Khilaf Seorang Balu

Aku Tulip (bukan nama sebenar). Aku seorang balu yang telah kematian suami tercinta 2 tahun lalu. Punyai anak sepasang.

Aku akui aku wanita yang ada rupa dan berketerampilan menarik dan disukai ramai tambahan setelah menjadi seorang balu. Tapi aku tidak sesuka hati ingin melayan perasaan ini.

Aku cinta mati dengan arwah suami. Kehilangan arwah buat hidup aku merana. Ya sangat merana. Kerana aku sangat dimanjai oleh arwah suami dan kehilangannya buat aku terkapai-kapai.

Ya aku harus struggle untuk pegang title ibu dan ayah kepada anak-anak. Namun alhamdulillah, aku punyai rezeki yang melimpah ruah dan boleh dikatakan financial freedom.

Masalah aku hanyalah emosi grieving (kesedihan) yang berlarutan terlalu lama.

Mulanya hati aku tertutup untuk menerima banyak lamaran lelaki yang mencuba nasib mendekati aku.

Tapi setelah masuk tahun kedua aku menjadi balu, aku mula membuka sedikit pintu hati.

Tujuan asal hanya untuk hilangkan rasa grieving. Itu sahaja. Tiada goals untuk sebuah perkahwinan.

Pendekkan cerita. Ada seorang lelaki yang telah berjaya membuka sepenuh hati aku. Aku dah mula rasa bahagia.

Grieving aku pada arwah suami juga makin hilang. Ya, begitu power aura lelaki ini. Aku kenalkan dia sebagai Rudy.

Rudy sangat menepati lelaki yang buat aku cair. Dengan rupa yang nice looking, kerjaya yang hebat, pemikiran yang sangat matang dan seorang yang knowledgeable.

Aku akhirnya akui aku sudah jatuh hati buat kali kedua selepas arwah suami.

Hubungan aku dan Rudy berlaku secara semulajadi. Masing-masing tertarik di antara satu sama lain.

Kami berkenalan mulanya hanya di media sosial tetapi Rudy amat transparent untuk seluruh kehidupannya. Semuanya sangat jelas tanpa sembunyikan apa-apa pun. Dan aku percaya dan akui kejujurannya.

Kami pernah berjumpa sekali sahaja dan sejak perjumpaan itu hubungan kami semakin tambah erat.

Anak-anak aku juga seperti selesa dengan Rudy sebab beliau pandai ambil hati dan selalu bertanya khabar anak-anak. Pendek kata Rudy memang ‘husband material’ paling terbaik untuk aku pertimbangkan.

Hubungan kami banyak di talian online seperti call, wasap dan tele. Tapi lately ni Rudy banyak bermesej di channel tele sahaja.

Dan paling tak sangka dia buat secret group tele untuk kami berdua saling bermesej bermadu kasih tanpa sempadan (ini sebenarnya red flag ye tapi aku buta sebab sayang punya pasal).

Jarang dah berwasap. Tapi call memang tetap setiap hari walaupun kerjaya Rudy yang sangat busy dia tak pernah lupakan aku.

Seperti pasangan bercinta lain, kami juga tidak terlepas daripada bisikan godaan syaitan ni. Ada juga kadang terlanjur mesej dan bersembang bab berahi dan terkadang memberikan gambar selfie masing-masing tapi still ada batasan.

Aku akui aku silap. Aku terlalu ikutkan rasa hati. Aku balu yang sunyi. Aku diberikan perhatian yang tak berbelah bagi oleh Rudy. Aku jadi gila bayang. Aku jadi sangat sayang pada dia. Sehingga aku rasa aku tak sanggup kehilangan dia.

Sehingga satu hari, Rudy kantoi. Dia telah berkahwin rupanya. Dia ada anak seorang. Tapi hubungan dengan isterinya sebenarnya bagai retak menanti belah. Dia kata tidak tinggal sebumbung dengan isteri dan anaknya.

Patut selama ini dia hidup seperti orang bujang saja lagaknya. Bebas call dan bermesej aku tidak kira waktu sampai jauh malam. Rudy masih dalam proses untuk selesaikan masalah rumahtangganya.

Aku? Sangat kecewa dan terasa dikhianati. Aku bagai hilang percaya pada Rudy.

Aku rasa sangat bersalah dan terasa seperti ‘Penyondol’ rumahtangga orang. Walaupun hakikatnya aku tahu aku tidak bersalah kerana sumpah aku ingatkan Rudy tidak berkahwin dan bukan kepunyaan sesiapa.

Aku kembali bersedih. Terasa bagai kehilangan kali kedua dan sakitnya juga sama. Aku mula tiada semangat. Tapi tetap jalani tanggungjawab aku kepada 2 orang anak. Tapi rasa sakit hati bercampur baur dengan rasa rindu yang sangat dalam pada Rudy.

Rudy memang akui kesilapannya kerana tidak berterus terang dengan statusnya. Dia pujuk aku. Berkali-kali.

Aku yang pada mulanya marah dan terasa hati hingga block habis semua sosial medianya. Tapi akhirnya cair juga. Aku lemah. Sebab tak nafikan aku sudah mula cinta pada dia.

Kami mula menjalinkan hubungan semula. Aku pejam mata akan status Rudy yang masih tergantung. Yang aku tahu aku nak rasa bahagia.

Rudy memang pandai melayan perasaan aku. Dialah tukang beri motivasi, nasihat dan semangat untuk aku jalani hidup sebagai balu. Aku akui aku kuat kerana dorongan dan kasih sayang dia.

Kami meneruskan cinta terlarang dan hubungan yang ‘bodoh’ ini hampir setahun. Aku semakin tak boleh kehilangan Rudy.

Sehingga satu hari Rudy sampaikan hajat ingin mengahwini aku tapi di sempadan Thailand.

Bab ini yang membuatkan aku kembali tersentak. Betapa tidak bernilainya aku. Ingin dinikahi Rudy secara senyap-senyap. Walaupun matlamat utama untuk menghalalkan hubungan. Aku tidak setuju dan terasa sangat berjauh hati.

Aku rasa aku sudah jauh melayani hubungan terlarang dengan suami orang ini. Aku mula rasa tersedar. Rudy mungkin melayani aku sebab dia juga sunyi. Bukan kerana cinta yang tulus ikhlas. Mungkin lebih kepada nafsu.

Aku menangis semahu-mahunya dan terasa sangat khilaf. Ye keterbatasan aku sebagai seorang balu yang selalu dihimpit rasa sunyi dan grieving membuatkan aku alpa. Buatkan aku terbuai. Gersang sangatkah aku ni?

Tapi yang pasti aku tak mahu terjerat dengan rasa grieving lagi. Aku nak hidup bahagia dengan hati yang gembira.

Sedangkan jika aku melupa dan meninggalkan Rudy pun aku boleh dengan senang hati memilih ramai lelaki lain yang setia menunggu aku. Ada yang bertaraf bujang, duda, suami orang malah berpangkat dato, dr, prof, pun ada.

Tapi hati ini masih ada untuk Rudy seorang. Adakah aku masih ingin menyambung semula khilaf aku ini? Aku tahu kalau aku terima Rudy pasti semua masyarakat malah netizen akan serang aku dengan gelaran penyondol.

Tapi mereka semua lupa, hati dan perasaan bukan boleh dibuat mainan. Jika sudah sayang amat payah untuk meleraikan ikatan. Tidak semudah terbalikkan tapak tangan.

Malah Rudy juga punyai niat yang baik ingin halalkan aku. Tapi statusnya yang buatkan aku jadi ingin tarik ‘hand brake’.

Aku juga masih waras dan rasional, aku masih ingat Allah dan tak pernah lupa solat dan berdoa untuk Allah kurniakan kebahagiaan yang aku sedang cari ini. Tunjukkan aku jalan yang terbaik.

Bantu aku semua pembaca yang budiman. Aku perlu nasihat yang positive tanpa kata nista dan judgemental.

Segala nasihat dan pandangan amat aku hargai dan mungkin dapat menjadi penyelesaian kepada masalah khilaf aku sebagai seorang balu ini.

Apa perlu aku lakukan? Terima lamaran Rudy, buka pintu hati untuk orang lain, atau teruskan membesar anak2 berseorangan sambil berterusan hidup dalam grieving. Aku jadi clueless.

Sekian dari aku yang masih ada rasa sayang.

– Tulip (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

2 Comments

  1. Alasan paling common dari lelaki, jadikan isteri yang sedia ada sebagai alasan dan mangsa untuk memancing wanita mcm awak, lelaki akan katakan isteri bermasalah, hubungan dia dgn isteri menanti belah dan mcm2 lagi, lepas kawin kt siam nanti, baru la awak tahu siapa Rudy sebenarnya, sebelum dapat sanggup terbang sampai ke langit, bila dah dapat nanti, awak tahulah mcm mana, awak boleh la cuba teruskan dgn rudy, tapi bersedialah untuk risiko yng tinggi, selamat mencuba…..

  2. Saya setuju dan yakin 100% pada pandangan Abg Black. Cliche. Selalu malah terlalu kerap terjadi. Alasan bodoh, tapi masih ramai perempuan terpedaya. Mmg blom dapat dia janji bulan bintang pada ko. Bangun dek, jgn lena dng mulut manis jantan nk merasa sana sini. Yg hado tu cepat ajer dia jemu. Nnti dng ko entah apa pulak buruk ko dia jaja untuk meraih simpati mangsa selanjutnya. Biar fikir buruk dahulu supaya tidak hanyut dan syok sendiri. Ko perasan akan bahagia bersama, sedangkan dia bila dah dapat manis sepah dibuang. Jgn terdesak sangat, hati2, siasat semua berkenaan dirinya. Awak banyak duit kan. Upah someone untuk korek sehabis dlm. Ini berkaitan your kids future and yours too, so take extra care. Jgn tangkap muat jer. Minta petunjuk Allah and jgn buat2 tak nampak bila Allah dah tunjuk tu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *