul pasal adik beradik dia. Oh baru aku tahu 3 orang yang teratas perempuan, 2 yang terakhir barulah lelaki.

To be honest, aku sangat suka tengok cara Kieda layan abah dan mama dia, tapi fokus tu cara dia layan abah dia la.

Sebab, aku masih ada abah, cuma we are not that close, tak berani melawak lebih kurang, but I really hope boleh ada bonding seakrab tu dengan abah sendiri.

Ada satu kes yang Kieda kena kecam satu Malaysia, tapi aku tak ingat kes apa. Kieda kan banyak kontroversi. Waktu tu muncul ‘saudara mara’ dia long time lost untuk bergabung dengan netizen dan blow up the fire untuk kecam Kieda to the next level.

Masa tu baru aku tahu, satu masa dulu, famili Kieda ada internal problem sampai kena hina kena halau dari rumah. 

Ada yang tak suka mama dia. Suruh abah mama dia cerai sebab ‘tak suka’ mama dia. I don’t know exactly apa ‘kejahatan’ mama dia sampai orang nak dia diceraikan. Cuma aku ingat wajah mak sendiri. 

Mak aku pun ada seketul dua ipar duai tak suka dan cuba diapi apikan abah aku supaya mak aku diceraikan.

Padahal mak aku nikah dengan abah bukan sebab cinta mati, tapi sebab tok tokwan sebelah abah yang beriya nak bermenantukan mak aku sebab mak aku ada karier yang wow pada zaman tu. 

Bila aku lahir dan umur setahun, abah suruh mak resign dan sejak mak tak ada income sendiri, yang suka sangat dengan mak aku pun dah nak taknak je pandang.

Sejak aku lahir sampai sekarang, apa jahat orang buat mak aku tak pernah balas. Paling teruk, menangis sorang sorang. Doakan yang tak baik pun tak pernah. Kerja mak aku, let go katanya, Tuhan tahu semua.

Jadi aku rasa mak Kieda tak perlu jadi villain pun untuk orang benci dia. Orang baik pun akan ada orang tak suka. Khalas.

Kat situ aku mula faham, inilah kot sebabnya Allah cipta Kieda ni lahir sebagai manusia yang vokal. Sebagai pembela kepada mama dan abah dia.

Sampai aku pulak terfikir, kan bagus rempang (main langgar je / lantang) macam Kieda ni, senang aku nak sound manusia yang sakitkan hati mak aku.

Aku ni anak sulung, aku tahu semua yang berlaku dalam rumahtangga mak abah aku. Cuma Allah tak bagi kelantangan bercakap tu pada aku. 

Di pihak Kieda, hujung hujung baru mama abah dia ada waris lelaki, memang patut Allah cipta Kieda macam tu sebab adik adik lelaki dia baru nak besar, belum cukup kuat nak membela keluarga dari kejahatan perbuatan orang.

Dia jadi superpower sebab Kieda anak nombor dua dengan dengan kelantangan bersuara. Yang tahu je tahu anak nombor dua ni, dia punya terjal tahap macam mana. 

Dalam masa yang sama Allah bagi kekuatan kewangan pada dia, dengan cara tu dia boleh angkat maruah keluarga dia ke level yang lebih baik. Maklumlah, zaman millenial ni kalau tak berduit, orang pun jarang nak mengaku kawan apa lagi saudara kan?

Pasal umrah tu, bermain main difikiran aku, kalau Allah dah jemput tu, apa cara pun dia pasti akan sampai sebenarnya.

Sebab aku dah tengok, yang tak ada duit pun sampai sebab Allah dah jemput. Tinggallah aku yang belum sampai rezeki bertamu ke Tanah Haram.

Disaat baru baru ni abah Kieda ‘berangkat’ pulang ke negeri abadi, airmata aku jatuh sama. Aku teringat segala conversation yang Kieda share pasal abah dia. Arwah Pakcik Jais tu aku tak kenal pun.

Tapi tengok Kieda, tahulah aku arwah abah dia antara pemegang saham terbesar dalam hati dia. Bila isu terbaru ni timbul sampai orang sebut sebut tentang kematian abah dia dalam live dia, that was too much brothers and sisters.

Benci dia macam mana pun, serang, tikam, cincang, sembelih, bunuh dia, HANYA DIA. Bukan orang tua dia, tambah tambah yang dah berbeza alam.

Kes Ustaz Azhar Idrus hurai hukum tak sah jual beli kalau ada salah satu dari dua side penjual dan pembeli tak redha dengan urusniaga tu. Atas dasar hukum, tak ada pertikaian perkara tu betul. Apa pun urusan kita atas dunia, kita mesti mengharap Allah redha.

Aku dengar lama dah support vendor dulu baru support Kieda. Dia bukan baru buat. Dari awal kemunculan HQ Kieda Crepe Penang, rasanya memang dia dah implement sistem support vendor ni.

Persoalannya adakah lautan manusia yang beratur berlingkar lingkar kat bawah kedai dia, kedai buka pukul 3 petang tapi pukul 7 pagi dah bawak tikar picnic kat depan pintu kedai dia sebab nak jadi orang pertama membeli untuk hari tu, adakah pelanggan tu tak redha? 

Serius aku hairan depa ramai ramai gigih beratur kat depan tu tapi depa tak redha? Bukan beratur nak beli makanan ruji macam beras ke? Dessert je pun?

Benda yang kalau tak dapat makan insya Allah tak mati but more to satisfy nafsu makan, nafsu mata bila tengok Kieda promote produk dia dan produk vendor dia. Macam sedap, nak rasalah, jom pi beli?

Formula dia mudah, kalau hangpa tak suka sistem Kieda, ada berlambak kedai vendor dessert di Kepala Batas dan Bertam. Tak payah beratur lama, ambik, bayar dan balik. Kenapa hangpa tak pi?

Kenapa Kieda pulun sangat suruh support vendor? Mesti sebab Kieda nak makan komisen jual produk vendor kan? Nak untung banyak.

Ada ke orang meniaga bercita cita nak rugi? Business kalau nak sustain kena la ada profit. Kalau tak profit macam mana nak sambung bernafas esok? 

Kieda Crepe ni dah jadi brand besar dalam dunia dessert. Dah jadi dessert yang ‘branded’. Tengok kedai kedai yang jual produk dia sekarang, yang hidup segan mati tak mahu pun ada yang revive balik. Depa tumpang populariti Kieda.

Sama jugak dengan semua vendor yang bernaung bawah Kieda. Let say kita assume produk depa memang sedap, tapi sedap saja tak cukup kalau platform marketing sendu.

Kieda guna diri dia sebagai branding, komisen yang Kieda ambil tu sebagai upah dia buat kerja marketing yang vendor vendor dia tak mampu buat.

Berbalik kepada sistem support vendor dengan nilai RM yang dia dah set, rasanya tujuan dia buka kedai memang untuk vendor letak barang. Vendor dia pulak asalnya surirumah, ibu tunggal dan golongan yang hanya boleh bekerja dari rumah.

Kalau dia semata mata nak push crepe dia, baik dia stay beroperasi dari rumah. Dia pun tak pening nak bayar bil elektrik RM7000-8000 sebulan. Hangpa tau kan tariff elektrik dengan rumah kediaman berbeza? 

Suka tak suka, Kieda kena push sale barang vendor dia supaya vendor dia ada income untuk survival dan boleh pusing modal untuk buat produk continuously.

Makanan basah kalau tak habis, hayat dia untuk sehari tu je la. Kalau pun esok masih elok, orang yang fikirkan keselamatan dan kesihatan orang lain takkan tergamak letak balik makanan semalam atas rak.

Jadi aku rasa wajar ada sistem untuk bantu makanan yang cepat rosak ni habis. Lagi pun bukan ada satu dua je makanan dalam kedai dia, hangpa combine la apa apa makanan yang hangpa suka.

Bukan dia paksa hangpa beli nasi goreng untuk semua orang, sampai hang yang allergic nasi pun kena beli nasi jugak semata mata nak dapat crepe dia.

Satu lagi, cerita sedih ;

“Kami ada duit cukup cukup untuk beli crepe saja, kami tak mampu support vendor sampai berpuluh puluh ringgit.”

Adik kakak semua, crepe semua sama. Ada kulit nipis kat luar, ada fresh cream kat dalam dan ada filling untuk perasa crepe tu.

Resepi kulit tu memang lain lain tapi basic dia sama. Fresh cream beli kat kedai bakeri 1 kotak, putar sendiri sampai kembang. Filling tu semua beli kat kedai bakeri, bukan ada resepi khas pun. Secara asasnya bahan crepe sama. 

Seandainya idaman hati tu hanya nak makan crepe, any crepe from any brand will do. Kalau hangpa rajin, hangpa lenggang kulit crepe tu sendiri, boleh bubuh filling setimba untuk setiap biji crepe. Lagi banyak dari filling Kieda.

Tapi kenapalah orang dok laung laung Kieda kena bagi pilihan untuk orang beli crepe dia saja. Dia tuan kedai tapi tak ada hak untuk protect sistem sendiri?

Macam ada anak tapi tak ada hak nak membentuk anak sendiri. Padahal penat bawak perut 9 bulan, dah terzahir jadi orang, tak boleh nak besarkan ikut kemahuan sendiri?

Adik kakak, jangan terbiasa buka cerita sedih nak makan crepe Kieda tapi tak mampu. Kenapa open pada public dan mintak orang tunduk pada kemahuan dan ketidakmampuan kita.

Adakah mengharap Kieda rasa kasihan dan jemput adik kakak datang ambil crepe percuma? Kieda orang meniaga, sekali dia buat macam tu, sejuta lagi kes macam tu akan timbul. Jenuhlah dia nak sponsor semua. 

Barang crepe dia semua beli pakai duit. Let say ada yang mengandung 8 bulan dah, tapi teringin sangat nak makan crepe tu tapi sungguh sungguh tak mampu. Hangpa semua main media sosial kan, kenal button PM, DM kan?

Gunalah button tu sebaiknya, cerita apa yang hangpa nak cerita. Dah cuba kat situ, doalah mintak Allah bukakan rezeki. Jangan buka hal kekurangan diri pada public, nanti macam macam orang speculate pasal kehidupan hangpa.

Kalau kita jumpa beg ‘Gucci’ kat pasar malam dengan harga RM35, kita masuk mall nampak Gucci dengan tag harga RM3,500 landing cantik dalam butik dia, kita pun tak pi cakap kat sales dalam kedai tu, saya nak beg ni dengan harga RM35.

What ever happens, I only pay RM35 and I insist this bag. Kita siapa nak atur semua tu?

Untuk mencapai tahap from RM35 to RM3500, it takes blood, sweat and tears tau. Kita kena belajar hormat susah payah dan pengorbanan orang lain sampai dia boleh bersandar dengan tenang pada takhta dia.

Hangpa mungkin akan ingat aku ni army Kieda kan. Sejujurnya, dah dekat setahun Kieda buka kedai, sebiji crepe dia pun aku tak pernah beli dan tak pernah rasa. Tak pernah sekali pun support sistem vendor dia.

Makanan vendor dan crepe dia nampak sedap, cuma belum cukup inviting untuk aku berjuang beratur dengan peminat dia. Plus bersesak sesak ramai never be my style, ini include ajak p karnival ke, pasar malam ke, konsert ke, memang tak. 

Cuma setiap kali lalu kat bawah kedai dia nak pi ke Nuhayra Brew nak beli iced latte untuk husband dan iced chocolate untuk aku, aku selalu cakap dahsyat ye penangan kedai Kieda ni.

Ramai betul orang queue nak masuk kedai dia. Syok berniaga macam ni. Yang beratur pun chill chill je muka, tak ada yang grumpy sebab tak redha nak ikut sistem dia.

Untuk Kieda, kak bukanlah die hard fans Kieda, tapi kak ucapkan tahniah atas segala susah payah kita bantu naikkan ekonomi orang orang setempat. Terima kasih tak terbang sorang sorang. Mesti beratkan nak angkat semua terbang ramai ramai sebagai satu team. 

Kieda ni berani, jadi kak rasa satu hari nanti Kieda patut hire seseorang untuk ajar Kieda softskill dalam communication.

Kalau Kieda dah pandai softskill ni, kak yakin keadaan akan bertambah baik, boleh bersaing dengan Khairul Aming kot.

Sorry if any part of my words did hurt you. Semoga Kieda terus kuat untuk bantu seluruh team yang berusaha cari rezeki yang halal, insya Allah.

– Bukan Army Kieda (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *