Assalamualaikum. Hai semua.
Tujuan aku berkongsi jalan cerita hidup aku ini adalah untuk sekadar memberikan pendedahan bahawa tak selamanya kita sentiasa hidup dalam keadaan selesa dan juga untuk meminta pandangan dalam kalangan pembaca IIUM Confession.
Aku merupakan seorang isteri yang bekerja. Kami melayari bahtera rumah tangga sudah mencecah hampir memasuki usia 7 tahun lebih.
Belum dikurniakan anak, dan sudah menjalani rawatan dan doktor juga mengesahkan bahawa kami berdua tiada sebarang masalah cuma betul rezeki kami belum sampai.
Suami aku merupakan suami yang sangat caring, soft spoken, protective dan sentiasa ada dengan aku. Sampaila satu saat, semuanya berubah 360 dalam masa yang singkat.
Untuk pengetahuan semua, aku baru kehilangan ibu pada awal tahun yang lalu.
Cuti tahunan aku dihabiskan untuk menjaga arwah ibu aku menyebabkan sekarang aku bertahan untuk melalui hari2 di ofis sehingga hujung tahun ini tanpa cuti tahunan. Suami aku pula bekerja dalam shift.
Short story. Khilaf aku sebagai seorang isteri terlalu mengikut emosi. Terkadang aku melepaskan rasa tidak puas hati, ketika aku penat bekerja pada suami.
Aku juga dulu sorang yang tidak boleh ditegur. Kalau ditegur aku akan tarik muka dengan suami.
Menyebabkan suami aku menyimpan rasa kecil hati dia sepanjang berkahwin.
Bukan dia tidak pernah tegur akan perangai aku, tapi aku manusia biasa dan terlepas pandang dengan perangai sendiri. Aku akui semua silap aku.
Sampai la sekarang suami aku cakap dia dah tawar hati dengan aku. Namun aku telah cuba berubah, dan alhamdulillah aku semakin tenang dan semakin positif.
Cuma hati suami aku masih lagi tidak boleh aku miliki setakat hari ini.
Sejujurnya suami aku sekarang bukan lah suami aku yang dulu. Sekarang suami aku dingin. Pernah hari tu dia cakap dia nak tengok aku berubah dulu.
Sepanjang kami menjalani hidup bersama hanya masalah komunikasi yang suami aku pendam menyebabkan kami mengalami masalah begini. Dari segi lain semuanya alhamdulillah kami berjaya lalui bersama.
Cuma aku keliru. Terkadang suami aku seakan akan mengambil berat tentang aku. Terkadang beliau dingin. Dan beliau seolah olah tidak kisah sekiranya beliau ingin melepaskan aku ketika ini. Luka hati ini hanya Allah yang tahu.
Namun aku tetap bertahan dengan harapan Allah membuka pintu hati suami aku untuk menerima aku kembali. Waktu yang tak tahu bila akan tiba dan hanya Allah yang mengetahuinya.
Sejujurnya aku juga terkadang putus asa. Tapi rasa sayang terhadap suami mengatasi sikap putus asa itu.
Mohon semua doakan suami aku dilembutkan dan dibukakan hati, Allah tanamkan rasa cinta, kasih, sayang dan rindu dalam hati suami aku untuk terima aku kembali.
Doakan juga aku kuat untuk menghadapi hari hari mendatang.
Terima kasih semua..
– Sue (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit