Khas Untuk Bisnes MLM

Assalamualikum semua. Aku dah lama nak menulis pasal MLM ni, tapi tak tertulis. Disebabkan dah ada yang menulis, aku nak tambah sikit dari apa yang aku lalui.

Boleh baca ‘Khas Untuk Penjual Supplement MLM’ di sini, (https://iiumc.com/khas-untuk-penjual-supplement-mlm/).

Aku pernah suatu masa dulu jadi surirumah, aku berhenti kerja sebab ikut suami pindah ke negeri lain. Aku rasa down sangat selama aku tak kerja. Ye la, dah biasa kerja, dah tiap bulan ada income, tetiba semua tu tak ada.

Puas aku cari kerja baru di tempat baru, namun belum rezeki. Jadi untuk kelangsungan hidup, aku perlu buat sesuatu. Kerja dari rumah. Makanya aku pon google la bisnes apa yang boleh buat duit. Dan aku pon berkenalan dengan sifu shake-shake.

Dan dia kenalkan aku dengan upline aku. Kami pon friend di FB. Banyak kata-kata semangat dia bagi. Upline aku pon ajar cara buat blog, cara nak iklankan di FB, cara buat ebook, cara makan vitamin. Dan macam-macam lagi.

Bermula la episod aku menjadi pengedar shake-shake. Jujur aku cakap, sepanjang aku menulis di blog atau buat iklan untuk promote kan produk tu, hati aku betul-betul tak menjiwai.

Aku selalu tanya, betul ke apa yang aku buat ni? Betul ke vitamin ni bagus untuk orang sakit ni? Betul ke untuk sakit jantung? Kalua m4ti orang tu macam mana? Berkat ke kerja mcm ni, kena pura-pura pandai pada bidang yang bukan kita ahlinya?

Untuk pengetahuan korang, aku ni belajar engineering, dan aku dah terbiasa, setiap kerja aku, perlu direkodkan, perlu ada punca masalah, perlu ada method, perlu ada calculation, perlu ada result, perlu ada conclusion. Haaaa macam buat thesis gitu.

Setiap kerja aku bagi pada operator, seperti SOP kerja, aku kena collect data, kena follow up, kena keluarkan report.

Setiap mesin baru masuk ke kilang, aku kena try dulu, kena pastikan mesin tu selamat dahulu sebelum bagi operator guna. Ye la, buatnya tak selamat, mau putus jari anak orang.

So, benda ni la yang aku tak buat masa aku jadi pengedar shake-shake. Pada pendapat aku, orang MLM ni memang nak duit jek. Pandai-pandai suruh orang beli ubat itu ini. Untuk jantung la, untuk kencing manis la, untuk darah tinggi la.

Kau ada buat test? Ada diagnos pesakit? Ada x-tray? Setakat matching kan symptom pesakit dengan list yang kau ada, lepas tu kau bagi ubat.

Pastu kau racun pesakit tu, suruh jangan percaya cakap doctor, jangan makan ubat hospital, tak bagus katanya. Jangan buat operation.

Kau rasa betul ke apa yang kau buat? Lepas tu, kau ada follow up ke pesakit tu? Sebelum makan ubat kau, bacaan kencing manis dia berapa?

Lepas makan ubat, bacaan kencing manis dia turun berapa? Kau ada collect data? Tak ada kan?

Aku batuk tak baik-baik pon, bila aku pergi jumpa doctor pakar, dia yang pakar banyak ilmu pon masih suruh aku pergi x-tray paru-paru tau. Haaa… tu batuk jek tau.

Ini pulak pandai-pandai korang suruh pesakit kronik makan ubat korang, sakit jantung, kencing manis. try and error jek cadangan korang tu. Based on testimony. Tak rasa bersalah ke? Tak kan?

Korang memang niaga nak duit jek, tapi gunakan perkataan ‘dapat bantu orang’. aihhh menyampah sangat.

Ada yang siap jual produk untuk cuci usus. Katanya usus tersumbat, perlu dicuci. Pandai-pandai kau jek. Dah macam doctor pakar aku tengok kau ni. Hahahaha.

Pernah masa aku mengandung, ada kawan di tempat kerja, dia jual produk MLM. Dia cadangkan aku makan vitamin, konon nya nak mudah bersalin nanti. Aku cakap, aku tak berani nak makan apa-apa sebab aku GDM.

Aku takut. Lepas tu, dia tanya set berpantang dah beli ke? Dia suruh beli dengan dia set berpantang. Aku cakap, aku memang dah biasa makan Nano Nogay dari anak pertama lagi. Malas aku nak layan.

Tak habis takat tu, lepas bersalin, aku agak berisi masa naik kerja. Bila dia ternampak aku, dia cakap nak cuba tak set kurus, dia akan guide aku sampai berjaya.

Hello, kau pon badan macam makcik-makcik, please la turun kan berat badan diri sendiri dulu sebelum nak guide orang. hahaha

Aku memang tak boleh nak terus menipu diri aku dengan pandai-pandai jual obat. Aku bukan pakar dalam bidang tu.

Alhamdulillah, Allah kabulkan doa aku. Aku dapat kerja. Makan gaji jek. Walaupon tak kaya raya mcm upline-upline MLM tu, tapi aku tak perlu berpura-pura pandai dalam bidang yang aku tak belajar.

Tambahan, bisnes shake-shake yang aku buat pon, tak kemana, rugi ada la, sebab upline aku ajar buat FB advertising tu. Yang tu setiap orang click iklan kita, kita kena bayar ke FB.

Dan aku pon jenis tak sampai hati nak ambil duit orang, aku selalu jual harga ahli jek. Sebab kesian. So tak ada untung. Pendek kata, aku ni memang tak sesuai niaga, sebab aku mudah kesian kat orang. Lebih baik aku makan gaji sahaja.

Setiap pagi, ada la keluar kata-kata motivasi dari orang-orang MLM ni, ‘kita bisnes niat bantu orang’, ‘bangun pagi fikir nak bantu siapa hari ni’ dll… Ye ye bagus la ada kata-kata semangat macam ni.

Tapi betul ke bantu? Hahahah.. Ke sebenarnya bantu kau untuk kau pakai kereta Mers, BMW, menaja percutian mewah kau, membantu kau pergi travel.

Sebab yang kita tahu, produk MLM ni memang overprice. Overprice sebab nak bayar gaji upline-upline yang puluh ribu, ratus ribu tu la. Nak menaja percutian diva orang-orang yang capai target sales.

Hahahaha…. Tak ada nya nak bantu orang ramai. Semua demi poket sendiri. Aku sekarang, kalau nak makan apa-apa vitamin, aku beli jek kat farmasi, Bluemore ke, Kordil ke, jauh lebih murah sebab dia tak ada konsep MLM.

Seterusnya, bila aku dah dapat kerja, aku memang dah tak jual shake-shake tu. Aku focus apa yang aku ada. Hobi aku memang suka pergi travel, aku nak buktikan pada kawan-kawan MLM, orang makan gaji pon boleh pergi travel la.

Ye la kalau dah selalu sangat dorang promote ‘tak nak ke bebas, tak payah punch- in punch-out kerja, kerja ikut time kita, boleh pergi travel, time freedom, money freedom’.

Hello… kau ingat orang buat MLM jek ke boleh pergi travel. Aku buktikan aku pon boleh pergi travel dengan makan gaji la.

Alhamdulillah, aku memang minat travel, tak payah jual obat pon boleh pergi travel. Janji duit gaji pandai manage. Pandai saving untuk tabung travel. Setakat ni, Erapoh pon aku dah sampai dengan duit gaji yang tak seberapa tu.

Upline aku dan sifu yang aku berkenalan dulu tu, terus buat-buat tak kenal aku lepas aku tinggalkan dunia MLM ni.. hahaha.. Dulu ada la juga like gambar aku. Tapi sekarang memang tak ada la… lagi-lagi gambar aku pergi travel. Tapi tak apa la, aku tak kesah pon.

Bukan aku rapat pon dengan dorang. Kenal pon di alam maya. Aku pon unfollow jek FB dorang. Tapi, ada sorang kawan aku, yang memang kenal dah lama, dia pon jual shake-shake, tapi bukan upline aku dan bukan downline aku, dia pon terus dingin dengan aku. Hahaha..

Yang aku perasan, lepas aku banyak pergi travel jauh-jauh, terus dia dingin dengan aku. Mungkin dia jeles dengan rezeki aku.. ye lah dah itu vision dia selalu post di FB ‘to be traveller’ la.. ‘travel selalu’ la.. tapi aku tengok, tak pergi mana pon lagi.

Selain dari MLM, ada juga kawan-kawan aku yang kaki bisnes, tapi bukan MLM. Pon begitu perangainya. Kalau dulu, nak like, nak komen gambar aku, tak jadi masalah.

Tapi sekarang, menyepi dan dingin. Mungkin jeles. Tak tak aku bukan giler like atau komen, aku jenis tak kisah pon. Aku pon tak ramai follower di IG. Tapi aku just nak tengok the true color org orang-orang macam ni.

Orang macam mana?

1. Dia tak pernah like gambar kau, tak pernah komen, pendek kata memang sombong la. Tetiba dia like gambar kau, dia komen gambar kau. Rupanya tengah set up bisnes atau tengah join MLM. Orang bisnes kan kena ramai kawan, mulut kena manis.

2. Kawan yang baik dengan aku, yang memang saling like & komen gambar sama-sama, tetiba dia senyap. Terus macam tak kenal, sebab tengok diri kita lebih dari dia.

Biasa kalau dalam friend list aku ni, dia mesti orang MLM atau dia jual-jual barang. Orang macam ni memang aku unfollow, jenis busuk hati dengan rezeki kawan-kawan. Sorry…

3. Kawan yang tetiba pm kita ajak bisnes, kalau sikit-sikit modal tak apa jugak, aku tengok selalu dia letak kat newsfeed dia, dia cari rakan niaga yang ada 150k… giler apa..

Aku kalau ada 150k, baik aku bisnes sendiri. Buka restaurant ke, buka spa ke. Tak ada nya aku nak bagi dia bulat-bulat 150k.

Sorry, aku memang tak reply message dia. Dan kesudahannya, dia memang unfollow IG aku. Macam mana aku tahu? Aku perasan la, kalau dulu dia suka komen gambar aku, tetiba senyap menyepi… hahaha.. harus la aku cari tahu. Kawan dari sekolah menengah kot.

Kesimpulannya di sini, aku memang menyampah dengan orang MLM ni. Aku pon banyak jek join bisnes MLM, tapi memang untuk kegunaan sendiri.

Contoh pencuci pinggan xxx, aku tak boleh kalau tak beli sebab kulit tangan aku sensitive. Haaa… macam tu jek la… kegunaan sendiri. Aku jadi ahli sebab nak murah.

Ok sekian. Sorry kalau panjang sangat…

– Monah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *