Khas Buat Graduan Yang Menganggur

Assalamualaikum dan hai. Aku tertarik nak memberi respon kepada confession adik Graduan Yang Menganggur (https://iiumc.com/graduan-yang-menganggur/).

Aku bahasakan diri sebagai kakak jelah ok. Masih hingusan dalam bidang pekerjaan. Mula bekerja tahun 2009, dan alhamdulillah sehingga sekarang masih diberi rezeki bekerja.

Bila kakak baca, adik dah setahun tak dapat kerja mungkin sebab adik hanya fokus kepada, grad dalam bidang engineering perlu kerja sebagai engineer.

Kakak grad dalam bidang IT. CGPA pun suam-suam je dik. Tapi kakak cuba la approach mana-mana IT company,

Dan alhamdulillah kakak dapat kerja sebagai IT analyst di sebuah syarikat kecil dengan gaji RM2000. Lepas 8 bulan, semua pekerja diberhentikan dan syarikat gulung tikar. Haha.

Kakak tak buang masa, kakak apply je semua kerja yang ada dalam JobStreet. Masa tu yang paling femes pun JobStreet je dik. Takde banyak platform mcm sekarang.

Mana-mana syarikat IT semua mahukan pekerja yang ada experience. Kakak pun hangin juga. Kalau semua nak yang experienced worker, macam mana fresh grad nak ada dapat experience.

Kakak teruskan mencari apa-apa je kerja yang advertised dalam JobStreet. Kakak nampak bidang customer service je yang banyak mencari fresh grad. Jadi kakak pun apply.

Alhamdulillah. Sangkut jugak. Kakak sempat pegi training as customer service for telco company. Tak banyak pun gaji. Dalan RM1400, tapi better than nothing kan?

Lagipun kakak ada komitmen kereta sport sebulan dalam RM400 untuk dibayar. Sebab tu kakak sauk je.

Dalam masa yang sama kakak masih tekun apply kerja lain. Kerja apa yang kakak tak apply. Guard di Jusco pun kakak pernah apply. Tapi diorang tak panggil kakak interview pun. Kecewa kakak.

Lepas 2 bulan sebagai customer service, kakak dapat panggilan interview untuk IT helpdesk. Kakak sauk je.

Masa tu kakak update cv bagitau sekarang bekerja sebagai customer service. Alhamdulillah, dapat gaji RM2500, contract position. Masa ni kakak pulun belajar omputih dik.

Yelah jadi IT helpdesk. English kena power. Troubleshooting skill pun kena power. Sampai kakak demam tiap-tiap bulan. Tapi kakak masih pergi kerja.

Tak sampai setahun selepas tu kakak plan nak kahwin. Jadi kakak fikir kena cari kerja yang bagi jaminan sikit untuk kakak dan keluarga (kakak berangan jauh).

Jadi kakak apply lagi dan dapat kerja lain, post yang sama, gaji yang sama tapi permanent position, dengan benefits yang sangat memuaskan.

Alhamdulillah, tahun ni kakak dah berada di company yang sama selama 9 tahun, dah pegang 3 post berbeza. Berpindah team/ department je.

Kakak cuma nak nasihatkan, adik cuba je mana-mana kerja yang adik rasa mampu buat, belajar ilmu/ skill baru.

Kakak tau, masa kita belajar mungkin kita ada cita-cita nak jadi itu ini, specialized in bidang tertentu, tapi tak semestinya kita akan capai.

Laluan rezeki kita untuk jadi apa yang kita idamkan mungkin jauh. Lorongnya berputar-putar.

Tapi kalau adik sabar, tempuh je, insyaallah, lama-lama adik akan hargai pengalaman yang adik dapat sepanjang perjalanan career adik.

Akhir sekali, apply saja kerja apa yang ada. Cabar diri sendiri untuk belajar sesuatu yang baru. Jangan tunggu peluang datang kepada kita. Kita yang perlu merebut peluang.

Kakak faham sekarang zaman yang mencabar sangat. Semoga Allah permudahkan urusan semua adik-adik fresh graduate yang dalam proses mencari pekerjaan. Caiyok!

– Walinong Sari (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *