Kiamat

Assalamualaikum guys. Sebelum ni aku pernah tulis cerita pasal penghijrahan aku lepas ke tanah suci Makkah. Tapi pelik kenapa ada netizen pertikai bab tu. Pelik ke berubah jadi baik? Ah persetankan mereka. Ini aku, itu mereka.

Kali ni pulak aku nak cerita bab aku ‘merasai’ sendiri suasana gamatnya hari kiamat. Ya. KIAMAT. Aku tak mahu sentuh bab tanda-tanda kecil atau besar kiamat, aku tak arif. Ni aku cuma nak berkongsi ‘pengalaman’ dan rasa insaf dan rasa takut lepas aku ‘alaminya’. Mungkin, ada reader yang kata ‘eleh, mimpi letew’. Memang ya, hanya dalam mimpi.

Sebelum teruskan, aku share sikit tafsiran daripada Surah Al-Qari’ah (Hari Kelangkabut), ayat 1 – 4 :

1) Hari Kiamat

2) Apakah tu hari kiamat?

3) Pada hari itu manusia seperti kelkatu berterbangan.

4) Gunung -ganang seperti bulu yang dihambur-hamburkan.

Haa baca tafsir ni pon dah boleh bayang kan? Macam mana korang bayang macam tu lah aku rasa. Rasa macam betul betul terjadi.

Dalam mimpi tu aku tengah tidur jugak. Tiba tiba dengar orang pekik melolong tapi aku tak faham apa yang dorang pekikkan. Tak faham butir. Aku terus ke jendela bilik. Masa ni lah aku jadi saksi ‘kiamat’.

Aku nampak awan. Warna hitam pekat. Bergulung gulung. Tau awan kumolonimbus? Taktau tanya Sheikh Al Google. View imej. Macam tu la aku nampak. Kilat sabung menyabung. Gunung ganang terbang atas awan. Angin sekencang kencangnya. Aku nampak semua orang lari bertempiaran. Semua berlari selajunya. Tapi, tanpa arah tuju. Pernah dengar kan masa kiamat mak dah tak heran anak, suami dah tak heran isteri, masing masing dengan diri masing masing? Tu lah yang terjadi masa tu.

Aku? Aku terduduk di tepi tingkap bilik aku. Aku menangis. Meraung semahunya. Nak kiamat ka? ALLAH ALLAH ALLAH…Pengakhiran dunia. Aku berpeluk tubuh. Meraung lagi. Masa tu aku hanya mampu sebut ALLAH ALLAH ALLAH.. Aku jugak tiada arah tuju.

Aku terjaga. Berjurai air mata. Bengkak mata. Bantal aku basah dengan air mata. Aku terus menghala ke tingkap bilik. Masih gelap malam. Tiba tiba azan subuh berkumandang. Aku masih terasa macam keadaan tadi lagi. Antara percaya dengan tidak. Antara sedar dengan tidak. Aku sambung menangis. Aku solat subuh.

Seusai solat, aku terbayang lagi masa aku dalam keadaan ‘kiamat’ tadi. Andai masa tu aku bukan bermimpi, andai masa tu nyawa aku bakal dicabut, andai masa tu tiada lagi peluang untuk aku berubah, apakah nasib aku di ‘sana’? ALLAH ALLAH ALLAH..

Wahai sekalian makhluk, aku bersaksikan sendiri Tuhan ku memberi aku peluang merasai sendiri ‘kiamat’ walau cuma dalam mimpi, tapi ketahuilah kamu kiamat itu benar. Dalam mimpi aku bukan lagi Kiamat Sudah Dekat, tapi Kiamat Sudah Terjadi. Aku ingin mengajak semua termasuk aku sendiri, paksa lah diri kita berubah. Sebab bila dah jadi macam dalam mimpi aku kita dah tiada peluang untuk dekat dengan ALLAH. Pintu taubat dah tertutup. Semoga ALLAH sentiasa meletakkan hati kita di jalan yang benar.

Aamiin aamiin ya rabb..

Ada sesiapa yang pernah merasai macam aku? Kongsi lah sama sama. Semoga ada yang ‘terinspirasi’ untuk berubah. In syaa ALLAH..

– Hawa

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *