Bismillahirrahmanirrahim..
First of all, terima kasih admin sebab approve.
Tanggal 6 Feb, dengan izin Allah, aku dikurniakan dengan mimpi tentang hari kiamat.
Dalam mimpi tu, aku masih di IPT, mengikuti kelas bersama rakan-rakan (ada yang aku kenal dan tak cam muka lansung). Usai kelas, kami melepak di kafe, borak2 seperti biasa.
Kemudian, kami dengar kekecohan di jalan besar. Aku, seperti yang lain, bergegas ke arah jalan besar untuk memastikan punca kekecohan tersebut.
Alangkah terkejutnya kami, jalan tiba-tiba dilimpahi dengan air yang datang dari lubang2 jalan raya. Aku tak sedap hati, dalam hati mula mengatur langkah untuk pulang ke rumah. Tapi aku terlupa, yang aku belum solat asar.
Langkah dipercepatkan untuk ke masjid/surau universiti (part ni aku tak pasti sebab tempat solat tu berada di tingkat atas sebuah bangunan).
Ketika kakiku mulai menjejaki anak tangga, baru aku teringat yang begku tertinggal di meja kafe. Cuak sebab dalam kepalaku saat tu memikirkan yang tidak2.
Maklumlah, dalam beg tu banyak barang penting macam purse & handphone. Aku pun berpatah balik untuk ke kafe. Kemudiannya..
Aku lihat rakan2 kampus sedang berlari2 anak sebelum satu ombak besar merempuh masuk bangunan tersebut. Seolah2 tsunami membadai kawasan U.
Walaupun aku positif tempat tu tak de pantai di sekelilingnya. Masa tu aku tau, tak de gunanye lagi berpatah balik. Lalu aku terus berlari ke tingkat atas untuk ke surau.
Sesampai di surau, aku lihat ramai di sana, lelaki dan perempuan sedang solat dan mengaji. Aku segera ke tempat wuduk untuk berwuduk, namun cubaan ku gagal apabila ombak besar tadi menghempas lagi bangunan tersebut.
Waktu tu aku sedar, air dah mulai naik ke tingkat atas. Masing2 cuba menyelamatkan diri, namun aku tetap mahu menyelesaikan urusan solat asarku.
Alhamdulillah, aku dapat mengambil wuduk setelah itu dan kemudiannya aku mencari telekung yang disediakan di surau itu untuk memulakan solat asarku.
Sekali lagi, ombak besar itu mengganas dan merempuh bangunan itu sehingga air naik ke tingkat tempat ku berada waktu itu. Aku pandang sekeliling dan yang aku lihat hanyalah ketakutan manusia.
Aku, waktu itu terfikir banyak perkara. Aku tak sempat mintak maaf dengan ibu bapaku lagi, dah lah handphone habis hanyut.
Dan, baru aku perasan yang hari itu hari Jumaat, seperti yang kita tahu, kiamat akan berlaku pada hari Jumaat. Kemudian aku melihat cermin besar yang disediakan di situ, melihat cara berpakaianku. Aku bertudung, tapi baju dan seluarku ketat.
Aku malu melihat diriku, takkan aku nak menghadap Allah dengan keadaan yang macam ni? Pakaian terakhirku di dunia ialah dengan berpakaian ketat, pastu Allah tidak redha denganku.
Kemudiannya aku terdengar satu suara dari langit, dan langit berubah menjadi seakan2 warna merah senja. Dan kemudiannya aku melihat kitab2 al-Quran yang kian hilang tulisannya.
Aku beristighfar, ya mungkin inilah masanya untuk hari kiamat. Aku, yang sudah lengkap bertelekung segera mendirikan solat asar, waktu itu, aku hanya ada aku dan Tuhan. Aku menangis dalam solatku tanpa mempedulikan havoc nya sekeliling.
Dan.. aku terjaga dari lenaku dalam keadaan mulut masih terkumat-kamit membaca surah Al-fatihah. Jantungku berdegup laju. Sayup2 kedengaran azan subuh berkumandang.
Aku terus beristighfar membayangkan mimpi yang aku terima tadi. Ya, dari mimpi itu, banyak yang aku dapat.
1) Solat di awak waktu. Aku akui, atas tuntutan kerja aku sekarang, aku sering solat di akhir2 waktu.
2) Menutup aurat dengan sempurna. Berpakaianlah seolah2 ini hari terakhirku di dunia.
3) Bila keadaan dah havoc, aku cuma tinggal diriku, dalam mimpi tadi, aku memang tak nampak dah bayang rakan2 ku, walaupun serapat mana aku dengan mereka. Semua adalah milik Allah.
4) Sentiasalah memohon maaf dengan orang sekeliling, terutamanya mak ayah. Kita tak tahu kita sempat ke tak untuk memohon maaf.
5)……..(untuk kalian isikan)
Mungkin hari ini aku antara yang terpilih untuk mimpi dahsyat ini. Mungkin kerana Allah mahu aku ambil hikmah daripada mimpi itu dan lebih memperbaiki diri.
Kita semua pun melakukan dosa, jadi aku harap dengan sedikit perkongsian ini, kite semua dapat ambil hikmahnya bersama.
Terima kasih Allah kerana maseh memberi kesempatan untuk aku bertaubat. Terima kasih, untuk ‘teguran’ ini.
– Nour (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit