Khas Untuk Para Su4mi dan Ustaz

Assalamualaikum. Artikel ini saya tujukan khas untuk para suami dan ustaz ustaz.

Berikutan isu hot PS dan SY, asalnya saya lebih suka berdiam sahaja. Tetapi bila terbaca ulasan ustaz ustaz, saya rasa meluat dan geram. Terpanggil juga untuk berkongsi luahan hati.

Bila keluar isu rumah tangga begini, ustaz-ustaz, PU PU komen, “Isteri jangan aibkan suami, Isteri derhaka minta cerai jika suami kahwin lain, isteri tidak bersyukur, dll”

Amboi amboi. Komen-komen dan pendapat macam nilah yang membuatkan ramai isteri menderita. Komen yang sentiasa membenarkan setiap perbuatan suami walaupun salah.

Nampak salah pada isteri sahaja, Kenapa ustaz tidak tegur kesalahan suami? Sedangkan suami ketua keluarga.

Cuba buat kajian, kaji berapa ramai isteri yang :

1. Ditinggalkan suami bergantung tidak bertali.

2. Isteri yang menanggung nafkah keluarga.

3. Isteri yang penat bekerja, balik rumah terpaksa uruskan anak anak dan rumah tangga. Sedangkan suami senang lenang makan tidur, tengok movie.

4. Isteri yang sakit, malahan ada yang koma diatas perbuatan jahat suami.

Malah pelbagai lagi penderitaan yang para isteri tanggung.

Siapa yang nak bertanggungjawab pada semua itu? Orang hanya pandai nasihat, sabar, sabar. Tahap kesabaran seorang isteri ada hadnya.

Jika seorang penceramah pergi ceramah, bayaran sebagai penceramah tertunggak dua tiga bulan pun mereka dah berbunyi.

Inikan pula kami para isteri yang bertahun tahun tanggung derita. Oleh itu, selidik dulu sebelum nak komen.

Katanya berdosa aibkan suami. Tapi tahap kesabaran ada batasnya.

Ya mengadu pada Allah. Kisah benar yang berlaku pada saya, bertahun-tahun membela suami yang tidak bertanggungjawab.

Sampai satu tahap, hari hari saya berdoa, moga Allah beri balasan pada suami saya.

Dengan kuasa Allah, hari suami saya pergi bercuti bersama keluarganya (sedangkan duit yang mereka gunakan itu sepatutnya untuk persekolahan anak anak saya), suami dan keluarganya kemalangan.

Maka saya simpulkan disini, para isteri kepada suami suami yang tidak bertanggungjawab, marilah kita berdoa semoga Allah berikan balasan di atas muka bumi ini juga, atas sifat tidak bertanggungjawab para suami.

Lepas ni, mereka akan kata pula, berdosa doakan begitu. Habis apa yang betul untuk kami para isteri?

– Musytari Mustar (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *