Kidney Failure

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca semua. And thanks to admin if confession ini disiarkan.

Merujuk pada tajuk, saya nak share sikit mengenai masalah yang saya rasa ramai antara kita yang mengalaminya. Saya bekerja sebagai jururawat di hemodialisis. Mungkin kebanyakan orang malaysia tahu fungsi hemodialisis dan mungkin masih ada yang samar2 tentang ini.

Hemodialisis ialah satu daripada kaedah rawatan gantian ginjal yang menggunakan mesin hemodialisis, tiga kali seminggu, sekurang-kurangnya 4 jam setiap sesi rawatan. Kaedah ini digunakan untuk pesakit yang mengalami masalah gagal buah pinggang.

Tujuan saya menulis disini bukan untuk memberitahu apa itu dialisis, Tapi saya nak bagi tahu tentang KEROSAKAN BUAH PINGGANG atau KIDNEY FAILURE.

So saya menggunakan medium ini sebab saya tahu ramai yang suka membaca di IIUM Confession ni, jadi saya nak share sikit sebab dan akibat yang anda boleh dapat sekiranya anda mengalami kerosakan buah pinggang.

Penyakit ni memang orang nampak biasa, tapi ramai yang down bila disahkan buah pinggang tak berfungsi dan terpaksa melakukan hemodialisis.

Sebab2 yang mengakibatkan kerosakan buah pinggang ini antaranya ialah SUPLIMENT. Yes tak dinafikan terlalu ramai orang malaysia yang terlalu obses untuk cantik sampai beli supliment tu supliment ni..

Hari2 makan supliment yang bukan2, nak cantik makan supliment, nak gebu makan supliment, nak kurus makan supliment, tak ada bende yang mudah dalam dunia ni, nak kurus kene makan ikut piramid makanan, kene bersenam, bukan hari2 bedal fast food pastu makan supliment..

Jangan percaya pada seller yang anda tak tahu pucuk pangkal latar belakangnya, dan jangan percaya pada testimoni2 merapu.. Jangan percaya pada kata2 manis, semua perlukan usaha, bukan telan2 then kurus..

Ye mungkin anda akan kata, alah saya dah makan dah 2 tahun tak ada apa2pun, kulit makin cantik ada la.. Ya tuan dan puan, anda makan supliment hari ini bukan esok anda akan dapat kidney failure, ia amik masa..

Tapi tak kesian ke kat buah pinggang kita hari2 bekerja penat nak tapis bahan2 yang ada alam supliment sampah tu, penat dia. Selagi dia ada kudrat nak tapis dia akan buat, tapi bila sampai satu tahap kidney anda da hpenat dan stuck, baru anda akan tahu..

Kadang2 mereka ni bila doc suruh makan panadol untuk kurangkan demam atau sakit.. Tapi mereka tolak sebab mereka kata nanti buah pinggang rosak.. Tapi bila seller kata makan 5 biji sehari confirm seminggu putih… Eh tak ada pula kata buah pinggang akan rosak?

Saya rasa sedih dan terkilan bila tengok pesakit2 yang masih muda terpaksa cuci darah (hemodialisis) sebabkan kesilapan sendiri..

Jadi saya tak nak anak muda diluar sana habiskan duit beribu2 untuk supliment yang mengarut dan akhirnya merosakkan buah pinggang sendiri. Antara sebab lain ialah DARAH TINGGI, KENCING MANIS YANG TIDAK TERKAWAL, TINGGI KANDUNGAN KOLESTROL, MEROKOK.

Jadi saya nasihatkan mana2 yang ada diabetic, ada hipertensi, makan la ubat mengikut preskipsi ubat yang doc arahkan, anda mungkin tak tahu akibatnya kerana belum kena pada anda atau keluarga anda, sayangi diri anda dan keluarga.

Kadang2 doc dan nurse bising tak makan ubat bukan sebab mereka benci. Tapi sebab mereka sayang. Mereka tahu apa akibatnya.. Dan memang tugas kami untuk menjaga kesihatan anda..

Kawal pemakanan, kurangkan makanan yang tinggi kandungan gula, garam, minyak, lemak.. Lebihkan makanan yang fresh.. Air kosong minum mengikut saranan 8 gelas sehari. Kurangkan air manis dan bergas.

Antara kesan yang pesakit akan dapat, jika buah pinggang mereka rosak ialah anemia, kurang kalsium, terlebih air dalam badan, kaki bengkak, darah tinggi, susah bernafas. Dan banyak lagi akibat jangka masa panjang dan pendek..

Jadi saya nasihatkan tolong lah fikir dulu sebelum anda melakukan sesuatu, dengar nasihat doc, bukan dengar cakap seller yang tak ada kelulusan apa2.. Cari info2 mengenai masalah ini dan boleh juga follow Dr Rafidah Abdullah (nephrologist) di ig atau fb beliau, banyak info bermanfaat yang beliau selalu share mengenai masalah buah pinggang ini.

Akhir kata, mencegah lebih baik dari mengubati.. Harap coretan ini sedikit sebanyak dapat merubah hidup anda. Maaf jika ada yang tersilap dalam kata2 saya diatas. Jika ada masa dan waktu saya akan sharekan dengan lebih teliti tentang punca dan akibatnya..

Saya sharekan link yang boleh anda baca utk menambah ilmu mengenai buah pinggang ini. Semoga bermanfaat kepada anda.

https://ms.wikipedia.org/wiki/Buah_pinggang#Penapisan_darah

https://orientalmedical.com.my/perkhidmatan-kami/displin-medikal/nefrologi/memahami-penyakit-buah-pinggang-kronik/?lang=ms

https://www.pantai.com.my/ms-my/Nephrology

http://www.myhealth.gov.my/kegagalan-buah-pinggang-dan-kesan-terhadap-kehidupan-sosial-pesakit/

– Ms Nurse (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *