Khilaf Seorang Suami

Assalamualaikum wbt.. Terima kasih daun keladi sekiranya coretan duka ini dapat disiarkan sebagai pengajaran & tauladan untuk para suami diluar sana.

Coretan ini ditulis tatkala usia perkahwinan ku hampir diambang kemusnahan.

Sedikit pengenalan ringkas bahawa kami mempunyai seorang puteri yang jelita & kami sudah ber PJJ selama hampir 5 tahun.

Sebelum aku berumah tangga aku memang seorang lelaki yang nakal suka berkawan dengan ramai perempuan.

Hal ini turut diketahui oleh isteri namun beliau tetap menerima kekhilafanku itu dengan redha dengan harapan aku akan berubah suatu masa nanti.

Sepanjang kami ber PJJ, aku berusaha untuk berubah menjadi suami yang baik.

Aku cuba untuk setia & aku berusaha menjaga anak aku sebaik mungkin tanpa mengabaikan langsung kasih sayang aku pada anak ku kerana aku faham sekarang ni aku lah ayah aku lah emak buat anak aku.

Aku jugalah financial advisor untuk isteriku. Aku tidak pernah langsung cuba mempergunakan isteriku demi kepentingan diri sendiri.

Bahkan segala duit yang diamanahkan kepada ku untuk disimpan aku simpan sebaik-baiknya tanpa aku usik sedikit pun walaupun beliau membenarkannya.

Dipendekkan cerita, anniversary perkahwinan kami hampir tiba. Dan pada masa sama juga isteri meminta untuk aku melepaskannya secepat mungkin kerana beliau sudah tawar hati padaku.

Luluh hatiku. Tidak pernah terniat langsung selama ini untuk aku melepaskannya lagi lagi time anniversary makin dekat.

Kalau la lafaz talak tu boleh diberikan kuasa pada kaum wanita, memang aku dah suruh beliau melafazkannya kerana aku tidak sanggup mengeluarkan lafaz itu dari mulutku.

Aku cuba memujuknya dan menunjukkan afford yang aku sudah berubah tapi katanya sudah terlambat.

Beliau meminta aku berurusan dengan pejabat agama secepat mungkin sebelum beliau pulang vacation tetapi aku sengaja melengah-lengahkan dengan memberi pelbagai alasan, padahal itu semua alasan je.

Hakikatnya aku memang tidak mahu melepaskannya kerana aku masih sayangkannya.

Maybe sikap aku sendri yang membiarkanya terlalu berdikari tanpa mengongkongnya langsung membuatkan dia berasa aku tidak langsung mengendahkannya.

Sikap aku yang tidak menunjukkan sebarang rasa cemburu maybe menyebabkan beliau merasakan yang aku sudah tidak mempunyai perasaan padanya.

Padahal sebenarnya aku cuba untuk menjadi suami yang sporting & tidak mengongkongnya.

Sehinggakan apabila aku mengetahui dia ada berkawan dengan lelaki lain pun aku tidak pernah menyalahkannya.

Aku cuba muhasabah diri bahawa semua yang terjadi ni puncanya dari aku. Bengkoknya suami, maka bengkok juga la isteri.

Namun begitu walau apa pun yang terjadi, aku tetap sentiasa mendoakan segala urusan isteriku di sana sentiasa dipermudahkan kerana aku percaya doa & redha seorang suami itu adalah mustajab.

Selagi mana aku redha, insyaaAllah rezeki beliau disana akan sentiasa terbuka luas.

Minta pembaca doakan perkahwinan kami yang retak menanti belah ini dapat diselamatkan. Aamiin..

– Suami Penduka (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *