Assalamualaikum secara ringkas ini adalah sebuah luahan dari isteri yang sangat menyangai suaminya dan berharap ada sinar kembali buat hubungan kita.
Khilafnya seorang suami zaman sekarang bagi aku, die mengejar syurga tapi tidakkkah dia tahu isteri juga salah satu jalan die menuju ke syurga? Kerap kau share video kegaamaan di wall fbmu.
Dirimu juga kerap ke surau dan masjid sungguh aku jatuh cinta dengan personalitimu tapi aku sedar kita hanya manusia biasa dan tak dari dari silap dan salah.
Tahukan suami bahawa isteri juga mempunyai keluarga?
Walaupun syurga isteri terletak dibawah tapak kaki suami tapi isteri juga harus membalas jasa kepada kelurganya yang telah membesarkan dengan sebaik mungkin memberikan makan pakai dan pelajaran dunia akhirat kepadaku sebelum dirimu mengenal ku?
Tidakkah tegar aku hanya membiarkan mereka setelah mengahwinimu?
Tahukah suami jika isteri dianiaya oleh abg/kakak ipar dia hanya minta untuk dilindungi walaupun dengan hanya sedikit zarah. Bukan hanya berdiam diri?
Wahai suami ku tidak bolehkan kamu bersikap tegas kepada adik beradikmu ketika mereka merendah-rendahkanku.
Tahukah aku menangis di dalam hati ketika hanya aku sahaja yang menjawab dan kau hanya melihat tanpa mengiya atau membahaskan untuk melindungiku?
Bukankah itu tanggungjawab mu wahai suamiku untuk melindungiku?
Tahukah abang/kakak ipar tiada hak atau mencampur urusan ataupun mempertikai ataupun menghina family isteri.
Pernah beberapa kali ahli keluargaku datang berkunjung kerumahku tapi yang mempersoalkan kedatangan familyku adalah ipar-ipar ku seolah-olah itu membebankan mereka?
Adakah ipar-ipar sekalian pikir orang lain tidak mempunyai keluarga? Kerap kau bermasam muka ketika ahli keluraga ku datang berkunjung? Tidak sukakah kamu melihat isterimu gembira?
Sesungguh terubat rindu melihat ahli keluarga ku datang berkunjung.
Tahukan suami duit isteri tidak boleh digunakan jika isteri tidak redha? Bukan nafkah yang kau berikan aku setiap hari jika itu juga adalah bahagian duitku?
Pernah kah kau terpikir kenapa kewangan kita tak stabil? Kenapa tengah bulan duit sudah habis? Padahal kita hanya berdua sedangkan gaji kite cukup untuk semua?
Sedar ataupu tidak, selain dari ibubapamu, isteri juga adalah keutamaanmu yang perlu dijaga hatinya bukan adik beradikmu wahai suami ku?
Kerap kali aku terluka kerana sikap adik-beradikmu yang tegas dan selalu mahu mengikut kemahuan mereka sahaja. Sedarkah kamu aku hanya mahu berbakti kepada org tuamu dan dirimu sahaja?
Sesudah berkahwin, komunikasi antara suami isteri adalah penting tapi jika berlakunya komunikasi tersebut adalah wajar sang suami memberi respon yang baik bukan hanya berdiam diri seolah-olah isteri hanya bercakap seorang diri?
Jadi bagaimana masalah tersebut dapat diselesaikan jika hanya mementingkan diri sendiri. Tidak mahukah kamu berbaik seperti dahulu?
Doakan aku kuat untuk menjadi isteri yang baik kerana aku amat menyayanginya.
Assalamualaikum dan maaf dari isteri yang serba kurang.
– Nurul aina (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit