Aku Z. Lelaki awal 30 an. Masa muda dulu biasa la zaman nakal belum habis. Tukar tukar gf.

Tapi aku ni kalau tengok dari luar tak nampak jahat pun. Sebab aku memang suka buat baik dengan orang. Dengan kawan2 baik, dengan family pun aku ok je, cuma satu je kelemahan aku iaitu perempuan.

Rupa ada, pelajaran ada, graduated from one of university at New Zealand, background family hebat2, arwah mak ayah aku professor, kakak & abg doctor. Aku sekarang pun dah jadi engineer berjaya. Memang mana mana perempuan kenal aku takde lagi la yang reject dari dulu.

Sekarang aku dah kahwin sejak 2 tahun lepas. Wife aku pun sama engineer macam aku. One of the reason aku pilih dia sebab dia educated, ada master, anak orang senang.

Tapi ada satu benda yang sampai sekarang buat aku tak tenang. Aku still ingat doa dari someone yang aku pernah sakitkan hati.

“I doakan suatu hari nanti Allah datangkan kekecewaan dekat u, dan kekecewaan tu datang dari wife u sendiri”. Dan dia ada cakap “i tak maafkan u”. Tu doa dari ex gf aku yang terakhir sebelum aku kahwin dengan wife aku sekarang.

Aku ada ramai ex, mostly memang kami putus sebab aku tak serious. Aku cepat bosan & senang curang. Biasa la darah muda.

Berapa ramai ex gf aku dah aku sakitkan hati, berapa ramai yang dah doakan tak baik kat aku, tapi ex yang terakhir ni yang paling terkesan sebab aku rasa dengan dia aku paling jahat kot. Dan dia sangat ikhlas dengan aku masatu.

3 tahun lepas aku umur masuk 30, aku rasa nak settle down, dah malas nak mainkan anak orang. Aku masuk company baru masatu, aku terjumpa sorang junior aku, N. Budak baru lepas grad, dia protege aku, cantik muda. Now dia wife aku sekarang. N ni dreamgirl aku.

Ada criteria yang aku cari. Tapi N ni macam conservative sikit. Budak baik, lepasan uni Islamik. Aku ada dengar kakak office cakap budak tu single lagi tu, tapi dia cakap dia tak minat bercinta. Aku dengar macam tu aku pun takde la nak ajak bercinta. Aku minat dari jauh jela.

Dalam masa sama aku kenal sorang ni K. Sebaya dengan aku 30 masatu. Tapi cantik tak macam 30. Macam baru 25. Bekerjaya, stable career, independent, cantik. Aku tanya kenapa single lagi dia kata dia pernah hampir nak tunang tapi putus sebab ex dia curang. Lepas tu lama dia trauma.

Aku cakap kat dia aku nak kenal secara serious. Taktau la apa aku fikir masatu, aku just rasa lonely & nak peneman. Dalam hati aku, aku still aim N budak kat office aku tu.

Si K ni terima aku, dia kata dia dah tak sanggup nak trauma lagi, so kalini kalau nak kenal betul2, jumpa jela parents dia. Baru kenal few months masatu, aku jumpa jela parents dia sebab nak gain trust dia.

N yang aku minat ni ada hari dia busy sebab ada master class lepas office hour, so dia memang takde masa nak melayan aku keluar ke dating2 ke. Jadinya K ni lah aku guna jadi peneman.

Aku sanggup jemput dia depan rumah, mintak izin parents dia. Asalkan masa aku terisi. Parents K ni memang nampak happy since anak dia kenal aku.

Since K ni memang kenal untuk serious, aku terpaksa la jual ayat ajak kahwin, sembang pasal masa depan.

K ni dah stable, so nampak la dia ada plan nak buat majlis, kalau kitaorang keluar pun dia kadang2 willing bayarkan. Jenis yang matang & tak berkira. Perempuan umur macam ni understanding, dia jarang check aku sangat.

So aku ada la masa try N. Ajak lunch sama, kadang kalau dia takde class aku ajak dinner. N ni makin lama macam makin melayan. But dia muda lagi so dia ada cakap tak ready nak kahwin.

Relationship aku dengan K masatu dah setahun, K ni aku gunakan jadi peneman aku sementara aku kenal N. K memang baik cantik tapi aku takde hati dengan dia. K pulak dah tak muda, so dia ada tanya pasal kahwin.

Aku tangguh2. Ada issue kerja la, stress sebab mak tak sihat la. Arwah mak aku masatu memang tak sihat. K ni la yang ambik berat. Kalau aku balik kg, tak pernah miss kirim buah tangan kat mak aku.

Parents K ada bagi hints pasal kahwin, aku taktau macam mana nak cakap. Aku fikir takpelah, bagi jela cincin tanda kat K. Nanti fikir lain lah. Aku pun confuse dengan aku sendiri. Kalau buat decision tu selalu impulsive. K nampak happy. Family besar dia pun dah kecoh2 pasal kahwin.

So life aku hari2 kalau office hour tu memang banyak spend time dengan N, malam kadang lepas balik kerja aku ajak K jumpa. Weekend pun jumpa K sebab aku belum official dengan N. Everyday call K. Sembang pasal future itu ini. Aku enjoy je bila K layan aku baik.

Tiba2 N ajak aku jumpa. Dia kata dia buat istikharah, dia ready nak kahwin dengan aku tahun depan. Dia cakap dia start suka aku sebab tiap kali masuk waktu solat, aku solat. And aku pun dah stabil.

Aku terus jumpa parents dia, bincang pasal kahwin. Aku bagitahu family aku nak arrange pasal wedding. Family aku tak tahu selama ni aku bercinta dengan K.

Aku selalu cakap general je, tengah berkawan dengan someone, so bila aku cakap nak kenalkan dengan bakal ni, mak aku cakap, “ni yang mana satu kau nak kenalkan ni, yang pernah kirim telekung kat mak tu ke” padahal semua tu dari K.

Aku rasa bersalah masatu. Aku cakap kat mak aku, “dengan yang tu takde jodoh. Ni yang lain”. Padahal N takde effort apa apa selama nak ambik hati mak aku.

Aku dah pening yang K pun aku dah bagi harapan, yang N pun dah atur bawak jumpa family, aku taktau nak cakap apa kat K. Confirm dia hurt gila gila. Dia pernah cakap ni effort last dia. Kalau tak jadi, dia tak nak kahwin dah. Sebab dia dah pernah trauma teruk sebelum ni dengan ex dia.

Aku diamkan diri seminggu. Aku cakap aku stress. Dalam seminggu tu dia cuba ambik hati aku. Delivery makanan ke rumah sewa aku. Dia percaya aku stress padahal aku enjoy je dengan N masatu. Dah cari cincin dah.

Then dia confront aku, “u ada someone else ke? I buat istikharah, i mimpi u dengan perempuan lain”. Terkejut. Tapi aku deny.

Long story short, aku tinggalkan dia aku cakap aku tak boleh teruskan, and i still remember her words “i tak maafkan u”. Then aku block dia.

5 months lepas tu aku kahwin dengan N. N tak tahu kewujudan K. Sekarang kami dah nak dekat 2 tahun.

After kahwin, N confess dekat aku, yang dia ada hormon imbalance dari remaja which is dia tak datang bulan almost setahun. Sometimes setahun sekali. Sometimes setahun dua kali. Dia takut nak cakap dengan aku hal tu sebelum kahwin. Sape je tak kecewa masatu, tapi aku redha jela.

Now almost dua tahun kahwin, masih belum ada anak. Last year buat checkup, wife aku diagnosed ada PCOS. Due to her condition, dia weight gain drastic. And dia ada anxiety due to hormonal imbalances.

I remember past few months akak aku announce dia pregnant, N menangis2 teresak2 sampai dia kata dia tak ready nak balik kg. Malu dengan family aku. Padahal family aku ok je. And banyak lagi aku kena sabar handle dia punya mood. Kadang tu fed up jugak.

By hook or by crook, ini pilihan aku yang aku rasa terbaik dulu. Aku kena hadap jugak. Cuma aku teringat doa K “semoga kekecewaan u datang dari isteri u sendiri”.

Baru baru ni aku pergi masjid, aku bagi sedekah, aku niatkan atas nama K. Sebab aku ada terbaca itu cara kalau ada buat salah dengan orang. Selain K, ramai jugak aku pernah permainkan sebelum ni.

K, aku harap kau dah jumpa jodoh yang terbaik untuk kau.

Untuk yang baca, doakan isteri aku pulih, dan kami dikurniakan zuriat. Isteri aku tak salah.

– Z (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

28 Comments

  1. knp jahat sgt?? aku hrp jodoh ko panjang dgn wife ko.. aku yg baca ni pun rasa kejam gila2! aku xleh brain lgsg knp eh org blh buat org lain, ape eh dosa dia? ye, tau je takdir Allah, tp ko kan ada akal, blh fikir mana baik mana buruk.. seronok ke mainkan org?

  2. bang, jalan cerita abg sama dgn disana mawar, disini penawar. malas nk layan cerita lelaki cmni. ok, next!

    • ameenn. i pun dah pernah kenal lelaki tak guna mcm ni, ex fiance. sebiji serupa perangai keparat tu. dia pun pernah study kat NZ jgk tapi tak habis. so level spm je. now i’m happily married with my ex lecturer zmn uni dlu.

  3. aku harap K boleh bangun dari trauma2 dia and thank God, dia dijauhkan dari keparat macam kau. sekarang kau hadap je la karma kau okay? takpe takde anak pon sbb kau macam tak layak membiak je risau nanti anak lelaki kau pulak mainkan perasaan org lain. bela je stray cats banyak2, semoga dgn cara tu Allah ampunkan dosa kau.

  4. aku tak habis lagi nak comment dari comment pertama. why so kejam? K tu dah la trauma sbb dia hampir nk tunang, ex dia curang. Again, you know her situation, and kau jadi mcm ex dia jugak. aku rasa lagi la bertambah trauma dia dgn lelaki. just imagine, if you have a daughter one day, i hope kifarah tu tak berbalik kepada anak kau. kesian, dia pon tak bersalah. just because her dad did to someone else, dia plak yang kena in future. walaupon aku berharap dia pon akan kena with guy macam bapak dia.I just hope K maafkan kau and she found someone better than you. kau post mmg kena mintak kecam je la cerita dia bang.

  5. bro ko curang aku xnak komen.. itu antara ko n ex.. cuma aku harap ko setia lah dengan N.. wanita pcos mmg byk simpan perasaan.. anxiety attack bila2 masa.. kkdg org sekeliling tak perasan pon.. banyakkan beri perhatian kat isteri ko, jangan bila dia curhat kat ko, ko suh dia pandai2 kontrol sendiri anxiety dia.. sekali ko sebut tu, selamanya dia simpan dlm hati takkan share apa2 dah…. kalau dia senyap manjang tu tegurlah dengan penuh kasih sayang..

  6. ni balasan hg..buat naya kt ank dara org..berapa banyak dosa hg buat kt ank dara org.. klo hg ada ank perempuan klo org buat kt ank perempuan hg mcm mana. hg ing depa tadak mak bapak ka. hg dah couple gn ramai org dosa apa hg xbuat. jgn ckp hg penah sentuh depa smpai ats katil. perangai playboy mcm hg gn cepat bosan curang bagai. klo x sentuh depa ats katil mesti dah buat ringan2 ka pegang tgn ka..ni balasan hg anaya org..doa org teraniaya di Allah dengar. tula buat naya kt K ni tuhan balas konon nak islamic suci bagai. hg suci sgt ka ..hg tu dasar playboy buaya darat

  7. Sungguh jahat dan kejam hati jantan ni. Baca ni buat hati mengelegak, ko mmg minta kena kecam kan. Bukan K je yg doakan kau akan sakit hati dgn N tapi kami yg baca ni pon doakan kau merana selamanye dunia & akhirat. Amiinn ya Allah.

    • AMEENNNNNNNNNNNNN.

      konon sedekahkan duit atas nama K utk maaf. K tu bukannya mati pun. Ko p lah cari K tu mintak maaf. Nak seribu daya taknak seribu dalih. Moga hidup kau merana sama macam ex fiance aku. Ameen2.

  8. Kenapa ko kejam sangat yekk..jangan lar keturunan aku jumpa jantan spesis tak guna macam ko ni.

  9. Bahhahaah padan muka. Tulah, aku pantang betul kalau laki pandang rendah kat perempuan berumur konon2 sbb xleh buat anak. Padahal bukan umur 50 pon. Nasibla bini ko hormon x stabil. Nak yang muda samgat kann…

    • I’m not K. But I’m being in her shoe. Situasi lebih kurang. Beri harapan jumpa parents. Tiba² cakap tak ready kahwin lepas setahun tggu dia habis study. tiba² 5 bulan pastu kahwin dgn org lain. Allah je tahu, rasa tertipu tu, rasa dipermainkan. Dia dtg minta maaf. Sebaik mana aku yg selalu memaafkan dia. Kali ni mmg berat nk maafkan. Masa awal² dia tinggalkan sakit tu Allah je tahu. Rasa teraniaya. Banyak lintasan² hati semoga itu ini mohon dikabulkan.

      Then dia dtg mintak maaf. aku tak tahu rupanya dia nk kahwin lgi sebulan. Entah tuhan gerakkan utk aku kata tak nak maafkan. Sulit ye utk memaafkn, cuma mintak Allah gerakkan once dia kena kifarah hingga selesai. Satu lagi minta maaf la pd parents sbb bagi harapan hingga ke akhirnya. Ingat lagi sebulan sblm putus, bincang pasal nak kawin. Kita pun discuss dgn parents. Tiba² sebulan pastu kata tak ready. Later, 5 bulan pastu kahwin dgn org lain. Wallahualam Allah lebih tahu niat dia, semoga Allah maha Adil je balas.

  10. SEMOGA DIPERMUDAHKAN SEGALA URUSAN . INGAT KIFARAH AKAN DATANG BERBAGAI CARA , DOA ORG KECEWA BERBAHAYA TAU TAK KENA PADA ISTERI TERKENA PADA KETURUNAN TAK KIRA ANAK ATAU ADIK BERADIK PEREMPUAN. GOODLUCK IN YOUR FUTURE

  11. Engkau ini memang jantan yg tak guna langsung. Aku pernah lalui apa yang K telah lalui. U tahu tak betapa peritnya kesakitan daripada betrayal? Its more worst than being burnt alive. Hari hari aku menangis sampai tak ada titisan air. Sampai dah 2 tahun, masih tak boleh lupakan. Masih tak boleh nak kenal lelaki lain, deep betrayal taurma. What you facing is just begining bro, there are more for u to face.

    As reader who have been in same position as K, Only 1 thing u can do to reduce your karma is look for K, rectify what u have done and dont stop beg her for her forgiveness untill she forgive u. Merayu sampai dia maafkan kamu. Atleast u reduce 10% of your karma. Whatever else u doing now to reduce your karma will never work bcos hati dia tak tentaram macam hati i

  12. Ya Allah jahat nye engkau ni!!
    Aku rasa boifren aku ignore aku sebab macam ni..
    Lelaki tak guna..mmg aku doakan orang2 jahat mcm ni rasa mcm mane korang hancurkan hati orang lain. Korang ingat korang boleh tenang?

  13. Terlajak pulak nak memberi sepatah 2 kata sebab Akak Cantek pernah merasa pengalaman frust ni. Seharusnya, lelaki2 patut aware utk memegang tanggungjawab menjadi lelaki ni bukannya senang. Itulah dlm Islam tu dibolehkan poligami, tapi perempuan tak ya. Sebab, perempuan bersifat pasif dan tidak dapat menggerakkan apa2 utk perubahan. Maksud Akak Cantek, apa jer lah daya isteri confessor skrg ni, selain bergantung harap supaya confessor masih terus cintakan dia, dan hidup dia akan terus2 berharap confessor tak berubah. Dlm hidup ni mmglah tiada org dapat lari dari membuat kesilapan, kesilapan itulah yg akan mengajar kita menjadi lebih bertanggungjawab dan waras membuat perhitungan dlm hidup. Akak Cantek percaya, K dah move on dah. Masa ditinggalkan tu mestilah K akan cakap mcm tu. Akak Cantek percaya K dah move on, sbb org cantik mcm dia (mcm jugak Akak Cantek ni) “sekali ketik sepuluh yg datang tau” 😀. Oh ya, lagi satu lagi teringat, dlm kes confessor ni, klu pihak suami yg bermasalah (sakit etc) susah betul pihak perempuan nak bertindak- dan klupun perempuan bertindak tinggalkan suaminya, tentu pandangan org padanya jadi serong. Masalahnya, sbg perempuan kami tak boleh ber polo-poli ni. Mcmmana masalah nak selesai? Itulah Akak Cantek dah cakap tadi- cuma lelaki dapat menggerakkan keadaan dlm pelbagai permasaalah. So, sebagai lelaki confessor harus menggunakan kuasa sbg ‘anak jantan’ utk ‘menggerakkan’ supaya terjadinya perubahan ke arah yg positif. Gud Luck.

  14. Hang ni jenih nak benda indah-indah ja. Ni pun gaya macam dah bosan dengan bini sendiri. Dan dan la kata mood swing la, badan naik la. Mula-mula dia start rasa meluat dengan bini sendiri, lepas tu dia mencurang. The problem is hang sendiri, Allah uji sikit je, terus fed up dengan bini.

    Tapi kalau hang tak rasa diri tu still tak salah, ye lah kan, hang kan subur, berkerjaya, hensem, berkelulusan oversea (so…) kalau Allah kata taknak bagi, hang tak dapat walaupun ada. Takut tiber Allah uji ke atas diri sendiri pulak kalau tak sedar-sedar lagi

  15. Aku pernah ada pengalaman macam K tu jugak.. aku pun pernah doakan sama macam K doakan.. kesian N.. dpt laki acah baik tp playboy macam ni.. janji dgn org, tp, x tepati.. bg ruang n peluang ke org yg hatinya dah pernah hancur.. JAHAT ko ni.. aku nak nasihat jugak kat lelaki2, kalau dah ada calon nak dijadikan bini, dari ko cari peneman lain, konon ko lah yg paling hebat boleh ganti gf mcm ganti baju, baik ko g berusaha dgn baik utk amik hati calon tu n jadikan sampai dpt berjaya kawin walaupun dia x ready lg.. dah lah kecewakan yg tu, ko blok pulak dia, ghosting dia.. kurang ajar.. doa je lah agar N cepat sembuh, n dia mmg x salah.. tp, ko kena ingat, balasan org jahat mcm ko ni, boleh jadi ke org yg paling ko sayang.. anak perempuan ko ke.. adik ke, or even N pun boleh buat ko..
    Kepada K, semoga bertemu jodoh dgn yg jaaaauuuhhh lebih baik dari ex2 jahat xde hati perut tu.. diorg dah dpt balasan dgn pilihan diorg kan..

  16. huh dipshit guy! kifarah is real..karma is real…Ive at the same position like K in previous fuck relationship with fuckboy mcm you…i love all the comments here, memang sharing you ni memang mintak kena maki, but trust me Allah’s plan is so so good.
    Nak yg suci nak anak..last2 tu la kifarah you bro, or maybe you ada adik perempuan who knows kan, lain kali jangan bagi fake promises jumpa parents janji nk kawin bagai, end up your life last2 camni je, accept it. hope u dpt balasan setimpal, have a good life

  17. Alhamdulillah, K tak ada jodoh dengan jantan keparat macam kau… dan semoga Allah mendatangkan kekecewaan bekali-kali ganda kepada kau yang berpunca dari isteri kau, sebanyak mana perasaan sakit hati dan kekecewaan yang dialami oleh semua perempuan yang kau permainkan dan ia nya berterusan selagi semua mangsa tak memaafkan perbuatan kau. Kau lupa ke, lebih baik buat dosa dengan Allah dari buat dosa dengan manusia.. sebab Allah dah tentu Maha Pengampun, tapi kalau dengan manusia… kau akan terus mengusung dosa tu selagi manusia tu tak memaafkan kau. Semoga tiada keturunan aku yang lelaki berperangai jantan keparat seperti kau dan tiada anak perempuan aku yang menjadi mangsa kekejaman dan menanggung akibat dari dosa jantan keparat. Benda yang kau buat ni terlalu jahat.

  18. Doa org2 yg ‘teraniaya’ pasti makbul, kecuali ko pergi minta maaf dgn diorang yg ko dah ‘mainkn’ hati mrk, & mrk maafkn dgn seikhlas hati.. mmg susah kan.., susah yg ko cari sendiri.. di samping itu ko mintakla ampon bnyak2 dgn Allah SWT.. klaw Allah ampunkn n ex-gf(s) ko suma tu maafkn, insha Allah setel msalah ko.. klaw x, mngkin ko kna ‘tanggung’ la “kifarah” nya sampailah pengadilan yg maha adil d Sana kelak.. Wallahua’lam.

  19. Bawak2 bertaubat la bang. Anggap je tu semua kifarah ko. Pegi la cri ex2 ko balik mintak maaf.

  20. Allahu… Sesak baca confession ni. Bro, kesalahan utama kau adalah kau SENGAJA masuk ke dalam life si K. Kau sengaja berlagak jadi hero acah2 nak selamatkan dia dari trauma. Lelaki jahat kau ni. Sorry, aku kena jujur.

    Allah terang2 bagi kau nampak yang K ikhlas dengan kau tapi kau drag the game dengan jadikan dia toy bila kau bosan. Sekarang, mendapatlah bila Allah beri ujian melalui isteri idaman kau.

    N tak salah. Ya, memang benar. Itu ujian dia juga sbb dapat suami kejam macam kau. Dia tengah sakit, kau pergi kesahkan pasal berat badan dia yg makin chubby, pasal mood swing dia. Fed up? Come on ar bro. Bukan kau dah biasa ke bagi ayat2 manis nak sedapkan hati perempuan. Ni Allah tengah uji kau dengan bini kau. Sila rajin2kan diri tenangkan dan give emotional support pada isteri halal kau.

    Malaih nak sambung. Aku yang laki ni pun rasa sakit.

  21. Salam bro.
    Bagus la bro kau dah sedar. Pegi la mintak maaf kat semua Ex. Taubat. Kita manusia semua ni mmg tak terlepas dari buat dosa, kalau dah buat, sedar dan insaf, jangan ulang.

    Aku pun ada dosa byk. Semoga Allah terima taubat kita dan mudahkan permaafan sesama kita. Amin.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *