Khilaf Sang Suami

Assalamualaikum semua. Aku seorang isteri, bekerja, dan ibu kepada 4 orang anak. Suamiku bekerja dalam bidang yang sama denganku cuma lain tempat kerja.

Pengenalan mengenai suamiku, dia seorang lelaki yang sangat baik di mataku, solat lima waktu, selalu berjemaah, selalu mengaji al-quran, tidak merokok, sangat bertanggungjawab dengan hal- hal rumahtangga, sangat menjaga kebajikan isteri dan anak- anak.

Sepanjang perkahwinan kami yang bahagia ini, alhamdulillah suamiku tidak pernah melakukan kesalahan, jika ada pun kesalahan kecil sahaja dan dia selalu tersenyum, tidak pernah meninggikan suara kepadaku.

Selalu menegur dengan penuh hikmah, lemah lembut dan sangat berhati- hati menutur kata.

Pada awal tahun ini, dengan takdir Allah, suamiku telah terkantoi melakukan satu kesalahan yang bagi aku besar untuk perkahwinan kami.

Dia telah menjalinkan hubungan dengan rakan sekerjanya selama 2 bulan yang juga isteri orang, tetapi masih belum ada anak.

Hubungan mereka di whatsapp dan ada bersentuhan kulit selama beberapa kali cuma tidak sampai kepada zina.

Saat semua itu kantoi, aku jatuh terduduk dan menangis sebab aku tidak percaya suamiku akan lakukan hal sebegitu. Dia seorang yang sangat menjaga hal agama.

Suamiku juga menangis, dia memohon ampun dan berjanji akan betulkan semua.

Aku bertindak berjumpa boss mereka dan memandangkan prestasi kerja, si perempuan akan ditukarkan segera ke tempat lain. Manakala suamiku pula akan kekal di tempat yang sama.

Aku menyimpan semua bukti2 untuk kegunaan akan datang jika perlu dan untuk pengetahuan semua, perempuan itu juga ada menghantar gambar tidak memakai tudung kepada suamiku walaupun tidak diminta.

Perubahan pada suamiku, semenjak kejadian itu, dia telah memadamkan contact perempuan tersebut dan setiap hari aku akan bangun malam dan melihat dia solat taubat di rumah kami.

Setiap malam dia bangun untuk solat taubat dan hajat. Dia juga berusaha mengambil semula hatiku yang sudah remuk ini.

Dia berulangkali memohon ampun atas kesalahan dan dosa yang dilakukan dan juga telah berikrar dengan nama Allah, bahawa dia tidak akan lagi melakukan apa2 perbuatan maksiat, tidak akan membelakangkan Allah, dan akan menjaga rumahtangga kami sehingga akhir hayatnya.

Aku memaafkan suamiku walaupun berat dan sakitnya hati ini hanya Allah yang tahu.

Perempuan tersebut masih menghubungi suamiku dan suami akan screenshot dan hantar padaku.

Perempuan itu juga menghubungi aku dan menyatakan dia sukakan suamiku kerana jauh beza dengan perwatakan suaminya.

Suamiku berkali2 bertegas denganku bahawa dia tidak mahu ambil tahu lagi tentang perempuan itu dan telah membuang semuanya tentang dia.

Sekarang, walaupun aku telah memaafkan suami, tetapi seringkali bayangan peristiwa itu datang dan aku akan kembali bersedih. Dan suami akan berkali2 terus memujuk aku dan menyatakan keinsafan dia.

Untuk pembaca, mohon kongsikan kata-kata semangat untuk aku terus kuat pertahankan rumahtangga kami. Aku ingin jadi bersemangat seperti dulu.

Mohon kongsikan bagaimana untuk aku benar- benar ikhlas memaafkan suamiku dan menerima dia semula seperti dulu.

– Sirap Laici (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

5 Comments

  1. Salam sis,

    Jangan lah dihilangkan 99 kebaikan suami hanya kerana 1 keburukan. Sebelum dia terjebak dengan perempuan nih, sis tak tahu berapa puluh perempuan yang dia tolak sepanjang hidup dia kerana sayang pada sis. Boleh jadi 30, boleh jadi 40 perempuan yang cuba memikat dia.

    Seorang suami nih sis, asal jejak kaki luar rumah jer, ramai perempuan akan memerhati. Apatah lagi kalau lelaki tuh baik. Mudah untuk perempuan luar ambil kesempatan dan manipulates.

    Senang kata perempuan nih dah expert, bukan kategori beginner. Dah ada skill, tahu taktik, dah handal mempergunakan lelaki, sebab tuh suami sis tergelincir, sama macam lelaki lain yang dia try juga, mustahil dia hanya try suami sis. Bila dia kena reject dengan suami sis, dia jadi sentap, sebab gagal.

    Jadi instead of sis asyik repeat kejadian tuh sampai triggered kepala otak. Apa kata sis fokus pada suami dan anak anak sahaja. Banyakkan bersyukur kerana suami tetap pilih sis, sedangkan dia ada pilihan untuk tinggalkan sis, banyakkan berterima kasih, sepanjang masalah tuh berlaku suami tetap menjalankan tanggungjawab pada sis dan anak anak.

    Sis, lelaki diberi musibah kecil untuk mengelakkan musibah yang lebih besar, cara suami sis kendali masalah nih pada saya kira terbaik. Suami patut dapat pujian. Tak semua suami boleh selesaikan masalah dengan baik di zaman sekarang nih. Suami sis pilih sis dan anak anak kiranya sis dah menang besar, you’re the prize. Dah boleh lenyapkan untuk fikir pasal perempuan loser tuh, jangan buang masa & tenaga sis, gunakan sepenuhnya untuk rumahtangga sis, suami dan anak anak.

    Perempuan gitu banyak lelaki di belakangnya, cuma harituh giliran suami sis, esok esok giliran suami orang lain pula dia kacau. Jadi letgo jer sis. Dia anggap benda nih game jer, dia pun dah game over dalam story sis satu family. Claim your victory and move on to the next phase of your family life.

    Tutup salam.

  2. Ntah tinggal lama dah dua laki bini x kan perangai suami x paham lagi.akak kira bernasib baik la suami pujuk akak balik sebb salah dia..maafkan la dia .jgn simpan dlm hati.layan dia macam raja.semua la bagi pihak laki..tolong sangat2 betul itu salah dia..jgnlah ulang2 kesalahan dia.lelaki cukup benci perkataan yg ulang2 sbb salah dia.itu kira dia dah sanggup betulkan balik..tapi duk unkit ja salah smpai mati..mau x heng otak laki.

  3. Sebenar nya bukan suami puan sahaja curang dekat pejabat. Isteri orang pun banyak kantoi skandal kat ofis. Last sekali bila kantoi dengan suami. Jawapan hanya sekadar kawan ofis. Tapi kat rumah duk senyum sorang² main mesej dengan laki lain even thou laki sendiri ada depan mata

  4. sis, take your time to heal. dont force yourself to accept and telan semua benda dlm masa yg sama. pelan2. doa dgn Allah moga Allah lapangkan dada, panjangkan jodoh hingga ke syurga. berdamailah dengan takdir.kalau sis rasa dgn menangis boleh lepaskan sesak di dada, nangis sis. bnykkan luangkan masa dgn husband n create new memory. Moga Allah mudahkan urusan sis dan panjangkan jodoh sis.

  5. Dari cerita adik
    Akak nampak suami adik betul2 dah sedar dan menyesal atas perbuatan dia
    Susah nak cari suami mcm ni
    Selalunya ego tinggi melangit depa akan salahkan kita balik

    Semoga terus kekal bahagia hingga ke syurga

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *